𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 25

6.9K 509 92
                                    

Seminggu kemudian,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seminggu kemudian,

Aryan berjalan bersama sedulang makanan itu ditegur oleh Aayyan.

"Ar, nak pergi mana?" Soal Aayyan.

Aryan mematikan langkah kakinya. Kepala menoleh ke arah Aayyan.

"Ar nak hantar dekat Que. Dia belum makan." Jawabnya senada. Aayyan mengangguk faham. Sejak Anrique keluar daripada hospital, hanya Aryan yang banyak berinteraksi dengan Anrique. Dia malah kurang bercakap. Kesian anak gadisnya diabaikan.

Aayyan mengangguk menyuruh Aryan pergi. Keluhan kecil meniti di bibirnya.

Bukan senang nak move on. Kehilangan orang yang kita sayang sangat sukar untuk dilupakan.

Klak!

Aryan menguak pintu bilik tidur abangnya. Perlahan-lahan dia menapak masuk. Tubuh Anrique yang sedang baring membelakanginya dipandang sayu.

"Tak salah bersedih tapi kau kena terima hakikat kehilangan orang tersayang dan kawal emosi kau."

Anrique hanya diam mendengar bait-bait ayat Aryan. Aryan mendekati abangnya. Dulang makanan diletakkan atas meja.

"Rasulullah bersabda, Air mata boleh mengalir, hati boleh bersedih tetapi kita tidak boleh mengatakan sesuatu kecuali yang dapat membuat Allah redha. Dan kami, wahai Ibrahim, sedih kerana pemergian mu. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim."

Aryan melabuhkan punggung di birai katil Anrique. Anrique beralih memandang adiknya.

"Bro, aku tahu kau kuat. Kalau tak kuat pun, tolonglah kuat. Anak kau, Shera need her ayah. Kalau kau lemah macam ni, anak kau macam mana?"

Berkaca-kaca mata Anrique memandang adiknya. Ya Allah, apa aku dah buat ni?

"Setiap malam anak kau merengek nak ibu dia. Aku tahu kau tak boleh lupakan Kak Nur. Tapi Shera macam mana? Takkan kau nak lepas tangan. Dia masih kecil." Aryan menepuk bahu abangnya.

Anrique mengemam bibirnya.

"A-ku..."

Aryan senyum kecil.

"It's okay, bro. Aku ada untuk kau. Bukan aku je. Daddy, Mummy, Ad, adik-adik. Kitorang ada untuk kau. Kau abang aku dunia akhirat. Aku tak nak tengok kau rapuh macam ni."

Anrique terharu dengan ahli keluarganya. Walaupun dia bukanlah anak kandung kepada Tuan Aayyan Danish, namun kasih sayang mereka sekeluarga tidak langsung berbelah bahagi. Semuanya sama rata.

Di saat dia dilanda kerapuhan begini, mereka tidak jemu meniupkan semangat kepadanya.

Ya Allah, sungguh aku lalai. Aku menidakkan takdir. Maafkan aku, Ya Allah.

2.0 | Tuan Aryan Darmish ©Where stories live. Discover now