𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 22

7.8K 517 37
                                    

Di pagi yang cerah, angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut menyapa kulit pipi Natalya yang sedang termenung melihat sekumpulan kanak-kanak bermain di taman permainan berdekatan rumahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di pagi yang cerah, angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut menyapa kulit pipi Natalya yang sedang termenung melihat sekumpulan kanak-kanak bermain di taman permainan berdekatan rumahnya. Bibirnya mengukir satu senyuman kecil. Perutnya kini sedikit menampakkan bentuk mula diusap lembut.

"Burung puyuh, burung ketut, dimakan biawak." Suara nyanyian Aryan mematikan senyumannya. Dia mengeluh kecil. Kepala diurut perlahan.

"Kadang cantik, kadang imut." Aryan senyum menampakkan lesung pipitnya. Isterinya dihampiri.

"Kadang mirip-mirip biawak." Dagu isterinya dipagut untuk melihat ke arahnya. Berkerut kening si isteri.

"Abang cakap saya mirip biawak?" Natalya mengemam bibir. Kolam matanya mula dipenuhi air. Ha sudah! Mak buyung ni sengsetip betul.

Aryan tersengih sambil menggeleng.

"Mana ada. Gurau saja ma." Belakang isterinya diusap.

"Tch! Tadi siapa yang call?" Natalya memandang ke dalam anak mata kelabu milik Aryan. Bukan boleh percaya, yang namanya kaum lelaki ni. Sekali kita terleka, tetiba dah ada orang baru. Tak boleh lalai sikit, diorang laju je rancang.

"Oh, tu aaaa haa kawan. Takde siapalah. Sayang jangan risaulah." Aryan menayang senyuman palsunya. Mana mungkin dia beritahu bahawa Saffya yang menelefonnya. Dia juga tidak pasti tujuan wanita itu menelefonnya lagi. Katanya sudah insaf. Mahu minta maaf dengan Aryan dan Natalya.

Memang minta simpang malaikat empat puluh empat la Aryan nak izinkan Saffya jumpa Natalya dalam keadaan Natalya yang sedang mengandung ini.

"You, I nak minta maaf. I tahu I banyak menyusahkan you. I nak minta maaf dengan Lya. I banyak sakitkan hati dia."

Kata-kata Saffya masih terngiang di kepalanya. Patut ke aku maafkan dia? Perlu ke? Hm macam tak perlu je. Arghh lantaklah malas aku nak maafkan dia. Werk werk padan muka kau, aku tak nak maafkan kau.

Puk!

Tersentak Aryan apabila lengannya ditampar lembut oleh Natalya. Matanya beralih memandang isterinya.

"Sayang nak apa-apa ke?" Soalnya.

Wajah cemberut Natalya dipandang risau.

"Eiii, abang ni!! Orang cakap boleh pula termenung. Ingat dekat siapa? Ha dah ada pengganti Lya ke?" Natalya memeluk tubuhnya bersama muncung di bibir. Wajah suaminya dipandang dengan tidak berpuas hati. Geram dengan suaminya yang banyak mengelamun itu.

"Ya Allah, apa sayang merepek ni? Sampai ke pengganti bagai. Mana ada la. Takda siapa mampu tandingi sayang." Tangan Natalya diraih lembut. Aryan menyinggahkan kucupan lembut ke tangan isterinya.

"I want to grow old with you and spend the rest of my life just like how we vowed to. I can never imagine a perfect soulmate besides you and I mean it." Aryan memanggung kepala menatap lembut ke dalam tunak mata Natalya. Isterinya itu hanya mengemam bibir. Takkan tak melting pula kan, mestilah.

2.0 | Tuan Aryan Darmish ©Where stories live. Discover now