Permulaan Kisah

50 8 1
                                    

Kisah ini bermula pada pengakhiran tahun 2020.Akibat daripada kemunculan Covid-19 , segala sesi persekolahan ditangguhkan bagi tahun tersebut dan telah memberikan impak yang amat besar bagi seluruh murid di Malaysia yang terpaksa beradu mekanik dengan PDPR.

Di suatu pagi yang tenang jangan disangka tiada buaya (LoL) , Aku bangkit dari mimpiku yang teramat indah sehingga membuat lopak air di atas sebuah bantal yang sangat empuk.Aku menuju ke kamar mandi untuk membersihkan badan sebelum menuju ke sekolah.After that(bi makngau),aku pakai pakaian yang telah aku seterika pada malam hari sebelum aku tidur.Seorang bidadari yang amat cantik datang lalu mengetuk pintu bilikku dan berkata " Abang , sarapan ada dalam tudung saji." Jam tepat menunjukkan pada pukul 6:30 pagi dan beberapa minit lagi Abang Adam akan tiba untuk menghantar saya ke sekolah. "Pin Pin Pin." Hon van milik Abang Adam telah kedengaran lalu aku terus bergegas sambil menggalas sebuah beg lalu keluar dan terus menaiki van. Tiada orang di dalam van kerana aku adalah orang pertama yang diambil oleh Abang Adam. Setelah 25 minit berada di dalam van , akhirnya aku sampai ke destinasi yang hendak dituju iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 3 yang aku cintai.

Aku berjalan bersama temanku iaitu Ammar dari van ke pintu masuk pagar sekolah. Aku mengambil suhu di hadapan pintu masuk dan memberi salam kepada guru yang sedang bertugas pada pagi itu. Aku dan Ammar menuju ke Dataran Wawasan sambil membincangkan tentang masa depan(ececececehhhh)." Shah , kau da siap kerja sekolah ke ? " tanya Ammar padaku. Aku membalas sambil mengeluarkan jari telunjuk lalu ditujukan ke mukanya dan mengatakan " Kau tengok muka aku ni. Muka ni nak siap? Memang tak lah ." Ammar gelak terbahak-bahak sehingga orang sekeliling melihat kami seperti orang yang terencat akal.

Setibanya kami tiba di Dataran Wawasan , kami masuk ke dalam barisan kelas yang dikenali dengan kelas paling mantul iaitu kelas 3 Amber. Gelaran itu diperoleh daripada hasil titik peluh kami yang keluar masuk bilik disiplin paling banyak ketika Tingkatan 1. Hari persekolahan yang indah bagaikan melihat crush bahagia bersama kita dimulakan dengan Perhimpunan Rasmi. Nyanyian lagu Negaraku , Lagu Bangsa Johor dan Lagu sekolah dinyanyikan bagi memulakan perhimpunan yang mulia ini. Puan Guru Besar dijemput untuk menyampaikan sepatah dua kata tetapi berpatah patah seperti peluru M249 bersama extend quickdraw mag. Setelah 1 jam Puan Guru Besar berleter seperti tiada hari esok , akhirnya kami dilepaskan untuk masuk ke dalam kelas untuk sesi pembelajaran. Aku berjalan bersama teman sekelasku yang dibarisi oleh budak budak tegeng antarabangsa untuk menuju ke kelas yang telah ditetapkan.  " Weh , korang dah siap kerja sains ? " tanyaku pada rakan sekelasku . Amirul menjawab dengan muka yang serba tidak bersalah mengatakan " Sains ada kerja eh ? ". Berdas das aku memaki sang rakanku itu. Kelajuan makian aku seperti kelajuan cahaya bahkan lebih laju dari itu. Aku melihat kebelakang dan terkejut kerana pelajar perempuan sedang berusaha untuk menyiapkan tugasan sains walaupun meniru.

Guru matapelajaran pertama masuk ke dalam kelas. Aku selaku ketua kelas yang berwibawa(hehe :⟩) mengarahkan anak buahku bangun lalu beri salam kepada guru tersebut. "Cikgu ada berita gembira nak bagitahu kamu semua." kata Cikgu Anna kepada kelasku. Arash secara tiba tiba menyampuk dan berkata "Cikgu mengandung ke cikgu ?". "Eh bukan lah , awak ni pandai pandai je Arash." Kelas kami bising kerana mengecam Arash akibat daripada soalan bodohnya itu. Cikgu Anna sambung dengan perkara yang hendak dikatakan tadi lalu semua murid di dalam kelas kami terdiam dan ternganga seluas cintaku padamu (awwww). Peperiksaan itu akan berlangsung dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Semua orang mula gelabah.

Tentang Dia Where stories live. Discover now