" Macam mane? sedap tak? " Tiara menilik wajah suaminya yang sedang makan itu. Sabarnya semakin menipis apabila suaminya hanya diam selepas memasukkan sesuap nasi dengan lauk yang dia masakan sebentar tadi.
" Sedapnya isteri abang masak. Rindu gile. Thanks sayang. " puji Aayan ikhlas. Dia memberi senyuman kecil kepada isterinya sebelum menyambung makan.
" Alhamdulillah. " Tiara menghembuskan keluluhan kecil. Penat dia berfikir takut Aayan tidak suka masakannya.
" Sayang tanak makan ke? Nak abang suapkan tak? " soal Aayan sambil mengunyah. Tiara menggelengkan kepala.
" Dah kenyang. " lepas sahaja dia berkata begitu, terasa getaran di atas meja makan. Terus saja Tiara mengambil telefon bimbit miliknya apabila melihat nama abangnya tertera di skrin. Telefon dilekapkan di telinganya selepas menggeselkan punat hijau di skrin tadi ke kanan.
" Hello? "
" Ha, Tiara. File yang along suruh siapkan tu dekat mane? dah siap belum? " soal Xariel.
" Ada dekat atas meja milik kerja Tia. Along pergi tengok dekat sana. "
" Okay, thanks. Along letak dulu, bye. "
" Bye. " Tiara meletakkan kembali telefon di atas meja sebelum pandangannya diberi 100% kepada Aayan.
" Nak lagi ke? " Tiara tersenyum suka melihat nasi di pinggan suaminya sudah licin. Aayan hanya mengangguk sebelum menolak pinggannya ke Tiara.
══════ ∘◦❁◦∘ ═══════
Apabila masuk di ruangan bilik adiknya, meja kerja terus dituju. Fail dicari. Dia menyelak banyak tempat tetapi tidak jumpa. Dia mula mencarinya di rak-rak yang terletaknya pelbagai jenis fail.
" Mana ni. " gumamnya seorang diri. Sedang sibuk dia mencari akhirnya dia jumpa. Fail itu dibelek dahulu mahu memastikan yang itu adalah fail yang betul.
Baru saja kaki mahu melangkah tiba tiba dia tersepak satu kotak yang berada di atas lantai itu. Dahinya mengerut apabila melihat nama yang tertera di atas kotak yang berwarna coklat cair itu.
' Muhammad Xavier Mikael '
Xavier? Macam pernah dengar. Xavier ni bukan junior aku ke? Yang diorang cakap muka dia ada iras aku sikit tu? Kenape kotak nama dia ada dekat sini?
Xariel memandang kotak itu dengan penuh curiga.
Badannya diturunkan. Dia melulut di hadapan kotak itu sebelum membukanya untuk melihat apa yang ada di dalam. Buka saja kotak itu, terdapat banyak kertas yang menunjukkan banyak rekod-rekod penting yang berkenaan dengan Xavier.