"Ne t'approche plus jamais de nous. (Jangan pernah dekat dengan kami lagi.)" tegas Gianna sambil menarik kasar tangan Adeline dan berlalu pergi.
Fareeq hanya mampu berdiam diri melihat ibu dan adiknya pergi.
"Fareeq!" panggil Ayra sebaik sahaja dia melihat Fareeq.
"Kayla..."
"Your latte..." kata Fareeq sambil menghulur Iced Latte yang dipesan Ayra.
"Can I ask you something?" tanya Ayra sebelum duduk dan menyedut sedikit Iced Latte yang dipesannya. Sejuk sikit hati aku.
Fareeq yang mendengar itu hanya mengangkat kening. Kepala diangguk sebagai jawapan sebelum turut duduk di sebelah Ayra.
"Siapa diorang?" tanya Ayra ingin tahu. Daripada tadi aku tengok Fareeq tunduk je. Sakit tengkuk ke mamat ni?
Fareeq mengangkat kepala membalas pandangan ingin tahu Ayra. Patut ke aku bagitau Ayra?
"They're..."
"My family."
Ayra memandang Fareeq hairan. Situasi tadi tak menunjukkan yang diorang ni macam family pun. Entah bahasa apa diorang guna. Tak faham aku.
"I was born in Malaysia but lived in France for sixteen years." terang Fareeq kepada Ayra. Nak tergelak tengok wajah cemberut Ayra.
"My father is French while my mom is Malaysian. But she's mixed, Malay and Portugese." sambung Fareeq lagi.
"Patutlah handsome semacam" kata Ayra sendiri. Ayah French, mak pulak mixed.
Fuh.
"Cuba ulang balik. I nak dengar." usik Fareeq. Haih budak ni la...
"Good genes runs in the family la ni" seloroh Ayra. Dari mak, adik, abang semua ada rupa.
Tergelak kecil Fareeq yang mendengar. Ada-ada je..
"Habistu macam mana you boleh study kat sini? Not back in France?" soal Ayra. Lagi best apa belajar kat luar negara daripada duduk sini. Bukan ada apa pun.
"I dah stay sana enam belas tahun Ayra. Nak juga rasa belajar kat sini." jawab Fareeq sambil menyandarkan badannya di tempat duduk. Nasib baik tak ada orang lalu-lalang dekat sini. Dapat la rehat sekejap.
"Sekarang kita dua puluh dua tahun. Means you balik sini waktu you umur enam belas?" soal Ayra ingin tahu. Tiba-tiba rasa interesting pulak.
"Yes, Kayla." balas Fareeq lembut. Melayan sahaja soalan-soalan yang diberi Ayra.
"You duduk dengan siapa kat sini?" soal Ayra lagi.
"My grandparents dekat Melaka. Diorang yang jaga I bila I balik Malaysia sampai sekarang."
Ayra mengangguk perlahan mendengar penjelasan Fareeq. He got to experience both sides. How lucky.
"Mesti susah kan you stay dekat France dulu. Diorang kan banyak against Muslims." seloroh Ayra. Mesti banyak Fareeq kena hadap.
"I was Christian back then. It was easy."
Ayra lantas berpaling kepala menghadap Fareeq yang turut memandangnya.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
CRUSH [ ON GOING ]
Romanceand just like that i fell in love. like a star who felt the magic of the moon for the very first time. I love you, I always will.