" Maryam! Harini results exam kau keluar kan? Baik kau bersiap sedia " Shaheen kakak ku meluru kearah ku sambil tersenyum sinis.
" Hah? " Aku tidak dapat menangkap apa yang dimaksudkan olehnya
" Tuu..." Shaheen memuncungkan mulutnya kearah pintu masuk sekolah. Buku kimia yang dipegangku terlepas lalu jatuh mencium lantai sekolah
Aku terkaku melihat susuk tubuh wanita yang sangat aku kenali. Setiap hari perasaan takut dan benci kepada wanita itu semakin membara di dalam diriku. Aku cuba sedaya-upaya untuk mengawal diriku daripada buat sesuatu yang diluar jangkaan.
Kehadirannya ke sini tidak lain tidak bukan ingin memaki hamun aku. Keputusan ujian pertengahan semester telah keluar dan keputusan ku agak teruk sebenarnya.
Aku paling benci. Paling benci ketika perempuan ni datang kolej. Mengacau keamanan ku. Tak boleh tengok orang bahagia ke?
Pap!
Pap !
Pap!
Pap!
Empat kali berturut turut pipiku ditamparnya. Sakit? Aku dah lali. Rasa sakit tu dah hilang. Lali? Ya setiap hari aku diperlakukan sebegini. Cecair merah pekat perlahan-lahan keluar dari hujung bibirku. Aku hanya membiarkannya
" Kau ni memang bodoh ke apa!? " Aku ditengking ibu di hadapan semua orang yang lalu lalang di koridor ini
" Nak dapat dekan pun susah ke bongok!? " Aku masih mendiamkan diri. Katalah apa yang ibu mahu. Katalah. Maryam penat. Segala cacian dan maki hamun aku sudah biasa dan kalis.
Aku mendapat hanyalah lulus. Ya aku tidak sepandai Shaheen, tidak secantik Shaheen . Shaheen memang lebih semuanya . Aku hanyalah beban . Hanya Shaheen yang dia puja - puja dan tumpukan perhatian selama ini. Aku bagaikan sampah sahaja baginya.
" Kau dengar tak sundal!? "
Ok ni dah berjaya membuatkan aku merenungnya seperti ingin menelannya. Marah.
Tudung aku ditarik kasar. Ni dah sangat melampau.
" Eee kenapalah kau ni wujud di dunia ni gila. Keturunan kau hanyalah membebankan. Ingatkan mama kau mampus amanlah hidup aku. Rupanya anak kandung dia ni lagi menyusahkan aku. . Bodohnya kau ni Liyyan kerana lahirkan budak ni.
Budak ni hanya pembawa sial! Budak ni akan menjadi beban sahaja. Bukan sahaja hodoh malah bodoh. Kau dengar tak bodoh!? Aku ingatkan Liyyan kau je bawak sial untuk aku. Anak kau lagi sial rupanya." Perkataan bodoh , sial , gila ditekankan. Kenapa perlu kaitkan mama? Kenapa? Mama langsung tidak bersalah dan tidak terlibat di dalam hal ini! Dia hina mama! Habis semua maki hamun keluar. Eee puaka betul mulutnya. Sabar Maryam. Jaga lisan. Sabar , sabar
Ibnul Jauzi rahimahullah berkata,
"Barang siapa menjaga lisannya karena Allah di dunia, akan Allah mudahkan lisannya mengucapkan syahadat ketika kematian dan bertemu Allah ta'ala. Dan barang siapa lisannya lancang terhadap kehormatan kaum muslimin dan menguntit aib-aib mereka, akan Allah tahan lisannya dari mengucapkan syahadat ketika kematian."
Bahrud Dumu' hlm. 124
Ya, aku anak tiri dia.
Papa, Maryam bahagia je kalau membesar tanpa ibu. Maryam okay je papa. Papa , Maryam terseksa papa. Maryam sakit mama, papa. Maryam rindu mama papa. Maryam nak jumpa mama papa. Maryam tak sanggup lagi mama, papa . Maryam dah penat berjuang. Maryam sakit sangat
" Ibu, stop. Ibu tak malu ke? " Tegur Shaheen. Kakak aku. Kakak tiri aku. Akhirnya dia menyampuk. Pasti dia puas melihat aku diperlakukan sedemikian rupa. Dia suka apabila aku terseksa kerana baginya kesengsaraan aku ialah kebahagiaannya
YOU ARE READING
BIDADARI || ℳ𝒶𝓇𝓎𝒶𝓂 𝒮𝓎𝒶𝒻𝒾𝓆𝒶𝒽
Romance~𝒜 𝓈𝒶𝒹 𝓇ℴ𝓂𝒶𝓃𝒸ℯ 𝓈𝓉ℴ𝓇𝓎~ MaryamXSyauqi Nur Maryam Syafiqah binti Muhammad Rizq , gadis yang sempurna tanpa cacat cela yang mempunyai rupa yang sangat menawan dan mampu mencairkan hati sesiapa yang memandangnya. Namun itu semua bukanlah kel...