Tangan disatukan dan ditadah meminta petunjuk dan doa dari yang Maha Esa. Gundah gulana yang melanda Ayra sedikit sebanyak mengganggu fikirannya. Hati merintih pertolongan dariNya.
"Ya Allah, sesungguhnya aku perlukan petunjukmu, Ya Allah. Sesungguhnya aku hambamu yang kerdil meminta pertolonganmu, Ya Allah."
"Sesungguhnya hatiku tidak pernah berasa tenang setelah bertemu dengannya. Kau berikanlah aku ketenangan jiwa yang aku perlukan, Ya Allah."
Satu persatu air mata jatuh mengalir membasahi pipi.
"Aku memohon kepadamu jika dia bukan yang terbaik untukku, kau jauhkanlah. Jika dia yang terbaik untukku, kau permudahkanlah segala urusan kami, Ya Allah."
"Aamiin ya rabbal a'lamin"
Ayra duduk termenung di atas sejadahnya setelah selesai solat. Fikirannya ketika ini bercelaru memikirkan apa yang telah terjadi.
'Astaghfirullah'
"Whatever it is, don't put up your hopes too high, Ayra." kata Ayra kepada diri sendiri.
Telekung dibuka dan dilipat bersama sejadah miliknya dan diletakkan elok di tepi katilnya. Rambutnya yang diikat sanggul dilepaskan dan diikat semula supaya kemas. Kaki melangkah ke arah meja yang dipenuhi dengan kertas bertaburan. Buku-buku usah dikata. Tangan lincah mengambil dan meletakkan buku-buku itu di tempat-tempat yang sepatutnya. Kertas juga dikumpul dan meletakkannya di dalam satu fail. Komputer riba dibuka dan terpampang gambar Ayra dan ibu bapanya sebagai latar belakang. Melihat latar belakang komputer riba miliknya, membangkitkan senyuman di wajah Ayra.
'Ibu...'
Telefon pintar miliknya dicapai dan jari laju menaip nombor telefon ibunya.
"Assalamualaikum, ibu."
"Waalaikumussalam, Ayra. Haaa lama tak call ibu ni, busy sangat ke?" seloroh Puan Marina iaitu ibu kepada Ayra. Saja mahu bergurau dengan anak perempuan tunggalnya ini.
"Alaaa ibu ni, last week kan Ayra dah call"
"Call ibu pun kena ada timing eh? Macam mana belajar sekarang? Okay tak tu?"
"Alhamdulillah, okay ibu. Busy sikit kena banyak clinical training kan. Tak melekat kat rumah. Hospital tu dah macam second home Ayra tau tak ibu." terang Ayra kepada ibunya. Ayra tahu jauh di sudut hati ibunya, dia ingin tahu.
"Baguslah busy. Itu namanya rezeki. Tapi kena tahu masa rehat juga, jangan asyik kerja saja. Makan pun kena jaga juga. Ingat! Ayra tu ada gastrik. Jangan buat hal skip your meal ke apa eh." tegas Puan Marina. Bukan dia tidak kenal anaknya ini bagaimana. Kalau sudah bekerja, tidak ingat dunia. Sebiji macam ayahnya.
"Ibu."
Puan Marina berkerut dahi mendengar suara sayu anak perempuannya. Setelah beberapa saat, kerutan di dahinya mula berkurang. Sudah dijangka, ada sesuatu yang tak kena. Firasat hatinya sebagai seorang ibu tidak pernah salah. Lagi-lagi berkaitan dengan Ayra.
"Ya sayang, kenapa ni? Ada masalah?" lembut Puan Marina bertanya keadaan anaknya. Tidak mahu berkasar dengan Ayra, sudah tahu bagaimana lembutnya hati anaknya itu.
"Ayra...terjumpa dia" perlahan sahaja Ayra berkata. Sesungguhnya hatinya kini sungguh lemah.
"Dia....maksud Ayra siapa?" tanya Puan Marina hairan.
"Fawwaz..."
.
.
.
YOU ARE READING
CRUSH [ ON GOING ]
Storie d'amoreand just like that i fell in love. like a star who felt the magic of the moon for the very first time. I love you, I always will.