57 19 19
                                    

_∞∞∞_

Votement juseyo~♡

"2 tahun lepas, puteri bunuh seorang perempuan dengan anak panah. Ye dia bunuh semua penduduk perempuan yang dekat dengan putera,"

"Ye ke~?"

Jaeyun menghela nafas. "Aku...tak nak hilang kau. Puteri terlalu obses dengan putera, aku tak nak orang dari masa depan macam kau ni mati kat era ni,"

Soyeon tergelak. "Kau...percaya aku dari masa depan?"

"Lah, memangnya tak? Kau tipu aku?"

"Tak, betul aku ni dari masa depan. Cuma aku tak sangka akan ada orang yang percaya. Kalau orang lain memang takkan percaya,"

"Ah.."

Soyeon memandangnya. "Wae?"

"Maksudnya tak lama lagi kau akan balik semula lah ke masa depan?"

"Aduh Jaeyun anak Sim, aku pun tak tau macam mana boleh ada kat sini, macam mana aku nak keluar dari sini? Kau ingat ada pintu ke mana sahaja macam Doraemon aku boleh keluar masuk?"

"D.. Doraemon?"

Soyeon menutup mulutnya sendiri. 'Aduh bodoh! Kenapa masa camni lah nak keluar perkataan Doraemon tu?!'

"Ok, setiap benda yang kau tak tahu maksudnya tapi keluar dari mulut aku ni kau abaikan eh. Semua tu benda dari masa depan, tak wujud lagi zaman kau ni,"

Jaeyun hanya meng'o'kan sahaja sambil menggaru kepalanya.

×××

Korang nak tahu ke macam mana Soyeon mandi/tukar baju/basuh baju/bangun pagi? Tak payah lah eh sebab aku pun tak tau. Aku cuma seorang author yang rajin tak rajin camtu je🙂

Soyeon menyuapkan yeokgwa ke mulut Jaeyun. "Sedap?"

Jaeyun mengangguk. "Aku tak....sangka kau pandai buat....yeokgwa," mulutnya penuh jadi susah nak bercakap.

"Eh kenapa ramai orang lari lari kat luar tu?" Soyeon menjenguk seketika. Riak wajah penduduk di situ menjadi takut, macam ada sesuatu yang datang dari sebelah utara.

"Err, Soyeon. Hari ni tanggal berapa?"

"Tak silap aku...31 haribulan,"

"Soyeon! Kita kena lari cepat!" Jaeyun segera mencapai pedang dan anak panah yang terdapat di sebelahnya. Gat dan beberapa peralatan lain turut diambil.

"Nak pergi mana lagi ni?"

"Kita kena cari tempat yang selamat!"

"Hah?" Soyeon masih bingung.

"Ah! Aku tak boleh jelaskan lagi sekarang ni, yang penting kau bawa segala keperluan yang kau nak dan ikut aku,"

"O...ok,"

×××

"Rasanya tempat ni selamat kot," mereka berdua tercungap-cungap setelah berhenti di suatu tempat.

"Penduduk kat sini tak boleh keluar dari kota. Jarang jarang je yang lari jauh bila ada benda macam ni,"

"Kau pasti? Kita ni tengah menyorok kat perpustakaan,"

"Lebih baik. Sebab-"

Lagi lagi mereka terdengar bunyi bising. "Diorang dah datang,"

"Maksudnya?"

_∞∞∞_

BLIND || 제이크 [✓]Where stories live. Discover now