Bab 5

7 1 0
                                    


   Selepas siap menunaikan solat zuhur, aku pun bersiap untuk pergi ke masjid. Selepas memakai tudung, Aku menuju kearah ruang tamu untuk menunggu ketibaan Hany. "Hah...Sya tak gerak lagi ke...dah pukul berapa ni." Kata Ummi yang baru masuk ke dalam rumah sambil membawa masuk pakaian yang dijemurnya pagi tadi. "Sya tengah tunggu Hany ni ummi...dia suruh pergi sekali dengan dia." Jelasku. Setelah memdengar penjelasanku, ummi pun berlalu menuju ke biliknya. "Syaza, kamu bersiap ni nak ke mana?" Tanya Walit sambil melabuhkan punggu di sofa ruang tamu itu. "Mama Lia suruh Sya ajar budak mengaji kat masjid walit." Jawapku. "Ooo...elok lah tu, ada jugak benda yang boleh kamu buat sementara tunggu tawaran pekerjaan." Balas Walit. "Assalamualaikum, Syaza!!" Hany memberi salam. "Waalaikumussalam" Aku dan Walit menjawap salam Hany. "Hah...Hany dah sampai tu, Sya gerak dulu ya walit." Aku berkata sambil bersalaman dengan Walit dan munuju ke pintu rumah. "Kita nak gi naik apa ni" Aku bertanya kepada Hany. "Kau ingat aku reti bawak kereta, naik kaki lah Syaza oii." Hany berkata. "Alah...penatlah." Aduku. "Tak payah nak mengada sangatlah, cubalah jalan kaki sikit...kau tu dah lah jarang bersenam" Katanya. "Macamlah kau selalu bersenam." Kataku.

   Setibanya kami di masjid, dapat kami lihat sekempulan budak yang sedang main di depan masjid dan terdapat jugak sekumpulam budak yang kelihatan seperti sekolah menengah yang sedang giat bersembang. "Ehh..kak Syaza dan Kak Hany ke yang ajar kitaorang mengaji." Tanya salah seorang budak di situ apabila melihat kahadiran kami berdua. Aku dan Hany pun menganggukan kepala kami. "Weyh Hany, bukan kau cakap kita ajar budak jew ke, apa budak sekolah menengah buat kat sini." Aku bertanya kepada Hany. "Lah, mana aku tahu" Jawap Hany. "Hmm...korang semua masuk dulu nanti kak Syaza dan Kak Hany masuk." Arahku kepada budak-budak yang berada di situ. "Habis sape nk ajar budak sekolah menengah tu." Aku bertanya. "Kalau budak perempuan aku tak kesah, aku boleh ajar tapi budak lelaki sape nk ajar." Sambungku lagi. Hany hanya memberi gelenggan tanda tidak tahu.

   "Saya yang ajar" Kata suara seseorang yang berada di belakangku. Mataku terus membulat apabila melihat empunya suara itu. "Assalamualaikum." Adam memberi salam. "Waalaikumussalam." Jawap Aku dan Hany serentak. "Kuat ehh jodoh korang, mana-mana pun jumpa." Usyik Hany. Hany ni kan kalau Aku bagi penumbuk kat muka dia ni sia-sia jew hidup. "Tulah, saya pun tak tahu awak ajar mengaji kat sini." Katanya. "Jomlah kita masuk, kesian diorang tunggu nanti." Adam berkata lalu kami pun menuju ke tempat solat lelaki dimana tempat kami bertiga mengajar mengaji. Adam mengajar budak lelaki, Hany budak-budak kecil manakala Aku mengajar budak perempuan.

   Setelah habis mengajar budak-budak mengaji, Aku dan Hany pun bersiap untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba Adam munuju kearah kami. "Korang balik naik apa." Adam bertanya. "Jalan kaki je." Jawapku ringkas. "Ooo...yeke, kalau macam tu meh lah saya hantarkan." Tawar Adam. Belum sempat aku ingin menolak dengan pantas Hany bersuara. "Boleh ke, kalau boleh jomlah" Kata Hany tanpa segan-silu. Kemudian, kami pun menuju ke kereta Adam. Belum sempat Aku ingin memasuki bahagian belakang kereta dengan pantas Hany memasukinya terlebih dahulu dan menutup pintu. Hany ni kan, nasib baiklah Adam ada,kalau tak dah lama lebam muka dia. "Awak tunggu apa lagi, masuklah." Adam berkata. "Hah sya, masuklah cepat." Dapat Aku dengar suara Hany dari bahagian belakang kereta. Aku pun terpaksalah duduk di bahagian depan kereta iaitu disebelah Adam dan Adam pun menuju ke rumah aku untuk menghantar Aku dan Hany pulang. "Syaza, sedap saya dengar suara awak baca Al-Quran tadi." Puji Adam. Mendengar pujian Adam, jantungku mula berdegup dengan laju. "Te...terima ka...kasih" Kataku sambil tergagap-gagap. "Tergagap-gagap nampak, blushing ke Cik Syaza oii..." Hany mengusik. Mendengar usyikan Hany, Aku pun menoleh ke belakang dan memberikan jelingan maut kepadanya. Kemudian perjalanan kami hanya diisi oleh beberapa bualan kosong antara kami bertiga.

Imam Hensem I Luv YouWhere stories live. Discover now