Bab 13

5 0 0
                                    


   Sedang aku bersiap-siap di dalam bilik, tiba-tiba ada seseorang mengetuk pintu bilikku. Dengan laju aku mencapai tuala yang tersangkut di kerusi untuk menutup rambutku lalu menuju kearah pintu untuk membukanya. "Awak dah siap ke belum?" Tanya Adam yang berdiri betul-betul di depan pintu bilikku. "Sikit je lagi, tinggal nak pakai tudung je." Kataku. "Kalau macam tu saya tunggu awak kat meja makan." Adam berkata. Dengan cepat aku menahannya. "Ehhh...awak tunggu." Tahanku. "Ye??" Tanya Adam. "Awak tunggu sini kejap, saya pergi pakai tudung jap ok?" Kataku. "Kenapa pulak??" Soal Adam pelik. "Saya malulah...awak tunggu sini kejap tau...jangan pergi mana-mana...sekejap je ok..." Tanpa menunggu jawapan Adam dengan cepat aku masuk kembali ke dalam bilik untuk memakai tudung. Yelah mana tak malunya, lepas subuh tadi aku boleh tertidur. Bangun je tidur dah pukul tujuh lebih, ingatkan nak pejam mata sekejap lepas tu tolong omma buat breakfast. Tulah kau Syaza...pejam mata konon, kau punya pejam tu tengah hari pun belum tentu mata kau buka. Setelah siap memakai tudung aku pun keluar dari bilik. "Dah siap dah." Tanya Adam yang duduk di ruang tamu atas itu. "Dah." Jawapku. "Jom." Adam berkata lalu kami pun menuju ke meja makan untuk bersarapan.




-🌹💕🌹💕🌹💕🌹💕🌹💕🌹💕-




   Selepas bersarapan, Aku dan Adam pun menuju ke salah satu butik pengantin yang diberitahu oleh Ayu. Sebaik sahaja kami masuk ke dalam butik itu, beberapa gaun pengantin yang cantik telah berjaya menarik perhatian aku. Tidak lagi dapat menahan perasaan, tanganku mula membelek beberapa helai gaun pengantin yang telah mencuri tumpuanku. Tetapi dengan cepat aku melepaskan genggaman daripada baju tersebut selepas melihat harga pada baju tersebut. Ya Allah!!! RM 40000!!! Mahalnya....ni baru baju, belum termasuk kasut, hantaran, pelamin lagi. Mahu habis duit dalam bank aku macam ni. "Awak..." Panggil Adam secara tiba-tiba. "Hah...y...ye..." Jawapku. "Awak nak yang mana saya tanya.." Kata Adam. "Ke awak nak try dulu." Kata Adam lagi. "Excu..." Adam cuba untuk memanggil pekerja butik itu tapi dengan cepat dihalang oleh aku. "Ehhh...awak jangan.." Halangku. Adam memandangku pelik. "Apakata kita pergi tempat lain." Cadangku. "Kenapa awak tak suka ke baju kat kedai ni??" Soal Adam. "Bukan tak suka tapi..." Aku berkata "Tapi apa??" Adam bertanya meminta kepastian. "Baju kat sini mahallah, mana cukup saya nak bayar nanti." Terangku. "Nak beli barang lain lagi." Sambungku.

   Aku tidak dapat menahan tawaku apabila mendengar penjelasan Syaza sebentar tadi. "Issh...awak ni orang tengah risau dia boleh pulak gelak." Rugut Syaza. "Sorrylah saya tak boleh tahan gelak dengar apa yang cakap tadi." Terangku. "Awak!! Saya cakap betul ni!" Tegas syaza. "Awak buat apa saya kerja cari duit banyak kalau isteri saya sendiri tak guna duit tu." Terangku. Dapat aku lihat reaksi sedih di muka Syaza. "Kenapa ni??" Tanyaku. "Saya bukan apa, takkan lah awak sorang je nak keluarkan duit...ni kan majlis kita berdua." Jelasnya. "Hmmm...kalau macam tu apakata awak keluarkan duit untuk beli hantaran belah lelaki je ok?" Cadangku. "Hah...awak ni biar betul." Tanya Syaza. "Dah tak payah pikir sangat, sekarang ni awak pergi try baju ok...lepas tu kita pergi beli cincin pulak." Kataku lalu memanggil pekerja kedai untuk membantu Syaza. Selepas kami siap membeli barang untuk persiapan perkahwinan, kami pun pulang ke rumah.




-💕🌹💕🌹💕🌹💕🌹💕🌹💕🌹-




   Selepas tiba dirumah aku pun menuju ke bilik untuk solat asar. Sebaik aku selesai solat asar aku pun mengemas beg pakaianku untuk pulang ke rumah sebentar nanti. "Syaza!" Dapat aku dengar suara omma memanggilku di sebalik pintu. "Ye omma." Aku berkata sebaik sahaja aku membuka pintu. "Ni omma ada belikan baju jubah untuk ummi dari Mekkah, Sya tolong bagi kat ummi ye." Kata omma sambil menghulurkan beg yang berisi jubah. "Haih kenapalah cepat sangat Sya nak balik, omma baru nak luangkan masa dengan Sya." Luah omma. "Maaflah Sya tak boleh nak stay lama kat sini, kesian ummi sorang-sorang kat rumah." Aku berkata. "Hmm...tak apalah, nant kalau ada masa omma datang melawat ummi." Kata omma.

   Selepas siap mengemas barang aku dan omma pun turun kebawah. "Hah Adam, kamu balik sini terus ke atau bermalam kat sana dulu?" Tanya papa kepada Adam. "Adam balik sini terus, lagipun kat office tu banyak lagi kerja yang belum selesai." Jawab Adam "Yelah." Balas papa sepatah. "Awak dah siap ke?" Tanya bertanya kepadaku apabila mendapati kehadiranku disitu. "Papa omma, Sya balik dulu." Aku berkata sambil menyalam omma. "Hah yelah...Adam bawa kereta elok-elok." Pesan papa kepada Adam. "Sya nanti dah sampai bagitahu omma ye." Bagitahu. Aku hanya membalas dengan satu anggukkan mesra.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 01, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Imam Hensem I Luv YouWhere stories live. Discover now