Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sebaik sahaja mentertawakan isterinya, tangannya terus naik dan menampar kuat wajah isterinya sehingga terteleng ke kanan.
Selepas itu, dia terus menggenggam rambut isterinya dengan kasar lalu tubuh kecil itu ditolak kuat ke dinding.
" Kau tahu tak? Aku benci diri aku sendiri sebab dah bodoh pergi percaya yang kau ni tak sama macam perempuan lain. Aku ingat betul la apa yang Haris cakap. Tapi salah! Kau ni lebih teruk dari perempuan tu! Aku benci kau! " tangan kanannya mula naik menjalar di leher jinjang isterinya lalu mencengkam kuat sehingga wajah isterinya merah.
" Awa-ak .... " Tiara tidak dapat meneruskan kata-katanya kerana terlalu kuat cengkaman di lehernya itu.
Dia hanya menggelengkan kepalanya. Air matanya pula mula mengalir deras membasahi pipi.
" Jangan bercakap. Kau tak layak. Aku benci kau! Betina sundal! " Aayan bertindak untuk menumbuk pula wajah isterinya dengan kuat.
Sekali lagi kepala Tiara terteleng ke kanan. Hujung bibirnya mula mengeluarkan darah pekat. Perbuatan itu diulangi oleh Aayan sehingga dia puas.
" Kau bagitahu aku! Dah berapa jantan yang dah tidur dengan kau! BAGITAHU AKU ! " jerkah Aayan kuat seraya menggoncangkan badan Tiara dengan kasar.
Tiara mula menangis dengan kuat. Perbuatan Tiara itu membuatkan amarahnya semakin membuak buak.
" Kau tak nak bagitahu? Tak apa, kau ikut aku! " kata Aayan sambil mengheret isterinya dengan kasar. Tidak kalah serupa dengan anjing kurap yang sedang di dera.
Salah satu bilik di tingkat bawah dituju. Masuk saja di dalam ruangan itu, dia terus melempar Tiara ke hujung penjuru.
Selepas itu, dia duduk mencangkung di hadapan Tiara. Rambut Tiara ditarik kasar sehingga Tiara terjerit kuat.
" Kau duduk la sini mereput sorang-sorang. Selagi kau tak bagitahu aku, selagi tu aku takkan lepaskan kau keluar dari bilik ni. Kau ingat pesan aku. " kata Aayan datar sebelum melangkah keluar.
Usai saja bunyi pintu ditutup Tiara terus membaringkan tubuhnya di lantai. Tiada tenaga. Nafas ditarik dalam-dalam. Air mata yang mengalir langsung tidak diseka olehnya. Dia hanya membiarkan sahaja ianya mengalir.
Selang beberapa jam kemudian, perut Tiara mula kedengaran menandakannya sedang lapar. Pandangannya terus beralih ke arah tingkap.
Terlihat warna langit sudahpun gelap. Bulan telahpun menggantikan kedudukan matahari pada petang tadi.
Perlahan-lahan dia bangun dan berjalan ke pintu bilik. Dia memulas tombol pintu namun tidak berjaya. Tiara mengeluh kecil sebelum kaki mula mengorak langkah kembali di mana dia berada tadi.
Tiara duduk bersandar di hujung penjuru bilik sambil memeluk erat kakinya. Dia melemparkan pandangan ke luar tingkap. Lama dia termenung mengenangkan nasibnya.