-; ✧˖*[TM 30]°࿐

1.2K 87 6
                                    

" Morning

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Morning. " sapa Evelyn mesra seraya duduk diatas kerusi yang telah disediakan di ruangan meja makan itu.

Diikuti oleh Claire, Leo dan Luca. Xariel, Tiara dan Aayan sudahpun duduk di tempat masing-masing. Mereka datang awai 5 minit daripada mereka berempat.

" Mia mane? " soal Tiara. Dahinya berkerut keliru. Selalunya si Mia tu la paling bising pagi-pagi buta macam ni. Evelyn tampak menghembuskan nafasnya sebelum mengangkat bahu tanda tidak tahu.

" Entahla. Dari semalam tak keluar bilik lepas balik dari jumpa suri hati dia tu. Aku panggil pun dia langsung tak pandang. " terang Evelyn.

" Kena reject lagi la tu. Padan muka, beria lagi. " setepek Luca berkata. Claire di sebelahnya hanya menjeling.

" Hah? siapa suri hati dia? Kenapa aku tak tahu ni? " tanya Tiara. Sejak bila pula Mia ni suka dekat seseorang. Tak pernah-pernah pun.

" Haris lah. Kawan baik suami kau. " kata Leo sambil menyuapkan roti di dalam mulutnya. Orang tengah lapar boleh pulak tanya banyak soalan. Kacau betul.

" What?! " kata Tiara sedikit kuat. Aayan yang disebelahnya turut terkejut. Sikit lagi dia tersedak kerna mengetahui yang kawan baik isterinya suka akan kawan baiknya.

" Sejak bila? " tanya Tiara lagi. Kalini dia lebih tenang.

" Lama dah. Kami berdua pernah terserempak dengan laki kau dan Haris sebelum kau kawin lagi dekat cafe. Kali kedua dekat surau masa kau nikah. Dari situ la Mia start tackle Haris. " panjang lebar Claire menerangkan. Pagi-pagi dah buat air liurnya habis.

Tiara memandang Aayan. Aayan memandang Tiara. Masing-masing saling memandang sebelum Aayan mengangkat bahunya. Mahu menandakan bahawa dia langsung tidak tahu tentang hal itu.

" Ye la. " kata Tiara.

Tiba-tiba terdengar bunyi kerusi ditarik. Terlihat Xariel sudahpun bangkit dari kerusinya sambil mengelap mulut dengan tisu.

" Lajunya along makan. " kata Tiara setelah melihat pinggan abangnya kosong. Namun, Xariel langsung tidak menjawab. Dia hanya berlalu pergi seolah-olah dia tidak mendengar apa yang dikatakan oleh adiknya.

" Pahal dengan abang riel tu? " tanya Evelyn sambil menghirup jus oren.

" Entah la Eve. Tadi aku tegur pun dia buat tak tahu je. " kata Tiara sebelum menundukkan kepalanya. Tiba-tiba terasa seperti belakang badannya diusap oleh seseorang. Tidak perlu dia menoleh kerana dia tahu itu adalah suaminya.

" Nanti aku cakap dengan dia. " kata Luca.

Tiara mengangguk sebelum mereka semua sambung menjamu selera. Setelah kenyang. Masing-masing beredar untuk memulakan kerja masing-masing.

Tiara Mikaeyla Where stories live. Discover now