53 21 18
                                    

_∞∞∞_

Votement juseyo~♡

"Setiap 5 tahun, tanggal 31, Goryeo memang akan diserang oleh kerajaan lain. Tapi setakat ni, Goryeo masih bertahan, cuma-"

"Cuma?"

"Lebih banyak nyawa penduduk tak bersalah telah terkorban. Macam eomma appa aku," Jaeyun menunduk.

ZZAPP!

Jaeyun sempat menolak Soyeon ke tepi. Satu anak panah mengenai dinding perpustakaan itu. Keadaan hening seketika hingga dapat mendengar bunyi yang keluar dari anak panah itu.

"Ni bukan anak panah biasa....anak panah ni ada racun," Soyeon ternganga apabila Jaeyun berkata begitu.

"Racun?"

Tiba tiba pintu dibuka dengan keras dan menyebabkan mereka berdua tersentak. Jaeyun menutup mulut Soyeon, mengarahkan agar dia tetap berdiam diri.

"Jaeyun hyung! Hyung ada kat sini ke?!" suara Sunoo bergema di perpustakaan yang sepi itu.

"S.. Sunoo?"

"Hyung?! Hyung kat mana?!"

Jaeyun menarik tangan Soyeon lalu mereka keluar dari tempat persembunyian mereka. "Ah, hyung. Kita dalam masalah," muka Sunoo jelas kelihatan panik.

"Wae?"

"Semua yang ada kat rumah asuhan ditangkap, termasuk nenek. Diorang tak sempat lari, masa tu Sunoo baru balik dari istana, dan Sunoo nampak diorang dah tangkap semua,"

"Diorang bawa nenek ke mana?"

"A- itu- ah mwollasseo,"

Jaeyun menghela nafas panjang. Di saat itu mereka terdengar seseorang meminta tolong. Soyeon dan Sunoo menjenguk keluar seketika. Seorang lelaki tua ditangkap oleh pengawal.

"Takde cara lain, kita kena ikut para pengawal tu,"

"Ta..tapi macam mana?"

Kebetulan ada tiga pengawal lain yang berjalan di belakang. Sunoo mengambil kesempatan untuk melawan ketiga tiganya.

BUSH! PANG! KRAK!

Jaeyun menutup mata Soyeon. "Jangan tengok. Aku rasa pengawal tu dah mati kot kalau serahkan kat Sunoo,"

Harap muka je comel, tapi bila tengok badan- umph mohon ampun, saya mundur.. ga kuat sumpah

Selang beberapa minit, mereka bertiga mengikuti pengawal yang lain, ye diorang ambil pakaian pengawal yang Sunoo tumbuk tadi.

×××

Mereka sampai di suatu tempat yang lapang, atau lebih kurang tempat ketibaan raja. Tiba tiba puteri muncul lalu duduk di atas kerusi.

Semua menunduk hormat. Puteri itu memetik jari dan beberapa orang pengawal membawa raja, permaisuri dan putera yang telah diikat ke tempat itu.

Semua penduduk terkejut, termasuk Soyeon dan Sunoo. "Kau nampak apa, Soyeon?" soal Jaeyun.

"Puteri dah gila ke? Apa dia buat kat suami dia?" beberapa penduduk berbisik bisik sesama sendiri.

Di hadapan mereka, ada penduduk lain yang telah ditangkap. Sunoo mencari kelibat nenek dan menjumpainya di tengah tengah penduduk. "I..itu nenek!"

Sunoo hendak ke depan tapi tangannya ditarik oleh Soyeon. "Sabar. Kau tak boleh terburu buru,"

_∞∞∞_

BLIND || 제이크 [✓]Where stories live. Discover now