Chapter 19

442 83 17
                                    

           Antar berehat di ruangan membacanya setelah menghantar Huda dan Adam kembali ke istana. Kalau boleh dia mahu duduk bersama mereka saja di istana tapi dia perlu melaporkan diri ke headquarters pukul 4 petang ini. Tinggal 2 jam saja lagi.

         Jadi dia ambil keputusan untuk balik ke rumahnya dahulu untuk berehat walaupun melihat Huda pun sudah cukup healing untuk dirinya.

         Antar melihat rak buku di sudut bilik bacaannya. Dipenuhi dengan pelbagai jenis buku. Dari buku law sampailah weapon ensiklopedia. Semua dia ada untuk kerjanya. Namun rak di sebelah kanannya terlihat lebih istimewa walaupun masih tidak banyak buku tersusun.

         Mungkin saja sebab buku-buku itu ditulis oleh penulis yang sama dan penulis itu masih belum mempunyai koleksi yang banyak untuk memenuhi rak itu.

         Antar tersenyum sambil berjalan ke arah rak tersebut.

         Sebuah novel diambil.

          'Te Quiero, Sir' terpampang di hadapan muka buku itu.

         Antar duduk semula di kerusinya dan terus membelek novel tersebut.

          Setiap kali buku itu dibuka, helaian author's note akan selalu mencuri perhatiannya. Lebih-lebih lagi kerana ada satu ayat yang di 'highlight' oleh Antar.

          'I've fallen in love with the main character while writing this to the point that I feel like he's real.'

          Antar menutup buku itu. Keluhan keluar dari bibirnya. "I need to try harder to be like him."

          Dia bangun dan meletakkan kembali buku itu ke rak buku.

Sementara itu, di istana.

          Huda masuk ke dalam perpustakaan itu sambil memimpin tangan Adam.

          Baru saja hendak menuju ke tempat bacaan tadi, Huda dikejutkan dengan figura seseorang duduk di atas sofa sambil membaca buku notanya.

           Pantas Huda berlari ke sana dan merembat kembali buku notanya dari tangan Ryden.

          "Apa kau buat ni? Privasi orang la!" Huda mula memarahi Ryden.

          "Aku bosan tunggu kau nak bawak balik Adam, jadi aku baca la. Terhibur juga aku baca diari kau ni." Ryden tersenyum mengusik.

          "Ni bukan diari la tapi buku nota untuk idea novel aku." Huda membidas.

           Ryden buat muka acah tak percaya. "Eleh. Kalau macam tu kenapa ada nama A—"

          "Shhhh! Senyap. Don't say it." Huda pantas memotong sambil menghayun buku mengenai wajah Ryden.

           "Sakit laaaa!"

           "Big brother Ryden!!" Adam memanggil riang seriang suara kanak-kanak rebina.

          Melihat anak kecil itu berlari ke arahnya, Ryden tak jadi marah dan terus menyambut Adam dan mendukungnya.

         "Where did you go? I've been looking everywhere for you." Ryden buat-buat bertanya untuk memulakan perbualan dengan Adam.

          "I went to eat! I ate lots of lots of bisketti."

           Ryden terangkat kening sebelah. "Bisketti?" Ryden memandang Huda meminta translation.

          "Spaghetti." Huda menjawab sepatah sambil menyimpan buku itu ke dalam begnya semula. Takut pula Ryden mencurinya lagi.

Cik Author's Antar HayqalWhere stories live. Discover now