"Good luck, Haera! Abang doakan yang terbaik untuk Haera," kata Jimin dengan penuh semangat sebaik saja dia mengeluarkan bagasi milik Haera dari but keretanya.
Haera ketawa kecil lalu mengangguk. Jimin menyerahkan bagasi tersebut kepada Haera.
"Gaya macam Haera ni nak pergi jawab exam pulak. Terima kasih juga sebab sudi hantarkan Haera sampai sini. Dapatlah save duit belanja Haera ni hah," ucap Haera ikhlas.
"No hal lah. Abang pergi dulu. Bye!" Jimin kenyitkan matanya sekali. Dia melambaikan tangan pada Haera.
Haera menghantar bayangan kereta Jimin sehingga hilang dari pandangan. Dia palingkan tubuhnya ke arah sebuah rumah banglo yang mewah tersergam indah di hadapannya kini.
Simple tapi cantik.
Punat loceng yang ada di tepi pintu pagar tersebut ditekan. Selepas beberapa saat kemudian, pintu pagar itu terbuka dengan sendirinya. Nafas ditarik panjang lalu Haera membuka langkah menuju ke pintu utama rumah banglo tersebut.
Rumah itu sunyi. Biasalah, rumah orang kaya-kaya. Kalau rumah nanny, ada lah jugak bunyi suara Kak Suyeon yang membebel pada Nami atau Jimin di rumah sebelah. Tak ada lah rasa sunyi.
Pintu kayu yang besar dan gah itu Haera ketuk sebanyak tiga kali sebelum pintu tersebut dibuka oleh seseorang dari dalam.
Seorang wanita yang sudah berusia, mungkin umurnya dalam lingkungan pertengahan 50-an menunduk hormat di hadapan Haera. Dengan rasa kekok, Haera juga melakukan perkara yang sama.
"Kamu pengasuh baru ya?" tanya wanita itu ramah.
Haera angguk. "Ya, saya."
Wanita itu tanpa banyak bicara menjemput Haera masuk ke dalam rumah. Pintu itu ditutup kembali.
"Tuan ada beritahu Makcik pagi tadi yang kamu akan datang ke sini. Dia pesan suruh tunjukkan bilik kamu," beritahu wanita itu.
"Oh," balas Haera pendek. Dia masih janggal dan tidak tahu untuk memberi respon apa buat wanita itu.
"Maaf, Makcik terlupa pula nak perkenalkan diri. Nama Makcik, Soomi. Makcik orang gaji dalam rumah ni," wanita itu berpatah balik setelah teringat bahawa dia belum memperkenalkan dirinya kepada Haera lagi.
Tersungging senyuman di wajah Haera.
"Hai, Makcik Soomi. Saya Haera, selaku kawan baru Makcik di sini," balas Haera mesra.
"Oh, Haera... Mari, Makcik bawa kamu ke bilik. Makcik dah siapkan bilik untuk Haera," Makcik Soomi menarik lembut pergelangan tangan Haera menuju ke tingkat atas.
Sebaik saja pintu bilik itu dibuka, terus melopong mulut Haera dibuatnya. Macam tak percaya pula yang dia akan duduk di bilik mewah sebegini. Lebih mewah daripada biliknya di rumah nanny.
YOU ARE READING
Unexpected Love | Taehyung
FanfictionYoo Haera, terpaksa menerima satu tawaran bekerja sebagai pengasuh dan penjaga kepada cucu Puan Kim. Tanpa Haera sedar, ianya merupakan pertemuan semula antara dirinya dengan seorang lelaki yang pernah melakar sejarah hitam dalam hidupnya suatu keti...