💌 ; F i v e

37 12 0
                                    

Taehyung yang baru sahaja pulang dari pejabat itu terus menghempaskan tubuhnya ke atas sofa. Rasa sengal yang dirasakan mula beransur pergi sedikit demi sedikit.

Tali lehernya dilonggarkan sebelum dia baring semula dan memejamkan matanya buat seketika.

"Dah balik?"

Teguran daripada Puan Minra membuatkan Taehyung yang baru saja mahu lelap itu terus tersedar. Dia sekadar mengangguk dan tersenyum kecil.

Puan Minra duduk di sofa yang bertentangan dengan Taehyung. Air coklat yang masih panas itu dia letakkan di atas meja kecil.

"Ibu dah jumpa pengasuh untuk Aerin. Dia pun dah setuju untuk ambil tawaran tu. Jadi, esok dia akan mula bekerja," beritahu Puan Minra sambil menyandarkan tubuhnya pada sofa.

Taehyung hanya berdehem perlahan.

"Ibu harap lepas ni Tae takkan sesuka hati nak pecat pengasuh yang baru ni. Bukan senang tau ibu nak cari. Ibu yakin pengasuh kali ni boleh jagakan Aerin," kata Puan Minra. Dia memandang Taehyung yang bangun lalu mencapai air coklat tersebut.

Taehyung meniup lembut sebelum air coklat itu dia sisip perlahan. Hilang rasa dahaganya.

"Bukan Tae sesuka hati pecat, dia yang tak boleh nak jaga Aerin. Pengasuh jenis apa kalau asyik nak marah je?" bidas Taehyung. Teringat pula dia tentang beberapa pengasuh yang menjaga Aerin dulu.

"Yang betul-betul bagus pun, Kak Yoona. Tapi itulah, dia dah tak tinggal di sini. Kalau tak, Tae akan suruh je Kak Yoona jagakan Aerin," tambah Taehyung lagi.

Puan Minra mengangguk. Setakat ni, hanya Yoona saja yang boleh menjaga Aerin dengan baik. Tetapi disebabkan Yoona ada hal yang tidak dapat dielakkan, terpaksalah mereka melepaskan Yoona pergi.

"Aerin itu pun, kadang tu siapa je yang boleh tahan sabar dengan perangai dia? Banyak kerenah. Ibu ni pun sampaikan tak terlayan dia tu. Tae nasihatkan lah dia sikit untuk behave," Puan Minra menggelengkan kepalanya. Perangai cucunya yang seorang itu memang lain macam sikit.

Taehyung mengeluh lembut.

"Okay lah, ibu. Tae balik dulu. Esok suruh pengasuh baru tu terus datang rumah Tae."

Taehyung berdiri. Kot hitamnya yang tersidai di kepala sofa dia capai sebelum memeluk tubuh Puan Minra.

"Ya lah. Hati-hati memandu," pesan Puan Minra.

Taehyung angguk sekali lalu beredar meninggalkan perkarangan rumah ibunya.

════ ⋆★⋆ ════

Pada pagi itu, Jimin sudah menunggu Haera di hadapan rumah. Lelaki itu baik hati menawarkan untuk menghantar Haera ke rumah majikan barunya itu. Pada mulanya Haera menolak, tetapi apabila melihat kesungguhan Jimin untuk menghantarnya, tak sampai hati pula.

Lagipun, Jimin kata dia menggunakan jalan yang sama untuk terus pergi ke tempat kerjanya. Jadi, baguslah. Tak perlu nak berhabis minyak untuk berpatah balik.

Tangan tua milik nanny itu Haera kucup lama. Sedih hatinya kerana dia harus berjauhan dengan nanny. Tak pernah lagi dia tinggalkan nanny sendirian di sini.

"Alaa, jangan sedih. Nanti kita VC lah," kata nanny, memujuk cucu kesayangannya itu.

Haera pandang nanny. "VC? Nanny tahu ke VC tu apa?"

Nanny mencalit hidung dengan ibu jarinya. Wajah penuh riak ditayang.

"Eleh, apa? Ingat nanny tak tahu ke semua benda tu? VC tu video call. Kalau Haera tak nak VC, nanny boleh buat Live dekat Instagram. Haera follow lah nanny punya IG," kata nanny, bangga. Sempat lagi tu dia menyenggol bahu Haera.

Terbahak-bahak Haera ketawa mendengar kata-kata nanny. Dari mana pulak orang tua tu belajar pasal media sosial semua ni? Mesti pengaruh Kak Suyeon.

"Kakak Haera!!"

Suara Nami yang muncul dari belakang menjamah deria pendengaran Haera. Dia pusing ke belakang dan gadis kecil itu terus memeluk kakinya. Maklumlah ketinggian tak cukup untuk peluk sampai atas.

Haera merendahkan tubuhnya. Wajah Nami basah dengan air mata. Nami masih belum mandi, lengkap dengan pakaian tidurnya bergambar Winnie The Pooh.

"Kakak nak tinggalkan Nami ke?" soalnya sedih.

Haera ketawa kecil. Jimin hanya tersenyum melihat anaknya yang terlalu manja dengan Haera. Lepas ni, dah tak ada lagi yang akan jadi peneman Nami di sini.

Rambut panjang Nami itu Haera tolakkan ke belakang. Air mata yang membasahi wajah yang polos itu Haera kesat dengan menggunakan lengan bajunya.

"Nanti waktu cuti, kakak akan datang sini jumpa Nami dengan nanny. Janganlah sedih, okay?" pujuk Haera.

Semakin cembeng mulut Nami. Tangan kecilnya bermain-main dengan rambut panjang Haera yang tidak berikat itu.

"Kakak promise, okay? Nanti kalau kakak balik, kakak belikan Nami coklat and lolipop tau?"

Yes, umpan mengena! Wajah Nami yang sedih dan sugul tadi kini terus bertukar teruja. Tak sia-sia dia guna nama coklat dan lolipop.

"Pinky promise?" Nami mengangkat jari kelingkingnya.

Haera laju mengangguk lalu menautkan jarinya pada jari Nami.

"Promise!"

Usai bersalaman dan berpelukan, Haera masuk ke dalam kereta Jimin. Dia menoleh ke belakang. Nanny melambaikan tangannya di samping Kak Suyeon. Nami pula sudah sambung menangis. Habis kuyup baju Mamanya.

Haera membalas lambaian Nanny. Tak betah untuk melihat lama-lama, Haera menoleh ke hadapan. Kereta Jimin mula bergerak menjauhi kawasan perumahannya.

Haera menarik nafas sedalam yang mungkin. Dia akui bahawa dia juga sedih. Tapi tak mengapa. Semua ini sementara saja.

Biasalah. Dah nama pun perpisahan kan?

[ To Be Continue ]

Unexpected Love | TaehyungWhere stories live. Discover now