Bab 1

4.7K 277 11
                                    

Aiman berjalan masuk ke dalam kelas sambil membetulkan cermin matanya. Semasa Aiman masuk ke dalam kelas , 2 orang budak lelaki mengahampirinya .

"Oit budak cermin mata besar atau budak baru ! Aku nak duit !!" Marah Salah seorang budak lelaki tu.

"Nah... jangan buli saya .." Aiman memberi duit RM10 kepada 2 orang lelaki tu.

"Aku tak pasti. Terima kasih cermin mata besar!!!" 2 orang lelaki tu berlari keluar.

Aiman berjalan menuju ke arah meja dia yang berada di hujung penjuru belakang . Selepas dia duduk di tempat duduknya , dia buka buku & terus baca.

Waktu Rehat...

Aiman berjalan menuju ke perpustakaan . Semasa Aiman dalam perjalanan , Aiman ternampak seorang budak perempuan sedang membaca buku sambil berjalan.

Aiman membuat plan. Dia merancang untuk melanggar perempuan tu.

Dia melanggar perempuan tu secara tidak sengaja. Buku perempuan tu jatuh ke lantai, Aiman mengambil buku tu dilantai & memberi semula buku itu kepada tuannya semula.

"Terima kasih.. Tapi, saya rasa macam tak pernah nampak pon awak sebelum ni. Awak pelajar baru ke ?" Tanya perempuan tu kepada Aiman.

"Ye, saya pelajar baru. Aiman Hakim. Awak ??" Aiman malu malu kucing.

"Saya ? Saya Tasha . Saya minta diri dulu.."

"Baiklah.. Bye.." Aiman tersenyum lebar & ketawa sorang sorang.

Waktu Balik..

Aiman berjalan menuju ke Stesen Bus di hadapan sekolah.

"Mana buku aku ni ?? Mesti tertinggal dekat kelas.. Patah baliklah.." Aiman berpatah balik menuju ke kelasnya.

Semasa Aiman mencari bukunya yang hilang, seorang perempuan berpakaian baju sekolah tapi koyak-koyak sikit & muka menakutkan. Perempuan tu menepuk bahu Aiman.

"Hi!!! " perempuan tu menegur Aiman.

" Aaaaaa!!!!" Aiman menjerit ketakutan.

Aiman terus pengsan.

"Pengsan pulak?? Aku kena tukar muka aku lah.."

10 minit kemudian...

Aiman dah sedar dari pengsan.

"Aku dekat mana ni ? Seramnya tempat ni ?" Aiman melihat sekeliling.

"Hi!! Saya Laila.." Laila menyapa Aiman.

Aiman hanya diam.

"Apa nama awak? Janganlah blur sangat.. Tak best.." tanya Laila sambil membuat muka pelik.

"Apa ? Saya Aiman. Awak ni siapa sebenarnya ??jangan kata awak ni ...................." kata Aiman.

"Yang saya ni Hantu ?? Jangan takut.. saya tak makan orang. Saya cuma nak kawan dengan awak. Saya selalu perhatikan awak.. " Laila memandang muka Aiman.

"Apa ? Awak perhatikan saya ?!!" Aiman terkejut.

"Yes, saya nak tolong awak . Saya diberi 45 hari untuk bersama dengan awak. Saya seperti pari pari awak yang cantik & comel.. " Laila membuat muka comel.

"Hah ? Awak akan selalu bersama dengan saya ? Gilalah!!" Aiman berasa marah.

"Tak payah nak marah sangatlah . Jom balik rumah awak.. " Laila berjalan sambil tersenyum sorang-sorang.

"Kenapa pelik sangat hantu ni ? Tak macam hantu lain. Pening betul.." Aiman memegang kepalanya.

"Oit Budak Blur!! Cepatlah!!" Marah Laila .

"Stressnya aku.. baru jumpa sehari, dah buat aku gila. Macam mana aku nak lalui 44 hari lagi ?? Aish..." Aiman memukul kepalanya.

Aiman berjalan sambil menundukkan kepalanya. Laila hanya jalan & tidak melayan perangai Aiman.

Rumah Aiman

Aiman mengunci pintu . Aiman terkejut melihat ibunya sedang memerhatikan dia.

"Ibu ?? Ibu buat apa dekat situ ? Buat saya takutlah.." Aiman memegang dadanya yang nak meletup.

"Ibu pelik dengan perangai kamu. Kamu macam sorokkan sesuatu dengan ibu.." Pn.Maila memandang tepat ke arah Aiman.

"Apa ? Sorokkan sesuatu ? Ibu nampak orang tak dekat tepi saya ni ??" Tanya Aiman sambil menunjuk ke arah tepinya .

'Kenapalah aku kena jaga orang yang bodoh ni ?? Nama pon hantu, mestilah tak nampak. Ko je boleh nampak aku. Bodohnya!!' Kata hati Laila.

"Apa yang kamu merepek ni ? Boleh tak jangan nak tanya soalan bodoh dekat ibu. Ibu nak pergi masak, nanti turun."

"Baiklah.."

Aiman berjalan menaiki tangga & masuk ke biliknya. Dia menukar pakaian .

"Oit ! Cantik tak baju dress aku ni ? Comel tak aku ??" Laila menunjukkan dress sambil buat muka comel.

"Kenapalah aku dapat hantu macam ni?? Perangai pelik.. mals nk layan.."

"Apa ? Hantu ? Ko tak anggap aku sebagai penjaga ko lah ni ?? " marah Laila.

"Buat apa ko nak jaga aku ? Aku dah besar.." Aiman berlagak.

"Apa? Dah besar ? Lepas ko pergi sekolah tu, ko asyik kena buli. Lepas tu , ko bagi je duit tu. And ko suka sorang budak perempuan ni.. namanya..."

Sorry kalau tak best..

#berkawandenganhantu#Vote#Comment

VOTE... VOTE .... VOTE...

Berkawan Dengan HantuWhere stories live. Discover now