Bab 11

2 0 0
                                    

   "Apa rindu-rindu, salam mana salam." Tegur Adam. "Hihihi....sorry, assalamualaikum oppaku sayang." Kata perempuan itu memberi salam. "Hah Syaza kenalkan, ini adik saya Ayu Najwa" Adam berkata sambil memperkenalkan adiknya aku. "Oooo...ni lah kak Syaza yang abang cakap tu, cantiknya." Puji Ayu. "Mestilah...tengoklah sapa yang cari...kan omma." Adam berkata membuatkan aku tersipu malu di sebelahnya. "Ada-ada je lah kamu Adam. Hah...Syaza, jom omma kenalkan kamu dengan tetamu yang lain." "Baiklah." Aku berkata lalu mengikuti langkahnya.

   "Amboi-amboi, tahulah bakal isteri tu cantik tak payah 24 jam mata tu nak tengok kak Syaza je." Kata ayu kepada ku. "Suka hati abang lah nak tengok siapa pun, yang kau ni tudung mana. Baju dah cantik dah baju kurung." Aku berkata kepada adikku. "Issh...abang ni potong mood jew lah. Dah lah...Ayu nak jumpa kawan Ayu. Bye." Ayu berkata lalu menuju ke arah kawannya.

   Selepas meletakkan beg di dalam bilik, aku pun menuju ke arah Syaza dan Omma berada. "Assalammualaikum." Aku memberi salam kepada tetamu yang berada di situ. "Walaikummussalam." Jawap mereka. "" Wah Adam makin segak nya sekarang." "Bakal isteri pun tak tumpah orangnya." "Cantik, baik, sopan." "Pandai kamu pilih Adam." "Untung lah you hyewon dapat menantu macam ni." Itu adalah beberapa pujian yang dapat aku dengari daripada kawan Omma dan tetamu yang lain. "Terima kasih." Kataku kepada meraka. "Omma kalau tak keberatan Adam nak bawa Syaza pergi makan boleh?" aku bertanya kepada Omma. "Ehhh...boleh je, Syaza jangan malu-malu tau makan je puas-puas." Omma berkata kepada Syaza. "Baiklah Omma, kalau macam tu saya mintak diri dulu." Kata Syaza. "Jom." Syaza berkata lalu menghadihahkan segaris senyuman yang manis kepadaku dan dibalas oleh aku

   Apabila sampai sahaja di tempat ambil makanan, aku menjadi rambang mata apabila melihat lauk-pauk yang terhidang di depan mataku. Gulai kawah, ayam goreng berempah, rendang ,satay, kambing bakar. Belum termasuk dengan pencuci mulut lagi. Ini memang mencabar naluri makan aku ni. "Syaza, awak nak makan apa." Tanya Adam yang berada di sebelah ku apabila dia perasan aku asyik memegang pinggan yang berisi nasi putih tanpa mengambil lauk yang terdapat di situ. "Ke awak tak suka lauk ni semua." Adam bertanya kepadaku apbila aku masih lagi tak bergerak. Gila ke cakap aku tak suka, lauk kenduri kot sape yang tak suka. "Ehh...tak lah mana ada saya tak suka." Aku berkata lalu mengisi beberapa jenis lauk ke dalam pinggan ku. Yang paling penting ialah ayam goreng. Ini kalau Hany ada mesti dia dah gelakkan aku. Memang dia dah masak dengan perangai kawannya yang sorang ni. Kalau satu hari tak makan ayam goreng bukan Nur Syaza Shamimie namanya. "Dah." Aku berkata kepadanya yang sedang menugguku apabila aku telah selesai mangambil lauk. "Cukup ke." Adam bertanya kepada ku apabila melihat isi di dalam pingganku. Ni hany punya pasal lah ni,kan Adam dah ingat aku ni jenis makan banyak. "Apa awak ingat saya ni makan banyak sangat ke." Aku berkata dalam nada bergurau. Adam hanya senyum mendengar jawapku lalu kami pun memcari tempat duduk kosong dan makan bersama.



-🌹💕🌹💕🌹💕🌹💕🌹💕🌹💕-

   


   Setelah siap menjamu selera, aku pun membantu omma untuk melayan tetamu. Walaupun sudah dihalangi oleh omma, tetapi akibat tidak selesa jika aku tak buat apa-apa maka aku berkeras untuk menolong omma. "Kak Sya!!" Dapat aku dengari suara ayu memanggil ku dari arah khemah tetamu. "Omma, Syaza pergi kat Ayu kejap ye." Aku berkata kepada omma. Lalu aku pun menuju ke arah Ayu. "Kenapa Ayu panggil kak Sya." Aku bertanya kepada Ayu apabila sudah berada di depannya. "Kak Sya jom tolong Ayu buat air jap, Air dah nak habis lah." Ayu berkata sambil menghulurkan salah satu jag kosong yang berada di tangannya. "Ohh...ok." Aku berkata lalu kami berdua pun menuju ke dapur. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat orang yang berada di dapur ketika ini....

Imam Hensem I Luv YouWhere stories live. Discover now