2 : CANTIK

248 44 4
                                    

Ayra memerhati tugasan PBL ( Problem-Based Learning ) yang terpampang di dalam laptop miliknya. Tujuannya berada di perpustakaan ini hanyalah untuk menyelesaikan tugasan yang diberi, tapi lain pula yang jadi apabila sahabatnya, Farisha membawa tunangnya sekali.

"Sayang, bila eh reunion kau tu?" tanya Farisha kepada tunangnya, Amirul.

"Next week hari Jumaat. Why sayang?" soal Amirul tanpa memandang wajah tunangnya. Mata Amirul masih tertumpu pada laptop dihadapannya. Ligat ingin menyiapkan tugasan yang diberi manakala Ayra hanya melihat dan mendengar perbualan pasangan dihadapannya ini. Maklumlah , third-wheeling kan.

"Kau ni kalau bercakap tu cuba pandang muka aku yang cantik lagi menarik ni. Ni tak, pergi tenung laptop tu. Tak sayang aku la tu" rajuk Farisha sambil menjeling tunangnya di sebelah. Memang niatnya mahu mengambil perhatian Amirul. Sejak dari tadi tunangnya itu ligat menyiapkan tugasan. Rehat la kejap kan?

KAN?

"Sayang, aku ni tengah siapkan assignment Sir kesayangan kau tu. Kau buat apa?" perli Amirul. Dia harus mengingatkan tunangnya itu menyiapkan tugasan, jikalau tidak, sampai kesudah tak disentuh assignment tu.

Farisha yang mendengar perlian dari tunangnya hanya mampu mencebik bibir. Nak lawan tapi nanti kalah.

"Eiiii tak nak buat sekarang. Balik rumah nanti aku buat." balas Farisha sambil merenung tunangnya. Lelaki kalau tengah serius buat kerja memang double handsome ke? Aku sorang je ke yang fikir macam ni?

" As long as you do your work, that's enough. Ayra nanti kau ingatkan budak ni buat assignment dia." pesan Amirul tegas. Ayra yang mendengar hanya mengangguk.

"Kau ni okay ke tak, Ayra?" soal Farisha hairan apabila menyedari Ayra tidak banyak bercakap seperti selalu. Hairan juga apabila Ayra diam tak terkutik begitu.

Sekali lagi Ayra hanya mengangguk. Farisha mencerlung Ayra menandakan dia mahukan penjelasan.

"Aku okay la. Just penat. Banyak kerja la today." jawab Ayra jujur. Memang betul dia berasa penat hari ini. Banyak pula tugasan untuk subtopik yang lecturer bagi. Hari keesokannya pula ada ujian ringkas.

"Yela tuuuuu" balas Farisha meleret. Tidak percaya dengan alasan sahabatnya. Nampaknya ada juga benda boleh bergosip dengan Ayra. Kena korek ni.

Hehe

Deringan telefon Amirul berbunyi menandakan ada panggilan. Amirul lekas menjawab panggilan tersebut. Farisha dan Ayra hanya memerhati tindak tanduk Amirul.

"Waalaikumussalam"

"Aku datang la"

"Boleh ke?"

"Nanti aku ajak la"

"Ha okay okay"

"Bye. Assalamualaikum."

"Siapa call?" soal Farisha ingin tahu. Mana la tau perempuan ke yang call.

Astaghfirullah.

Overthinking.

"Fareeq yang call aku. Dia tanya aku pergi ke tak reunion futsal tu" jelas Amirul. Tahu sangat tahap overthinking tunangnya itu. Tapi tak mengapa, sayang kan.

Amirul menutup laptop dan terus mengalihkan perhatiannya kepada Farisha. Farisha yang perasan renungan tunangnya itu berasa hairan.

"Kau kenapa?" soal Farisha hairan. Dah kenapa tunang aku ni? Kena sampuk ke tutup laptop lepas tu tenung aku macam nak telan.

"Kau...cantik harini,sayang." kata Amirul sambil terus merenung tunangnya. Jujur dia katakan Farisha memang cantik. Sentiasa.

Farisha yang mendengar kata-kata Amirul hanya diam membatu. Inilah satu sifat Amirul yang dia suka. Penuh dengan kejutan. Tak boleh dijangka.

"Today je?" gurau Farisha sambil melentokkan kepalanya. Sekali-sekala bergurau dengan tunang sendiri. Apa salahnya? Asal tak bergurau dengan tunang orang lain sudah...

"Hari-hari kau cantik,Farisha. That is why I remind you everyday how much your beauty amazed me. Muka ni la yang buat aku happy." jelas Amirul. Matanya masih merenung wajah cantik tunangnya itu.

I love her.

Farisha hanya diam tak berkutik menahan malu apabila tunangnya berkata sedemikian. Syukur dirinya mendapat lelaki seperti Amirul.

"I love you,sayang." ucap Amirul ikhlas. Saja ingin mengusik Farisha. Comel.

"Saja la nak ingatkan, aku ada lagi dekat sini." celah Ayra melihat pasangan sejoli dihadapannya ini berbalas kata-kata manis.

"Potong la kau" balas Amirul menyampah. Nak sweet sekejap pun tak boleh. Farisha hanya ketawa mendengar rungutan Amirul.

Jealous la tu

"By the way sayang, wanna come with me? To the reunion?" soal Amirul kepada tunangnya.

"Tadi Fareeq call aku suruh ajak kau sekali since yang lain pun bawa partner masing-masing. Takkan aku yang dah ada tunang ni nak pergi sorang." kata Amirul. Nak juga flex tunang ni.

"Nakkkkk" jawab Farisha meleret. Suka betul dapat ikut tunangnya. Boleh pergi dating selepas reunion tu.

"Kau ada pergi mana-mana ke hari Jumaat tu, Ayra?" soal Amirul kepada Ayra. Kesian pula Farisha selalu meninggalkan sahabatnya itu.

"Tengok la. Kalau rajin, aku nak juga keluar." jawab Ayra ringkas. Malas sebenarnya nak keluar. Aku kalau keluar pun pergi makan luar, beli buku, groceries shopping. Itu je la.

"Good then. At least you're not alone kat rumah tu kalau aku dengan Farisha dating." balas Amirul. Farisha yang mendengar perbualan tersebut mencebik bibir. Elehhh perempuan ni.

"Orang suruh move on cari boyfriend tak nak. Asyik menghadap laptop dengan assignment tu 24 jam." perli Farisha. Sampai bila la sahabatnya ini akan terus menutup pintu hati tu. Nak kata tak ada orang nak, ramai je yang masuk line.

Ayra yang mendengar perlian sahabatnya itu hanya mampu menjeling.

"Move on la Ayra. He's not coming back and will never do." pesan Farisha sambil merenung Ayra yang sedang fokus menghadap laptop dihadapannya.

Move on.

It's not that I didn't try.

I....can't.

On this chapter, a round of applause for Amirul for being a sweet fiancé towards the love of his life, Farisha.

I'm still new in writing, so please if there's any suggestion , feel free to comment so that I can improve. I'd appreciate it if you vote on this chapter.

Thanks for reading my book!

(if you're muslim)

p/s : In case if you're in the same situation as Ayra, I recommend you to read this verse from Surah Taha :

"وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَى عَيْنِي"

"Dan aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih saying orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu."

Read this verse whenever you're missing someone. It might help to ease your heart.

Stay safe.

Take care.

I love you.

CRUSH [ ON GOING ]Where stories live. Discover now