𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 47

6.9K 401 42
                                    

"Aku tanya kau sekali lagi, better kau jujur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku tanya kau sekali lagi, better kau jujur. Kalau Darren yang masuk, sakit kau dikerjakan." Anrique merenung tajam ke arah Natrah yang menangis di bahu Puan Aishah. Dia tahu gadis itu menyembunyikan sesuatu daripada mereka semua. Pasti ada yang dia tahu.

Melihat tiada respon daripada Natrah, Darren bangun berdiri. Glock yang terselit di pinggangnya dikeluarkan. Membesar mata Puan Aishah melihat itu. Kecut liur orang tua itu.

Adryan menghalang Darren daripada terus mendekati Natrah.

"Stay calm, boy. Kita settle baik-baik. Natrah, bagitahu aku. Kau ada tahu sesuatu kan? Tak mungkin Natalya ikut Shaqif sedangkan dia tahu siapa Shaqif sebenarnya. Aku tak rasa kakak kau terlalu bodoh dalam hal ni." Soal Adryan dengan serius. Jelas pada mata mereka Natrah seperti menyorokkan sesuatu.

Natrah menggeleng, "Aku tak tahu. Kan aku dah cakap dia yang---"

Bam!

"Kau ingat kitorang ni bodoh ke hah?!" Tengking Anrique. Cukup kesabarannya sudah menjangkaui batas. Dia tidak percaya dengan kata-kata Natrah. Dia menumbuk pintu rumah Puan Aishah.

Berkali-kali Natrah menelan liur melihat wajah bengis Anrique. Bagaikan harimau laparkan daging.

"Sorry makcik, nanti Ad gantikan pintu baru. Que memang baran sikit. Natrah, bagitahu aku. Shaqif ke yang rancang semua ni? Kau tahu mana dia bawa Natalya pergi?" Lembut Adryan bertanya. The calmness one.

Natrah menangis sambil menggeleng. Dia masih dengan pendiriannya.

Adryan yang nampak wajah Anrique yang mula membengis semula itu terus bangun menghalang abangnya. Ada yang kena ganyang dekat sini kang susah. Walaupun dia tidak suka dengan Natalya, tapi itu isteri adiknya. Adik iparnya.

Aqeef dan Afeeq mendekati Natrah dan Puan Aishah.

"Kau kalau main-main dengan Ad bolehlah. Kalau dua bapak setan ni bergabung mampus kau." Terkekeh Aqeef ketawa. Dua bapak setan yang dimaksudkannya itu adalah Anrique dan Darren. Anrique itu tampak sahaja tidak serius. Tapi kalau berkaitan adik-adiknya, memang mampus loh anying.

"Kalau dengan Darren tu kau kena banyak mengucap. Aku tahu dosa kau banyak. Sebab dia tembak tak bagi salam dah. Memang auto berlubang kepala kau." Afeeq sengaja menakut-nakutkan si Natrah. Kau tak nak bagitahu sangat kan? Muahahahaha.

"Kalaulah diorang tahu kau menipu, aku rasa kau dah boleh pergi buat solat taubat. Nyawa kau dah tak lama dah." Arash muncul entah dari mana. Bersama senyuman nakalnya.

Bunyi riuh di luar rumah mengalih perhatian mereka semua.

"Apa yang bising-bising tu?" Aefeq mengerutkan dahinya. Masing-masing terpinga-pinga.

"Macam suara alang je." Arash mula menjenguk ke luar tingkap. Mereka semua ikut menjengah ke tingkap.

Terkejut mereka melihat Aryan sedang berperang mulut dengan Tuan Aydan di tepi superbike milik Aryan. Kejap! Tuan Aydan datang naik motor dengan Aryan?

2.0 | Tuan Aryan Darmish ©Where stories live. Discover now