05|ptsd

47 8 17
                                    

" Baah! Hai timun, what you fell right now? More better ? " Soal Draco yang perlahan-lahan menapak masuk dan melabuhkan punggung diatas kerusi berdekatan dengan meja belajar.

Aku yang sedang termenung terkejut dengan sergahanya. Nak marah tapi kena sabar, nak marah tapi kena sabar. Maryam dengan timun ada nampak dekat ke? Suka-suka je dia panggil orang timun

Sabar jelah! Nak marah pun, aku bukan berada di tempat aku . Aku pun tidak tahu dimana aku sebenarnya. Anehnya aku memang terasa selamat berada disini. Semua yang ada disini sangat-sangat mengambil berat tentang keadaan aku. Namun sisi ketakutan masih ada

" Awak ok? " Tanya Draco sekali lagi apabila aku membuat keputusan untuk mendiamkan diri

" Ok " jawabku pendek. Sebenarnya aku masih pening kepala tetapi biarlah menjadi rahsia

" Awak, saya nak bagitahu something "

Aku terus memandangkan kearahnya buat kali pertama. Apakah yang ingin diberitahunya? Mengapa aku terasa seperti debaran yang amat sangat sekarang ini?

" What? " Aku tidak dapat menyembunyikan ketidak sabaran aku.

" Ok begini...." Draco sengaja ingin menyakat Maryam. Hampir tergelak dia melihat muka cemberut Maryam

Eee budak ni aku hempuk kang baru tahu. Tak boleh ke cakap straight to the point. Ni buat aku tertanya-tanya.

" Kalau tak nak bagitahu tak apalah " aku tarik muka masam. Merajuk!

" Okay , okay awak janganlah merajuk. Kalah Donald duck tengok mucung itik awak. Marah dia nanti "

Draco masih bergurau-senda. Orang dah nak meletup dia boleh main-main lagi. Apa nii. Kalau aku ni bukan penakut dan lama aku sekeh kepala budak ni

" Ok macam ni ..... " akhirnya tawa Draco meletus selepas melihat aku mula memalingkan muka dan menyorok kembali ke dalam blanket tebak itu. Ha gelak lah gelak. Memang best gelakkan orang ni

" Sebelum aku hempuk kepala kau , menggelupur nyawa kau ha baik kau cakap cepat-cepat. Ingat aku tak tahu kau asyik biar ayat tergantung? Kesian lah dekat Maryam tu . Dah merajuk pun budak tu"

seorang lagi jejaka yang agak tinggi berbanding ketinggian Draco melangkah masuk. Mukanya seperti mix cina. Handsome tapi Draco more better eheks! Aku beranggapan yang ini kawannya . Tapi sangkaan tu meleset apabila....

" Eh boss dengar? Duduklah boss "

Draco segera bangun bagi memberi tempat duduknya kepada bossnya. Tetapi bossnya hanya menggeleng kepala tanda tidak mahu duduk .

" Ok Nur Maryam Syafiqah binti Muhammad Rizq, kau dengar sini. Ni doktor Draco. Dia akan rawat kau dan jaga kau. And one more, dia akan dipantau oleh doktor senior dia iaitu Doktor Faliq. Oh ya, aku Noah. Semoga kau jawab soalan semua itu dengan jujur "

Sekejap, bagaimana dia tahu nama penuh aku? And aku pun tak pernah cakap apa nama aku. Macam mana mereka tahu? Misteri ni. Kenapalah aku tak terfikir semalam. Hmmmm

Seorang lagi lelaki yang memakai kot yang biasanya Doktor pakai tu, melangkah masuk sambil tersenyum lebar dan memperkenalkan dirinya

" Saya Faliq "

Ya tu je. Dia ni memang tak banyak cakap kot. Dia punya intro kalau boleh nak cakap Faliq je .

" Kami akan tanya awak beberapa soalan. Sila jawab dengan jujur demi kebaikan diri awak" ujar Doktor Faliq serious. Tiada lagi senyuman di wajahnya. Seram lah pulak!

" Pernahkah awak berada di dalam situasi yang membuatkan awak langsung tidak dapat melupakan situasi tersebut? " Soal Doktor Faliq memulakan saringan

Aku mengangguk

BIDADARI || ℳ𝒶𝓇𝓎𝒶𝓂 𝒮𝓎𝒶𝒻𝒾𝓆𝒶𝒽 Where stories live. Discover now