Chapter 9

1.2K 150 49
                                    

          Ryden masih di kerusi di sebelah katil pesakit itu. Luka di lengannya sudah pun dirawat oleh jururawat yang bertugas. Sakit la jugak kena tembak dengan orang-orang jahat tadi.

          Ditenung sayu wajah kanak-kanak lelaki yang sedang lena itu. Tangan kirinya masih digenggam oleh budak itu. "You're so young and yet you've experienced something like this." Perlahan-lahan tangannya sebelah lagi membelai rambut kanak-kanak lelaki itu.

          Tiba-tiba pintu bilik wad itu dibuka kasar dan seorang lelaki berusia lebih kurang 40 tahun menerjah masuk.

            "Adam! My son!" lelaki itu laju mendekati kanak-kanak lelaki yang terbaring itu.

BUKK!!

          Satu tumbukan dihayunkan ke wajah lelaki itu membuatnya terbaling ke dinding. Lelaki itu mengerang kesakitan, "What the hell." Dia mengesat tepi bibirnya yang berdarah. Wajahnya diangkat.

          Betul-betul di hadapan matanya, muncung sepucuk pistol dihalakan ke arahnya.

          Ryden berdiri di hadapan lelaki itu dengan pistolnya di arah ke bawah. "Who give you permission to enter this room, you piece of sh—" Ryden tak menghabiskan ayatnya. Dia berpaling ke Adam. "you piece of trash!" Walaupun tahu kanak-kanak itu masih tidur, Ryden tetap menapis perkataannya.

          "Who do you think you are stopping me from seeing my son?!" Entah mana datangnya keberanian lelaki itu untuk memarahi Ryden kembali. Padahal nyawanya kini berada di hujung tanduk. Kalau sekali dia menarik picu, berlubang la kepala lelaki itu.

PAKKK!!

          Satu sepakan kuat dihadiahkan ke pipi lelaki itu. Kepala terteleng ke tepi diikuti dengan bunyi krakk sedikit.

          Posisi badan dibetulkan. "Your son? HAHAHAHAHHAHAHA. Bullshit." Ryden gelak dengan kuat sebelum pistol itu diarahkan semula ke dahi lelaki itu. Jarinya sedia untuk menarik picu.

          "Ryden!"

          Mendengar suara yang amat familiar itu, auto Ryden pusing dan mengangkat kedua belah tangannya ke atas. "Tak buat."

          "Tengkorak kau tak buat. Aku dengar kau carut tadi. Depan budak kot, agak-agak la!" Daniyal memarahi Ryden sambil jarinya menunjuk ke arah kanak-kanak itu.

           Daniyal menoleh memandang lelaki yang sedang memegang pipinya yang bengkak akibat sepakan Ryden. Dia mendekati lelaki itu yang masih berada dalam posisi duduk itu.

          "Who's this?" tanyanya sambil tangannya dihulur untuk membantu lelaki itu bangun.

          Ryden menjeling lelaki itu sebelum menjawab, "Bapak budak tu." mulutnya memuncung ke arah kanak-kanak itu yang masih tidur. Alahai dik. Dari tadi bising tak nak bangun ke?

           Daniyal mengangguk faham sebelum menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan lelaki yang lebih tua dua dekad darinya. Lelaki itu menyambut huluran tangan Daniyal.

          "Pleasure meeting you, —" Daniyal pantas menyelitkan tangannya ke bawah lengan lelaki itu sebelum memegang bahu lelaki itu dari belakang dan slam down tubuhnya ke lantai. " —(*censored*)."

          "Language." tegur Ryden yang sedang mengupas kulit epal di sebelah katil pesakit.

          Daniyal buat tak endah teguran Ryden. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Bahunya dibetulkan.

          Lelaki yang terbaring di atas lantai itu cuba untuk bangun walaupun merasakan seluruh tulang badannya patah dikerjakan dua orang lelaki di hadapannya. "Arghh.." dia mengerang kesakitan. Kalau ikut hati, Daniyal mahu saja memijak lelaki itu supaya tak dapat bangun, tapi niat dihentikan kerana bunyi langkah tapak kaki yang menghampiri wad mereka berada.

Cik Author's Antar HayqalWhere stories live. Discover now