Bab 1

10 1 0
                                    


Nama aku Nur Syaza Shamimie binti Asmanil. Anak tunggal yang berusia 24 tahun. Seorang yang pemalu but the loudest person bila dah rapat. Dan paling penting peminat setia penyayi kumpulan korea iaitu Exo. Sedang aku tengah sedap dibuai mimpi tiba-tiba tidurku diganggu apabila memdengar suara seorang yang aku kenali.

"Woi, Sya bangun lah dah pagi dah ni...sampai bila kau nak tidur"kata suara itu.Merasakan tidurku diganggu aku pon berkata "Hany..bising lah aku nak tidur pon tak senang..pagi-pagi dah datang rumah orang." Ini Hany Irdina binti Sulaiman a.k.a my bestfriends. Tidak puas hati dengan penjelasan aku lalu die memukul peha aku agar aku terjaga.

"Piak"kedengaran bunyi tamparan Hany dipehaku. "Aduh sakitlah Hany" Aku mengadu. "Hah..bangun pon."kata Hany "Issh..yang kau ni dah kenapa pagi buta datang umah aku" kata aku dalam keadaan mamai. "Pagi buta ape nya cik Syaza oii...dah kul 10 pagi dah."kata Hany "Btw...aku ade story baru nk citer ni!!" Sambung Hany dengan wajah teruja. "Kau ni bab gosip laju ehh, hah ape dia?" Soalku "Takde ape pun tapi aku dengar mak aku cakap ade ustaz baru nak datang kat kampung kita ni." Jelas Hany panjang lebar. "Lah tu jew ke, kejut orang macam ade artis datang kampung ni last-last tu je story kau." Luahku "Ehh...sabar dulu belum sampai best part die lagi." Hany berkata "Ape best part die." Tanyaku acuh tak acuh. "Best part dia ialah dengar kata ustaz tu orang korea" Hany bersuara. "Serius lah!!!" Jelas kedengar suaraku yang teruja. "Amboi...excited nampak...tadi macam tak kesah jew." Perli Hany

"Hany!!!...Syaza tu dah bangun ke belum!!!" Jelas kedengar jeritan ummi dari dapur. "Hah...ummi kau dah bersuara tu...padan muka bangun lambat lagi" Usik Hany. Selepas mendengar jeritan padu ummi, dengan cepat aku bangun daripada katil dan mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi. Sebelum ake kena tazkirah dengan ummi baik aku siap cepat-cepat dan tolong ummi di dapur.

Selepas membersihkan diri terus aku ke dapur untuk menolong ummi. "Selamat pagi ummi yang Sya sayang, ade apa-apa yang boleh Sya tolong." Tanyaku untuk menenangkan hati ummi. "Dah siap dah pon nak tolong apanya...ni hah tolong makan." Kata ummi sambil meletakan pinggan yang berisi nasi goreng di atas meja makan."Alah ummi sorry lah Sya tak tolong ummi pagi ni, Sya terlajak tidur tadi." Jelasku. "Mana tak merajuk, ade anak dara tapi tidur jew bukan nak tolong." Ummi berkata. Memang dah agak dah comfrem kena bebel punya. "Alah, Sya mintak maaf ok. Lepas ni Sya janji akan tolong ummi."Jawabku. "Hmm...yelah, dah duduk makan." Balas ummi. Baru aku ingin makan aku tersedar mana pulak hilang kawan aku sorang tu...terus aku bertanya kepada ummi. "Ehh...ummi, Hany mana." Soalku "Ohh, Hany dah balik ingat nak ajak makan sekali tapi dia cakap ada hal tu yang balik awal tu." Jelas ummi panjang lebar. "Sya nanti tolong ummi hantar kan makanan ni kat umah Mama Lia ok?" Pinta ummi. Aku yang sedang kusyuk menghabiskan nasi goreng aku itu hanya memberi anggukan kecil sebagai tanda ye.

Selepas menghabiskan sarapan terus aku bergerak ke bilik untuk memakai tudung. Selepas itu, aku menuju ke dapur untuk mengambil bekal makanan yang telah disediakan oleh ummi untuk dihantar ke rumah Mama Lia. "Ummi, Sya pergi dulu." Kataku sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ummi. "Lepas hantar terus balik jangan nak merayau pulak." Pesan ummi.

Aku pon memulakan perjalanan untuk ke rumah Mama Lia. Mama Lia merupakan isteri kepada ketua kampung di kampung ini dan juga Ustazah yang mengajar aku dan Hany mengaji di surau kampung ini dulu. Sesampainya di depan kawasan rumah Mama Lia, aku terlihat kereta jenama BNW yang elok terparking di halaman rumah Mama Lia. "Ehh..sejak bila pulak Pak Cik Abu beli kereta baru, mahal pulak tu." Kata aku di hati. Pak Cik Abu merupakan ketua kampung dan juga imam di kampung ni. Sedang aku memerhati kereta mewah itu tiba-tiba motor walit disebelah kereta tersebut menarik perhatian aku. "Ehh...walit ada kat umah Mama Lia ke?" Soalku di dalam hati. Tanpa membuang masa aku menuju ke pintu rumah Mama Lia dan memberi salam dan salam aku disambut oleh Mama Lia.

"Ehh...Syaza masuklah." Pelawa Mama Lia. Sebaik sahaja aku melangkah jantung aku terasa bagai nak gugur tatkala mata aku bertembung dengan sepasang mata yang memandang tepat kearahku.

Imam Hensem I Luv YouWhere stories live. Discover now