Bab 7

8 0 0
                                    

-Masjid Kampung Bukit Cempedak-

"Terima kasih kak Syaza." Kata salah seorang budak disitu sambil bersalaman denganku. "Sama-sama, lepas mengaji terus balik rumah jangan merayau pulak." Pesanku kepada budak tersebut. "Sya...kau tunggu aku jap tau, aku nak pergi tandas jap." Kata Hany. "Ok,aku tunggu kat pondok depan tu." Jawapku lalu menuju ke pondok yang aku maksudkan. Sedang aku menunggu hany, mataku mengarah pada tempat rak Al-Quran yang berada di tempat solat bahagian lelaki itu. Secara tiba-tiba muncul Adam dalam ingatanku. Tempat dimana kali pertama aku berkenalan dengannya dan tempat dimana kami mengajar budak mengaji bersama dengan Hany. Tak sangka Adam pandai membaca Al-Quran memandangkan dia merupakan seorang yang berpangkat besar dan sentiasa sibuk. Tanpa sedar bibirku mngukir segaris senyuman.

"Woi!!!" Sergah Hany.

"Oh Mak Kau Jatuh!!" Latah Ku. "Kau ni kenapa Hany." Aku berkata sambil menghadiahkannya satu jelingan maut. "Nasib Lah aku taka da sakit jantung tahu tak." Aduku. "Ehhh...aku pulak salah, kau tu yang pekak." Kata Hany. "Berpuluh-puluh kali aku panggil tapi kau tak dengar...so bukan salah aku." Hany cuba membela nasibnya. "Boleh panggil elok-elok kan, ni tak main sergah jew, terkejut aku." Kataku. "Kau tu melamun tah kemana, berangan pasal Adam ehhhh....." Usik Hany. "Ma...mana a...ada." Nafiku. "Hah, asal gagap yelah tu." Teka Hany. "Tak adalah."aku berkata sambil memandang ke arah lain untuk menyembunyikan pipiku yang semakin merah itu. "Klau bukan pasal Adam, asal kau blushing??" Usik Hany lagi. "Isshh...dahlah aku nak balik." Aku berkata lalu berlalu pergi meninggalkan Hany. "Woi...tunggulah aku." Hany berkata lalu mengejar langkahku.

Selepas berpisah dengan Hany, aku pun meneruskan perjalanan ku untuk pulang ke rumah. Sesampainya aku dirumah dapat aku melihat sebuah kereta yang amat aku kenali di depan halaman rumahku. "Ehhh..tu bukan kereta Adam ke, dia buat apa kat rumah aku??" Aku bertanya di dalam hati. Tidak ingin bertemunya, aku pun memasang niat untuk pergi ke rumah Hany sementara menunggu Adam pulang. Baru sahaja aku ingin melangkah pergi.dapat aku mendengari suara ummi memanggil ku.

"Sya...balik pun lama ummie tunggu." Kata Ummi. "Meh masuk, ada orang nak jumpa kamu ni." Sambung Ummi. Adam nak jumpa aku?? Kenapa pulak?? Aku ada buat salah?? Macam-macam soalan muncul dalam pikiranku. "Sya...buat apa tercegat kat situ lagi, cepat masuk." Jerit Ummi. "Ye ummi, Sya datang ni" Aku berkata lalu masuk ke dalam rumah. Dapat aku lihat Adam yang terduduk elok di sofa ruang tamu di rumahku. "Hah...Syaza duduk." Kata walit. Aku pun bergerak menuju ke arah sofa ruang tamu lalu duduk di sebelah ummi.

"Hah..Adam sekarang semua dah ada, jadi apa benda yang kamu nak bincangkan." Tanya Walit kepada Adam. Aku disitu hanya memasang telinga sambil makan kuih yang sedia terhidang diatas meja itu. "Sebenarnya, saya ada benda yang penting nak bincang dengan pak cik Asmanil dan Mak Siti." Kata Adam. "Terutamanya dengan Syaza" Adam berkata lagi. Aku hanya menayangkan muka yang selamba. Padahal pikiranku sudah penuh dengan seribu tanda tanya.

"Saya nak lamar Syaza jadi isteri saya." Luah Adam.

Aku yang berada disebelah ummi it uterus tersedak akibat mendengar ucapan yang keluar daripada mulut Adam sebentar tadi. "Tulah, makan gelojoh lagi." Kata Ummi sambil menghulurkan segelas air kepadaku. "Adam, kamu serius ke ni." Soal Walit "Ye Pak Asmanil." Adam berkata. "Awak macam mana." Walit bertanya kepada ummi. "Mak Siti tak kesah Adam, tapi Adam kena tanya tuan badanlah." Ummi berkata. "Syaza, awak setuju tak?" Adam bertanya. Akibat masih berasa terkejut, aku tidak mendengar pertanyaan yang ditanya oleh Adam. Pikiranku masih dipenuhi oleh banyak tanda tanya. Aku Adam kahwin? Aku suka Adam tapi Adam suka aku tak?? Kenapa tiba-tiba sangat???

"Sya!!" Ummi berkata sambil menepuk perlahan pehaku.

"Hah...ye ummi." Aku berkata. "Adam tanya kamu setuju ke tidak." Kata Ummi. "Sya....Sya....Sya...." Kataku. Dapat merasakan aku mempunya kesukaran untuk menjawab persoalannya, Adam pun berkata. "Kalau awak tolak pun tak apa, mungkin salah saya sebab datang dengan tiba-tiba, mungkin kita...."

"Sya setuju." Aku bersuara memotong percakapan Adam. Jelas kelihatan wajahnya yang terkejut itu seakan tidak percaya dengan apa yang baru aku ucapkan sebentar tadi.

"Alhamdulillah. Eloklah kalau semua setuju." Kata Walid. "Hah, Adam lepas ni pasal perkahwinan aku bincanglah dengan Sya ye." Kata Ummi yang berada disebelahku. "Baiklah Mak Siti." Jawap Adam. "Ehhh...panggil jew Ummi." Ummi berkata. Amboiii ummi ni, jelajoh betul baru bakal suami dah suruh panggil ummi. "Baik ummi." Jawap Adam ringkas. "Adam nak minta izin walit untuk bawa Syaza jumpa family Adam esok." Adam berkata kepada Walit. "Walit izinkan." Jawap Walit ringkas.

Mak ai... nak kena jumpa family dia pulak... dia masuk meminang ni pun aku tak dapat nak bertenang lagi. Ni nak kena jumpa family dia pulak. Matilah nakkkk....!


-💕🌹💕🌹💕🌹💕🌹💕🌹💕🌹-


Selepas menunaikan solat Isyak, aku pun berbaring di katitku. Telefon yanga berada di atas meja belajarku yang terletak di sebelah katil laju dicapai oleh tanganku. Tanpa membuang masa terus aku menelefon Hany.

-OTP-

"Weyh Hany"

"Aku nak cerita something ni..."

"Alah...sorry weyh..."

"Bukan aku tak dengar..."

"But aku tengah sibuk sekarang ni..."

"Apa jew yang kau kena buat sampai sibuk memanjang"

"Taeyong tengah buat live ni..."

"Nantilah kita story"

"Bye...."

"Tapi...."

Dapat aku bunyi "tut" menandakan talian telah terputus. Kuranga asam punya member, esok jangan marah aku sebab tak tahu cerita. Klau tak sampai ke rumah kau aku kejar. Tiba-tiba, aku teringat kesah petang tadi.

"Saya nak lamar Syaza jadi isteri saya."

Akibat terlalu teruja, aku mengambil bantal dan menutup wajahku lalu gelak sepuas hati. Kakiku tidak dapat berdiam diri sampai menghentak-hentak katilku. Haih...ni kalau ummi Nampak mesti dia ingat anak dia dah beyol. Selepas menenangkan diri, aku pun memejamkan mata bersedia untuk masuk tidur. Tak lama kemudian, aku sudah pun kea lam mimpi.

Imam Hensem I Luv YouWhere stories live. Discover now