"Ayra" panggil Fawwaz ingin menarik perhatian Ayra yang sedang ralit menulis sesuatu. Suara yang jelas memanggil namanya dihiraukan. Malas mahu melayan. Daripada tadi tengok aku macam nak telan. Ada masalah jiwa ke apa mamat ni?
"Kau sengaja kan check kakak aku" kata Fawwaz sambil berjalan ke arah di mana Ayra melakukan tugasannya. Ayra yang mendengar lantas terangkat kening.
Gila.
"Apa masalah Fawwaz ni?" tanya Ayra tidak puas hati. Langkah demi langkah menuju ke hadapan Fawwaz. Anak mata hazel Ayra memandang tajam anak mata hitam Fawwaz. Masing-masing membalas pandangan setelah sekian lama tidak bersua muka. Apatah lagi dalam keadaan yang tidak menyenangkan seperti sekarang ni.
"Sepatutnya aku yang tanya soalan tu. Dari dulu sampai sekarang tak habis-habis menyusahkan." kata Fawwaz sambil mata tepat menikam tajam anak mata hazel dihadapannya ini.
"I'm here as a doctor and she's here as my patient. Ayra tak bodoh lagi nak reject her just because she's your fucking sister. Lain kali kalau nak bercakap , bercakap macam manusia yang ada akal." tegas Ayra. Sakit hati aku. Dia ingat aku ni apa?
Ayra lantas membuka langkah ingin berlalu pergi. Malas nak layan orang gila.
"You've changed, Ayra Mikayla."
Langsung langkah Ayra terhenti. Nafas ditarik sedalamnya dan dihembus keluar.
'Ya Allah, kau kuatkanlah kesabaran aku'
"Nama aku still ada dalam doa kau?"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Mana Kayla ni?" soal Fareeq sendiri. Mata kadang-kadang memberi perhatian kepada iPhone miliknya. Mana tahu Ayra ada call or text. Bimbang jikalau terlepas pandang.
"Frère! (Abang!)"
Terhenti seketika jantung Fareeq mendengar suara yang biasa didengarnya pada suatu ketika dahulu. Lantas Fareeq berpaling ke arah suara yang didengarnya.
"tu me manques! (I miss you !) " kata Adeline terus memeluk abangnya. Tuhan sahaja yang tahu betapa rindunya dia kepada abangnya. Sudah tujuh tahun tidak berjumpa dengan abangnya.
Orang sekeliling memandang hairan ke arah dua beradik itu. Adeline hanya menghiraukan pandangan orang sekeliling. Yang aku tahu sekarang ni aku rindu abang aku.
Fareeq segera membalas pelukan adiknya. Dibiarkan Adeline dalam dakapannya sebentar. Tanpa Fareeq sedari, air matanya juga turut mengalir.
Ya Allah.
"Quand rentres-tu à la maison ? (Bila abang nak balik rumah?)" soal Adeline masih dengan tangisannya. Sudah tujuh tahun abangnya tidak menjejakkan kaki di rumah mereka di Paris.
"tu sais que je ne peux pas rentrer à la maison. (Adik tahu abang tak boleh balik rumah.)" jelas Fareeq sambil mengusap rambut adiknya.
"Tu ne veux pas voir maman ? (Abang tak nak jumpa mommy?) " tanya Adaline sambil mengusap air matanya. Sebak apabila teringat akan masalah yang melanda keluarganya.
YOU ARE READING
CRUSH [ ON GOING ]
Romanceand just like that i fell in love. like a star who felt the magic of the moon for the very first time. I love you, I always will.