Pendahuluan
Assalamualaikum syukur kepada Allah tuhan maha besar, syukur kerana diberi kesempatan untuk menulis cerita yang sangat tidak seberapa ini. Terima kasih juga kepada reader kerana sudi membaca cerita yang hambar ini.
Maafkan saya jikalau tidak dapat memuaskan hati pembaca. Ampunkan saya jikalau ada yang tidak kena dengan cerita iniEnjoy it ya!
Eheks! Cam buat ebook feel hahaha
........................................
Tap!
Tap!
Tap !
Alarm jam berbunyi menandakan sudah tiba masanya untuk aku bangun. Sudah tiba masanya untuk aku keluar melihat dunia luar . Tetapi aku langsung tidak berasa ingin meninggalkan katil ku ini. Hari semakin hari, semangat untuk meneruskan hidup makin luntur sehinggakan aku merasakan kenapa bukan papa yang hidup ? Kalaulah nyawa aku dapat ditukar dengan nyawa papa, mesti semua orang gembira dan aku tidak akan merasai kesakitan sebegini. Mesti semua akan aman kan? Kehadiran diriku seperti beban. Aku , tiada guna. Hanyalah sampah dimata mereka
Aku takut. Aku takut seandainya aku diperlakukan seperti semalam. Perbuatan ibu semalam masih segar berlegar-legar di dalam fikiranku. Trauma, takut dan jijik dengan diri sendiri. Perbuatan ibu semalam melampau! Melampaui batas. Jikalau sebelum ini aku hanya didera, semalam ibu menghina dan menjatuhkan aku di khalayak ramai. Malu? Sudah tentu tapi tidak cukup mengatasi perasaan marah ku .
Aku, Maryam Syafiqah
Gadis yang hanya ingin merasakan apa itu kasih sayang dan disayangi. Gadis yang inginkan perhatian. Gadis yang inginkan kasih sayang. Gadis yang mendahagakan kasih sayang. Aku hanya ingin dibesarkan seperti kanak-kanak lain. Seperti remaja lain. Bukan seperti anak anjing. Cara layanan ibu kepadaku tidak ubah seperti anjing. Mungkin lebih teruk.
Kalaulah
Kalaulah
Kalaulah
Ya aku tahu aku tidak sepatutnya merungut tetapi serious aku kata, aku penat. Aku penat dengan segalanya. Penat dan sakit dengan dunia . Dunia ini tidak adil bagiku.
Setiap kali melihat keluarga bahagia aku terasa sangat cemburu. Mereka berbual-bual tanpa rasa kekok. Mereka sangat bahagia. Mengapa aku tidak boleh hidup seperti mereka? Mengapa aku perlu hidup sebegini? Mengapa aku perlu diseksa begini? Apakah salahku sehingga setiap hari ditampar-tampar? Setiap hari didera?
Perbuatan ibu benar-benar melampaui batasan.
Sangat-sangat
Everyday I told myself, please Don't hate ibu. She is your mother but day by day I feel like fuh- perasan marah itu hampir bertukar menjadi dendam. Aku tahu . Aku tahu. Payah kalau berdendam ni.
But, badan aku tidak lepas daripada menjadi bahan melepaskan amarahnya. Aku tak tahan . Apakah badanku terlihat seperti puching bag? Setiap masa pasti badanku ada lebam hasil daripada didera.
Mengadu ? Aku tiada sesiapa ingin mengadu kecuali kepada tuhan. Aku tidak mempercayai sesiapa. Nobody . Kerana pada akhirnya, mereka semua akan menyalahkan aku . Kerana hanya aku terlihat salah dimata mereka. Kawan? Aku tiada kawan. Mereka semua jijik ingin berkawan denganku dan aku juga tidak ingin mempunyai kawan. Bagiku kawan hanyalah akan lebih menyusahkan aku.
Kepalaku sakit. Hasil daripada perbuatan ibu semalam. Melihat sahaja mukanya sudah membuatkan aku terasa seperti di neraka. Hmmm jika diikutkan, rumah ini sebenarnya bagi aku neraka. Abang dan kakak ? Mereka sekutu ibu. Mengapa ibu sangat benci akan aku? Only her can answers it.
Diperlakukan seperti binatang, hampir kehilangan segalanya. Ya itu yang dilakukannya terhadap aku. Aku cuba tidak berdendam namun aku tetap manusia. Perasaan itu tetap ada walaupun aku cuba tepis...

YOU ARE READING
BIDADARI || ℳ𝒶𝓇𝓎𝒶𝓂 𝒮𝓎𝒶𝒻𝒾𝓆𝒶𝒽
רומנטיקה~𝒜 𝓈𝒶𝒹 𝓇ℴ𝓂𝒶𝓃𝒸ℯ 𝓈𝓉ℴ𝓇𝓎~ MaryamXSyauqi Nur Maryam Syafiqah binti Muhammad Rizq , gadis yang sempurna tanpa cacat cela yang mempunyai rupa yang sangat menawan dan mampu mencairkan hati sesiapa yang memandangnya. Namun itu semua bukanlah kel...