💌 ; O n e

76 24 10
                                    

"Kak Haera, boleh tak Nami nak yang tu?" soal gadis kecil berambut tocang itu sambil menarik hujung baju Haera yang sedang berdiri di hadapan rak bungkusan keropok tersebut.

Haera memandang ke arah objek yang Nami tunjukkan itu. Nami mahukan sebatang lolipop besar berwarna-warni yang terdapat di sebelah kaunter pembayaran.

"Nak yang itu?" Haera meminta kepastian Nami.

Nami mengangguk laju.

"Bukan Mama Nami kata tak boleh makan candy lagi ke?" kata Haera. Teringat pula pesanan daripada Kak Suyeon, ibu kepada Nami dia dilarang untuk memberi segala manisan kepada anaknya.

Dengar saja Haera menyebut mamanya, Nami terus menarik muka. Dia berpeluk tubuh dan bibirnya dimuncungkan. Nak memprotes lah tu.

"Itulah.. Kakak dah pesan jangan makan candy banyak-banyak kan? Nami yang tak nak dengar cakap kakak. Tengok, kan dah tak dapat beli lolipop tu," Haera memimpin tangan kecil Nami ke kaunter. Dia mengeluarkan beberapa paket keropok yang diambilnya tadi dari dalam bakul.

Gadis kecil itu tidak mahu berganjak dari tempatnya membuatkan langkah Haera terhenti. Nami tak bersuara, tetapi dia masih lagi tundingkan jari telunjuknya ke arah lolipop tersebut.

"No no no. Nami tak kesian dekat kakak ke? Macam mana kalau Mama marah kakak? Nami suka ke tengok kakak nangis?" Haera sengaja cuba untuk mempancing simpati daripada Nami.

"Ala, kakak janganlah bagitahu Mama. Kita makan lolipop tu dekat sini sampai habis. Lepas tu kita balik lah," dengan selamba saja kanak-kanak berusia empat tahun itu menjawab.

Apa? Macamlah Haera tak tahu perangai Nami. Gadis kecil itu seringkali terbocorkan rahsia kepada mamanya. Pernah sekali Haera memberi Nami minum ice blended, dengan satu perjanjian bahawa Nami takkan memberitahu mamanya. Namun pada malam itu, Nami batuk-batuk dan dia memberitahu pada mamanya yang Haera ada beria dia minum ice blended. Di situlah rahsianya mula terbongkar.

Sejak daripada itu, Haera tak berani lagi untuk memberi macam-macam kepada Nami atas arahan Kak Suyeon. Tak boleh makan candy, nanti gigi rosak. Tak boleh minum air sejuk atau air berais, nanti batuk.

"Tak boleh! Kalau Nami tak nak dengar cakap kakak, kakak tinggal Nami seorang diri kat sini. Biar ada orang gila datang culik Nami," kata Haera dengan nada yang mengugut.

Haera mengangkat beg plastik yang penuh dengan keropok itu dari kaunter. Keningnya terjongket sambil memandang Nami.

Nami mula menyerah kalah. Dia pandang lolipop itu buat kali yang terakhir sebelum berjalan mendekati Haera. Haera mahu memimpin tangannya, namun Nami menolak.

Merajuk mungkin?

Haera tersenyum nipis sambil gelengkan kepalanya.

Biarlah Nami merajuk tak dapat gula-gula daripada dia sendiri yang kena marah dengan Kak Suyeon kerana terlalu manjakan Nami.

[ To Be Continue ]

Unexpected Love | TaehyungWhere stories live. Discover now