💌 ; F o u r

43 16 20
                                    

Hari ini sudah masuk hari yang ketujuh sejak Haera mendapat tawaran sebagai pengasuh kepada cucu Puan Minra. Dan dia masih lagi di sini, memikirkan sama ada mahu terima atau tidak.

"Terima jelah. Nanti kamu juga yang senang. Bukan semua orang boleh tawarkan gaji setinggi itu tau?" kata nanny, lebih kepada menyuruh saja Haera bersetuju dengan tawaran tersebut.

Haera menongkat dagu sambil merenung air teh yang masih panas di hadapannya.

"Nanti Haera kena tinggalkan nanny seorang diri kat sini," ujar Haera perlahan.

"Alaa, tak apa. Nanny tahulah jaga diri nanny sendiri. Tu, si Suyeon tu kan ada. Kalau ada apa-apa, nanny boleh minta tolong dia."

Tengoklah tu. Nanny mesti akan bagi jawapan macam tu. Nak katakan yang Haera sudah tidak punya alasan lain untuk tolak tawaran Puan Minra itu.

Sekali lagi Haera mengeluh. Kemudian, ada satu suara kecil dan nyaring yang memanggilnya.

"Kakak Haera!!"

Haera bangun dari kerusi. Budak becok tu dah datang. Apa lagi yang dia nak?

Pintu rumah dibuka. Terpacul seketul Nami bersama Papa kesayangannya. Nami tersengih lebar.

"Haera, maaf ganggu hari cuti Haera. Abang nak minta tolong Haera. Jagakan Nami sekejap. Suyeon nak pergi beli barang tapi budak ni tak nak ikut. Merengek-rengek nak duduk rumah Kakak Haera dia. Boleh kan?" pinta Park Jimin, Papa Nami dan juga suami kepada Suyeon. Wajah lelaki itu penuh berharap.

Tak sampai hati nak kecewakan Jimin. Haera mengeluh lembut. Kemudian dia tersenyum. Tangan kecil Nami mula bertukar tangan.

"Okay lah kalau macam tu. Abang pergilah date dengan Kak Suyeon. Biar Nami dengan Haera. Tapi sebelum tu.... Haera nak upah, boleh?"

Terpancar riak lega pada wajah Jimin. Makin melebar senyuman lelaki itu. Makin kecil jugalah matanya. Comel! Sukalah tu Haera setuju untuk jaga anaknya.

"Boleh! Asalkan jangan mintak gelang emas," balas Jimin sambil berseloroh. Tergelak Haera dibuatnya. Maklumlah, Suyeon selalu juga minta Jimin belikan gelang emas. Nasiblah Jimin tu berduit. Kalau tak, botak sudah kepala Jimin.

"Haera bukan macam isteri kesayangan abang tu. Nanti balik belikan Haera coklat bar. Nak yang besar punya," minta Haera lalu Jimin mengangguk.

"Nami pun nak! Sama macam Kakak Haera!" sampuk Nami pula. Inilah masanya untuk dia ambil kesempatan.

Jimin mencangkung sehingga ketinggiannya separas dengan Nami. Dia gelengkan kepala.

"Lupa ke semalam Nami bedal coklat dalam fridge tu banyak-banyak? Kalau Nami nak, Nami kena tanya Mama sendiri. Papa tak nak ambil risiko. Tak pasal-pasal nanti Mama jemur Papa kat luar. Nami tak kesiankan Papa ke?"

Nami sudah mula tayang muka sepuluh sen. Puppy eyes serta mulut cembeng lah yang paling utama. Dia tahu itu adalah salah satu kelemahan Papanya. Jimin pula tak sampai hati lihat puteri kesayangannya sedih.

"Ish, yelah. Tapi kena janji dengan Papa yang Nami takkan bagitahu Mama? Promise?" Jimin menegakkan jari kelingkingnya yang comel, sama seperti dirinya. Nami pantas mengangguk lalu menautkan jari kelingkingya pada jari Jimin.

"Pinky promise, Papa!"

Haera tersengih melihat gelagat anak bapak di depannya itu. Cemburu dia pada Suyeon kerana memiliki suami yang baik serta ayah yang penyayang seperti Jimin. Kalaulah ada lelaki yang sama seperti Jimin....

Ah, sudahlah! Dia tak mahu berharap pada mana-mana lelaki lagi. Cukuplah waktu dulu.

════ ⋆★⋆ ════

Keesokan harinya, Haera menjalani harinya seperti biasa. Iaitu membantu Suyeon menguruskan taska serta kanak-kanak yang selalu dia lakukan.

Soojin, salah seorang kanak-kanak perempuan yang paling rapat dengan Haera di taska itu masih leka dengan mainan di tangannya.

Sekotak susu badam dihulurkan oleh seseorang sebelum Haera tolehkan kepala. Suyeon tersenyum lebar lalu melabuhkan punggung di sisi Haera.

"How? Dah dapat jawapan?" tanya Suyeon sambil menyilangkan kakinya.

Haera diam seketika sebelum kepalanya perlahan-lahan mengangguk. Dia sudah fikir masak-masak. Dan akhirnya dia bersetuju juga. Orang yang paling gembira siapa lagi kalau bukan nanny. Dia macam tak sabar je nak Haera keluar dari rumah tu.

"Baguslah kalau macam tu. Kamu pun reti handle budak. Bukan senang tau nak cari pengasuh yang betul-betul berkualiti sekarang ni. Kalau ada pun semua tak boleh pakai," ujar Suyeon.

Haera mengangguk, mengiyakan kata-kata Suyeon. Banyak kes dera sekarang ini yang melibatkan pengasuh. Kasihan kanak-kanak, mereka menjadi mangsa. Kalau rasa diri tu tidak memiliki kesabaran yang tinggi, jangan gatal-gatal nak asuh atau jaga anak orang.

"Lagipun, akak dah jumpa pembantu yang akan gantikan Haera nanti. Akak tengok dia pun macam berpotensi juga," Haera palingkan kepala menghadap Suyeon. Wanita itu menghadiahkan kenyitan mata.

"Amboi... Macam dah plan je nak kick Haera dari sini?" Haera menyindir sambil keningnya dijongketkan beberapa kali.

"Akak prepare awal-awal. Bak kata orang, sediakan payung sebelum hujan. Tak gitu?"

Mereka berdua turut sama-sama ketawa. Dia bakal merindui suasana di sini. Gelagat kanak-kanak, bebelan Suyeon dan banyak lagi memori manis.

Selepas ini semuanya tidak sama lagi.

[ To Be Continue ]

Unexpected Love | TaehyungWhere stories live. Discover now