¹⁰

53 16 22
                                    

_∞∞∞_

Votement juseyo~♡

Satu anak panah mengenai dada pengawal yang ditugaskan untuk memenggal kepala Jaeyun. Suasana di situ menjadi senyap seketika, semua masih terkejut dengan apa yang berlaku.

Soyeon baru teringat akan sesuatu. "Sunoo!" dia memandang kawasan atap sebuah rumah, di situ dia ternampak Sunoo membuat isyarat agar kekal diam.

Entah kenapa bibirnya tiba tiba mengukir senyuman.

Semakin banyak anak panah yang datang ke arah pengawal puteri. "Tuanku! Selamatkan diri!" dayang istana membantu puteri melarikan diri.

"Tepi!"

Beberapa anak buah Sunoo muncul dari atap rumah lalu turun melawan pengawal lain. "Aku dah agak, Sunoo bukan calang-calang," Jaeyun juga menghela nafas lega.

Jaeyun merasakan ada seseorang  meleraikan tali yang menutupi matanya. Dia masih tak nampak apa apa sehinggalah kepalanya diarahkan ke sebuah potret. Dari situ semuanya jelas, setiap warna, setiap inci muka, semuanya jelas.

"Jaeyun! Jangan pandang potret tu!" Sunoo tak sempat menghalang kerana ada beberapa pengawal yang menyerangnya.

Jaeyun merasakan ada sesuatu yang meresap ke tubuhnya lalu mengawal semuanya. Malam yang gelap gelita itu kini ditemani oleh ribut petir.

Hanbok putih yang dipakainya berubah kepada warna hitam. Lensa matanya yang perak kebiruan berubah kepada warna merah.

Tanpa sempat dihalang, dia mencekik leher puteri. "Kau....bunuh aku..?!" suara Jaeyun yang berubah menjadi garau menakutkan semua orang di situ.

"Le... lepaskan beta!!" Puteri meronta-ronta minta dilepaskan.

"Beta?! Kau ingat.....aku tak tau kau yang bunuh aku demi mendapatkan Goryeo....?!"

"Siapa kau.... sebenarnya?!" nafas puteri hampir di hujung tanduk.

"Aku?! Aku syaitan sumpahan hasil dari lukisan potret bodoh tu!!" Jaeyun menunjukkan potret yang sudah koyak.

"Ah.... lepaskan....aku!"

Sunoo berlari ke arah Soyeon lalu melepaskan ikatan. "Ke..kenapa dengan Jaeyun?" Soyeon ketakutan.

"Sejarah berulang kembali. Benda yang sama pernah terjadi waktu aku dan Jaeyun masih kecil. Nah," dia menyerahkan pedang emas kepada Soyeon.

"Nak buat apa ni?"

"Kau kena tikam dia! Tu je caranya!"

"Tapi... Jaeyun akan mati,"

"Demi selamatkan Goryeo, kita terpaksa,"

"Takde cara lain ke?!"

"Tak...cuma pedang emas ni je. Kita kena merelakan Jaeyun, kau nak ke masa depan semua rakyat Korea jadi suram?!"

"Kenapa kau je yang tak tikam dia?"

"Salah satu cara untuk mengusir syaitan ni keluar dari badan Jaeyun adalah ditikam oleh orang yang dia sayang, orang yang istimewa bagi dia. Dan semua tu merujuk kepada kau!"

"Pergi!" Sunoo menolak Soyeon ke arah Jaeyun yang masih mencekik leher puteri.

Beberapa pengawal menjenguk seketika. "Tu... tuanku dah mangkat?!"

Soyeon berhenti. Kalau puteri mangkat, sasaran seterusnya siapa?

Mata Jaeyun tertumpu ke arah Soyeon. 'A..aku?!'

_∞∞∞_

BLIND || 제이크 [✓]Where stories live. Discover now