Aku cuba menggerakkan tanganku malangnya tanganku langsung tidak bergerak. Aku memandang kiri dan kanan ku. Hanya kegelapan kutemui. Dimanakah aku berada sekarang? Seingat ku, ak-aku hampir dibunuh. Apakah ini tempat yang bakal dituju oleh semua makhluk iaitu alam barzakh?
Aku menjerit-jerit mengharapkan agar sesiapa akan menyahut namun hampa. Aku hanya mendengar bunyi gema suara sendiri. Seperti hanya aku disini. Sebenarnya dimana aku? Aku cuba bangun dari katil ini tetapi seperti ketika aku hendak menggerakkan tanganku, hasilnya hanyalah kegagalan .
Kanan dan kiri ku hanyalah kegelapan. Tiada cahaya. Tiada apa-apa. Tiba-tiba aku melihat bayangan semula mama, bayangan yang aku berharap akan menemani ku setiap saat. Menemani ku setiap malam.
Bayangan ketika mama pergi meninggalkan ku. Ketika mama menghembuskan nafas terakhirnya. Ketika aku kehilangan kasih sayang mama buat selamanya. Ketika aku menantikan kepulangan ibu ke rumah. Ketika aku sedang berseronok membayangkan bahawa mama akan membawa aku jalan-jalan. Ketika papa terpaksa membesarkan aku sendirian sebelum..... berkahwin dengan ibu.
Papa, papa lah orang yang Maryam paling kagum kerana berjaya membesarkan Maryam tetapi satu-satunya kesilapan papa merangkap kesilapan terbesar papa ialah berkahwin dengan ibu...
18 tahun yang lepas,
" Abang! " Mama ku, Liyyan menjerit sambil tercari-cari papa
" Ya , sayang " papa menyahut dari dapur. Mama pantas pergi ke arah dapur mendapatkan mama
" Abang! Liyyan dapat tawaran sambung belajar di United Kingdom! Impian Liyyan selama ini akhirnya tercapai , abang! " Ujar Liyyan keriangan. Impian sejak berusia 10 tahun itu akhirnya tercapai. Asalnya dia menghantar permohonan menyambung belajar itu hanyalah untuk suka-suka. Tidak sangka dapat pula!
" Seriously? " Reaksi papa tidak dapat memuaskan hati mama
" Kenapa abang? Abang tak suka ke? " Lirih suara mama. Kegembiraannya sudah terbang apabila suami tercinta seperti tidak menyukai berita gembira itu
" Bukan apa Liyyan, Maryam just 2 years old . Tunggulah Maryam besar dulu... " Ujar papa lembut cuba mencairkan hati mama.
" Tapi abang..... " Liyyan masih tidak puas hati dengan keputusan Rizq
" Maryam need our attention. Saya risau awak akan stress kena jaga dia lagi, buat assignment lagi so, tunggulah beberapa tahun lagi. At least sampai Maryam 5 years old . Please dear..." Papa masih memujuk dan memujuk mama. Mama ni, keras kepala dia boleh tahan juga. Nasiblah papa ni soft spoken, hanya layan sahaja mama.
Terasa cemburu dengan kisah mama papa walaupun jodoh mereka tidak lama kerana Allah lebih sayangkan Liyyan
" Give me a time. Let's me think about it first. Because you know that I really want study oversea since I'm in primary school " ujar mama selepas melepaskan keluhan. Kunci kereta Audi S5 diambil. Dia ingin mengambil angin sambil menenangkan fikiran . Tasik lokasi yang ingin dituju. Sambil memikirkan hal itu, sambil menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah yang maha besar.
YOU ARE READING
BIDADARI || ℳ𝒶𝓇𝓎𝒶𝓂 𝒮𝓎𝒶𝒻𝒾𝓆𝒶𝒽
Romance~𝒜 𝓈𝒶𝒹 𝓇ℴ𝓂𝒶𝓃𝒸ℯ 𝓈𝓉ℴ𝓇𝓎~ MaryamXSyauqi Nur Maryam Syafiqah binti Muhammad Rizq , gadis yang sempurna tanpa cacat cela yang mempunyai rupa yang sangat menawan dan mampu mencairkan hati sesiapa yang memandangnya. Namun itu semua bukanlah kel...