Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Sudah 4 hari berlalu sejak kejadian itu berlaku. Tiara pula semakin pulih. Walaupun Aayan tidak langsung mahu bersemuka dengannya, namun dia masih lagi menjaga kesihatan Tiara secara diam-diam.
Dia selalu meletakkan ubat dan makanan diatas meja kecil bersebelahan dengan katil lalu keluar dari bilik itu. Tiara juga cuba untuk berbual dengan suaminya. Namun Aayan lebih pandai mengelakkan dirinya daripada bertembung dengan Tiara.
Jumpa sahaja Tiara, dengan cepat dia melarikan pandangan serta langkahnya semakin laju pergi meninggalkan Tiara. Tidak mahu bersemuka dengan isterinya.
Dia juga berkata pada dirinya sendiri untuk menghindari diri dari isterinya. Dia tidak mahu menyakiti isterinya lagi. Dia turut berjanji untuk tidak akan jatuh cinta dengan Tiara.
Lebih baik bertindak sekarang daripada menyesal di kemudian hari. Rasa bersalah juga mula menghantui dirinya apabila teringatkan janji-janji yang telah dia katakan kepada Encik Kamal.
Terpaksa lah dia mungkiri janji itu demi keselamatan isterinya. Dia tidak mahu lagi menanggung rasa bersalah di dada. Sebab itu lah dia sedaya upaya untuk tidak mendekati isterinya.
══════ ∘◦❁◦∘ ═══════
" Awak! Tunggu! " jerit Tiara apabila melihat Aayan yang baru saja menuruni tangga.
Cepat-cepat dia mendekati Aayan. Namun, Aayan lebih pantas berjalan keluar. Tiara memberhentikan langkah melihat pintu rumah sudahpun tertutup.
Kena palau lagi haih.
Ini kalau hari-hari macam ni, penat la sial. Wapucaujshsusvsiabai cibai ar.
hehehe
Dia memang dah tak nak bercakap dengan aku ke? Kalau macam ni la gayanya, aku lebih rela kena jerkah daripada kena palau macam ni.
Tiara kembali ke meja makan. Melihat sahaja nasi lemak yang telah sedia dihidang itu, dia mengeluh kecil.
Perlahan-lahan punggung dilabuhkan ke kerusi. Kepala pula diletakkan di meja makan. Tiara mula termenung. Seketika itu, idea mula menerpa. Dengan pantas dia mengangkat kepala lalu menguntum senyum lebar.
══════ ∘◦❁◦∘ ═══════
" Assalamualaikum, sorry ganggu. Aayan ada? " soal Tiara kepada seorang perempuan yang bertudung itu.
Perempuan itu mendongakkan kepala apabila mendengar suara itu. Dengan cepat dia bangun dan mengukirkan senyuman manis.
" Lah, Puan. Kenapa? Nak jumpa suami eh? " kata perempuan yang bernama Suria itu.