Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Jam di dinding menunjukkan pukul 3 pagi. Dengan langkah longlai Tiara berjalan kearah tangga.
Terkejut beruk dia apabila melihat seorang lelaki baru sahaja keluar dari bilik tidur milik ayah dan mummynya. Dengan cepat dia meluru ke dapur dan berselindung disebalik dinding.
Bertambah kerut dahinya melihat Puan Azizah yang hanya memakai bathrobe keluar dari bilik itu. Puan Azizah memeluk tubuh tegap lelaki itu sambil kepala dilentokkan ke dada.
Tiara hanya memerhati wajah lelaki itu. Dia pelik. Asal muka laki tu nampak muda sangat? Macam sama umur je dengan dia. Yang penting, tu bukan ayahnya. Encik Kamal sedang berada diluar negeri sekarang.
Lamunannya terhenti apabila mendengar bunyi pintu. Terlihat Puan Azizah sedang menghantar lelaki itu untuk pulang. Sempat lagi Puan Azizah mengucup sekilas pipi lelaki itu.
Dengan pantas dia berlari kearah tangga untuk ke bilik. Tidak mahu bersemuka dengan mummynya. Sampai sahaja didalam bilik, dia terus berbaring di atas katil. Keluluhan kecil dikeluarkannya.
" Mummy curang ke? Ehh memang terang-terang mummy cium pipi laki tu tadi kan? Macam mana lah kalau papa tahu yang mummy curang belakang dia. Mesti dia kecewa. " Tiara risau.
Ayahnya sekarang dah tak macam dulu. Dulunya yang ceria sekarang tidak lagi. Hanya kepenatan yang terhias diwajahnya.
Tiba-tiba dia teringatkan permintaan ayahnya minggu lepas. Dia mengeluh lagi. Tangannya diletakkan diatas dahi. Serabut dengan keadaan sekarang. Semakin banyak masalah yang timbul.
" Nak tak nak aku kena terima jugak permintaan papa walaupun aku boleh bagi je seberapa banyak yang papa perlu. Tapi kalau aku bagi nanti mesti papa akan tanya dari mana aku ambil duit tu kan? So, untuk mengelakkan daripada perkara ni terbongkar, aku kena redha je la. Dah tak ada cara lain dah. " ujar Tiara panjang lebar.
Selepas sahaja bercakap seorang diri, dia terus bangun dari katil dan mencapai tuala yang tersidai di tepi almari. Kaki melangkah ke tandas yang sudah disediakan didalam biliknya. Dia membersihkan diri sambil otak masih lagi ligat berfikir tentang masalah tadi.
══════ ∘◦❁◦∘ ═══════
Tiara yang sedang nyenyak tidur itu disimbah air panas. Matanya pantas terbuka. Dia terus terduduk. Kulit tangan dan lehernya kian merah akibat melecur. Puan Azizah tersenyum senget apabila melihat Tiara yang kesakitan itu.
" Baru bangun ke tu sayang? " kata Puan Azizah sinis.
" M-mummy. Kenapa? " jawab Tiara sambil menggosok tangan dan leher nya yang masih terasa sakit.
" Aku nak breakfast la. Kau tak nampak ke matahari dah naik ni! Dah pukul 8 dah! Kau bangun sekarang. Aku lapar. Cepat bangun! " Puan Azizah menarik tangan Tiara yang terkena air panas tadi menuruni katil.