chapter 3🍃

150 15 3
                                    

   "Ummi dengan abi nak nikahkan Arya dengan anak kawan ummi."

   Kata kata yang diucapkan ummi tadi masih berlega lega didalam kepalaku . Aku duduk memeluk lutut diatas katil .

   Perasaan aku bercampur baur . Bila aku tanya siapa nama kawan anak mummy tu mummy just diam dan menghadiahkan senyuman manis kepadaku.

   'okeyy Arya calm down . Petang ni kau nak keluar dengan Zharfan . Relaxx.' ucapku didalam hati .

   Aku bangun melangkah kearah meja belajarku coklat yang diberi oleh Zharfan tadi diambil , plastiknya dibuka lalu memasukkan coklat itu kedalam mulut.

   Nafas ditarik lalu menghembus perlahan . Langkah dibawa ke almari baju . Mataku melilau mencari baju yang sesuai untuk keluar kejap lagi .

   Aku mengambil hoodie oversize bewarna pink itu bersama seluar jeans bewarna hitam . Baju itu diletakkan diatas katil . Aku menuju ke bilik air membersihkan diri.

   Selesai aku memakai baju . Rambut dilepaskan begitu sahaja . Beg dicapai tidak lupa juga telefonku yang berada diatas katil .

   "Arya , Zharfan dah sampai tu." Kata ummi yang berada diluar rumah sedang menyiram pokok bunganya .

   "Okeyy ummi . Arya pergi dulu. " Kataku lalu mencium tangan ibuku sebelum berlalu ke kereta Zharfan .

   "Hii " Sapaku ceria . Semua masalah yang lepas sudah dibuang jauh jauh . Nak keluar dengan buah hati ni .

   "Hii." Balas Zharfan bersama senyuman kecil dibibir merah itu . Aku memandang pakaian yang dipakai Zharfan sekilas. Seperti biasa hensem yang teramat . Lagi hensem dari Za'ym . Eh .

   Zharfan mula fokus pada pemanduan . Aku melihat keluar tingkap .

   "Arya." Panggil Zharfan . Mata masih pandang jalan raya.

   "Ye." Pantas aku menjawab .

   "Tadi ummi ada kata sesuatu dekat aku." Ucap Zharfan tenang . Tak masalahnya sekarang aku yang tak tenang ni . Ummi cakap pasal nikah tu ke? Macam mana aku nak explain dekat Zharfan ni .

   Zharfan memandangku sekilas . Melihat sahaja perubahan pada air mukaku . Zharfan tergelak kecil . Aku memandangnya pelik. Asal mamat ni . Gila ke?

   "Kenapa serius sangat muka tu?" Soalnya lembut . Aku menggeleng kepala.

   "Ummi cakap apa?" Soalku padanya.

   "Serius ni nak tahu ummi kata apa tadi?" Soalnya kembali. Alaaa main soal soal pulak.

   "Ye serius."balasku dengan yakin . Jantungku berdetak laju macam nak meletup je rasa. Dup dap dup dap .

   "Ummi cakap kau tak nak kahwin dengan aku ." Aku ternganga . Zharfan disebelah sudah tersenyum kecil.

   "Kau ke anak kawan ummi tu?"

   "Yess my lady, its me ." Mataku membulat . Apa nii! Kenapa ummi tak bagitahu!!

   "Bukan macam tu . Aku cuma tak nak mungkir janji kita . Ummi tak bagitahu pun yang anak kawan dia tu kau .  Kalau ummi bagitahu awal awal lagi aku dah setuju . " Jelasku panjang lebar .

   Zharfan tergelak kecil menampakkan berisan giginya yang tersusun cantik itu. Comel .

   "Don't worry sayang lepasni kau bagitahu ummi kau yang kau setujuu. Okay?" Ujarnya lembut . Berbunga bunga hatiku mendengarnya . Aishh sweetnya lah . Aku mengangguk lalu memberikan senyuman manis kepadanya .

   "J..jangan senyum macam tu lah . Nanti kalau accident macam mana?" Aku memandangnya pelik .

   "Kenapa accident?"

   "Ye lah kau dah buat aku angau ." Katanya bersama senyuman manis . Arghhh ummi tolong selamatkan Arya . Arya dah nak cair ni ummi . Helpp.

   "Ishh kau ni." Aku memukul lengannya kuat . Depan depan memang nampak tak suka tapi dalam hati berbunga bunga .

_______________________________

_______________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Arya Amanda 1 ✓ Where stories live. Discover now