04|Noah

43 6 7
                                    

" Hello boss, cik Maryam baru selesai makan. Sekarang cik Maryam sambung beradu. " Lapor Draco selepas keluar dari bilik Maryam tanpa mengetuk terlebih dahulu bilik Noah.

Sedikit terhinjut bahu Noah akibat terkejut. Dalam diam Draco menahan daripada mengetawakan Noah. Mungkin disebabkan terlalu fokus, Noah terkejut dengan kehadirannya

Dengan selamba, sofa yang elok terletak berada di dalam bilik Noah didudukinya tanpa disuruh. Dia tahu Noah akan menyuruhnya duduk juga

" Eee geli lah , jangan guna bahasa formal. Panggil je aku macam biasa. "

Noah menutup komputer riba miliknya dan menghadap kearah Draco. Adab bila bercakap. Biar miskin harta jangan miskin adab. Itu ayat pesanan arwah ibunya yang dia pegang sehingga sekarang.

" Kau buat apa disini? Bukankah aku suruh kau jaga dia? Aku pasti nak tidur hanyalah alasan. Setahu aku , dia ada insomnia " Soal Noah kehairanan

" Dia halau aku. Dia nak bersendirian agaknya " jawab Draco lalu mengambil sebiji coklat Hacks perisa blackcurrant yang terletak di dalam mangkuk kecil diatas meja.

" Siapa bagi kau makan? " Keningnya terangkat sebelah

" Aku tahu kau akan bagi juga sebab aku kenal kau dah lama. Sangat lama lagi tapi tak adalah macam kau kenal Furqan . Tapi kau lagi rapat dengan aku" Draco mencuri pandang komputer riba Noah yang ditutup separuh

" Kau kenapa? " Draco kehairanan melihat Noah seperti cacing kepanasan. Asyik risau memanjang je. Padahal orang yang dia lindungi selama ini dah selamat berada di rumah ini. Apa yang hendak dirisaukan lagi bukan?

" Tak adalah cuma aku rasa Maryam ada PTSD ( Post Trauma Stress Disorder ) "

Noah mengeluh buat entah ke berapa kali. Dia risau kesihatan mental Maryam. Maryam nampak sahaja sihat hakikatnya dia terluka. Nampak sahaja okay. Hakikatnya dia tak okay. Dia faham apa yang Maryam rasai walaupun dia tidak merasakannya

" Mana kau tahu? " Tanya Draco. Kalau Noah nak bukak cerita, rezeki tu. Jarang-jarang Noah nak bukak cerita. Macam dapat emas kalau Noah mula ceritakan sesuatu . Dia akan dengar. Kalau Noah tak nak buka dan simpan dia je, Draco akan hormat keputusan Noah. Noah tahu apa yang terjadi. Dia tahu semuanya tentang Maryam kerana dia lebih mengenali siapa Maryam berbanding Shaheen sendiri.

Shaheen, Shaheen, kau ingat kau dengan keluarga kau akan terlepas daripada hukuman? Tidak sayang .... Kami akan pastikan kau mendapat balasan setimpal dengan apa yang kau lakukan terhadap Maryam.

" Aku beritahu Doktor Faliq tentang keadaan dia sepanjang 5 tahun aku perhatikan dia. Dan tak sangka. Kau ingat time aku bawa dia buat kali pertama disini? Aku pernah nampak dia duduk tengah jalan tak berganjak. Time tu hujan tau. Lepastu, dia pengsan . Aku bawa dia ke sini dan panas dia panas gila. " Noah terhenti seketika mengambil nafas

" And then? " Cantas Draco tidak sabar-sabar

" Sabar tak boleh ke? Aku minta Doktor Faliq datang cek keadaan dia. Doktor Faliq cakap, dia demam panas . Suhu dia 4°c. Kau sendiri nampak kan muka dia pucat gila. Ak-aku tarik lengan baju dia dan nampak banyak kesan lebam-lebam kebiruan. Aku..."

" Kejap-kejap kenapa kau panggil Faliq? Kenapa tak panggil aku je? " Potong Draco lagi.

Noah tayang muka 'kau nak makan penumbuk aku tak? At least kasi aku ending kan cerita aku '. Draco membuat muka comel sambil buat isyarai tanahnya ' sabar bang gurau-gurau'

" Kau bengap ke apa? Kata cerdik macam Albert Einstein tapi hampeh.  Kita baru 20 tahun 5 tahun yang lepas. Otak tu aku ketuk kang " jawab Noah sambil mengetuk lembut kepala Draco. Bergurau. Diorang tak pernah bergaduh serious.

BIDADARI || ℳ𝒶𝓇𝓎𝒶𝓂 𝒮𝓎𝒶𝒻𝒾𝓆𝒶𝒽 Where stories live. Discover now