Chapter 4 🍃

135 17 10
                                    

"Cara cara nak akad nikah aku tak pandai tapi cara cara nak cerai aku pandai " kata Za'ym yang sedang duduk diatas bangku yang berada dirumah Farrel dan Darrel. Zharfan hanya mendiamkan diri membiarkan adiknya itu .

" Arya Amanda binti Haris a...a. kejap kejap lagi sekali." ucap Za'ym

"Arya Amanda binti Haris A...aku ceraikan kau dengan talak satu." sambungnya lagi.

"ha gituw."

Pap

"Kau ni kann." Marah Zharfan . Za'ym menggosok gosok tempat yang dipukul tadi .

"Aku dah kata dah tak payah tanya dia ni ." Ucap Izz Farrel Daniel atau lebih dikenali sebagai Farrel si kembar Darrel.

Zharfan mengeluh .

"Kau google jelah." Ucap Za'ym selamba.

"Kau diam sebelum aku stapler mulut kau tu ." Kata Farrel yang sudah hilang sabar .

"Okayy okayy hehehe."

"Weh korang nak dengar cerita tak?" Soal Za'ym . Farrel dan Darrel hanya mengangguk malas .

"Tadi aku pergi mall nak cari ps5 tiba tiba aku terjumpa sorang perempuan ni . Aku pandang dia dia pun pandang aku . Dia macam cinta pandang pertama gituw. Nama dia Alya ." Jelas Za'ym bersungguh sungguh .

" Hek eleh tah tah perempuan tu mak nyah . " Ucap Izz Darrel Danish selamba . Farrel ditepi sudah membantai ketawa terbahak bahak .

"Jangan la ungkit cerita lama . Perempuan yang aku jumpa ni perempuan tulen ." Kata Za'ym bersungguh sungguh .

"Bukan test kau mak nyah ke?" Soal Farrel yang masih bersama ketawanya . Za'ym menjulingkan mata keatas malas mahu melayan. Tiba tiba pintu rumah mereka seperti dibuka seseorang dari luar . Semua mata memandang pintu rumah itu .

"Assalamualaikum ." Ucap gadis kecil bertudung itu . Terbeliak mata Za'ym melihat gadis itu.

"Waalaikumsalam" Balas Zharfan , Farrel dan Darrel serentak .

"Alya u buat apa dekat sini?" Soal Za'ym bersama mulut yang ternganga melihat gadis itu .

"Lahh Alya ni ke yang kau jumpa ?" Soal Darrel tanpa riak . Za'ym mengangguk angguk seperti burung belatuk .

"Ni adik aku lah ." Kata Farrel selamba .

"Adik ?" Soal Za'ym tidak percaya .

"Along , Angah adik nak naik dulu eh ." Kata Alya lembut bersama senyuman manis dihadiahkan kepada Za'ym . Farrel dan Darrel mengangguk kecil . Alya berlalu naik keatas .

Tiba tiba Za'ym pengsan tidak sedarkan diri . Zharfan , Farrel dan Darrel sudah mula cuak .

"Apa masalah jantan ni nak pengsan dekat sini dah lah dia ni berat nak angkat ." Ucap Zharfan geram . Farrel dan Darrel mengangkat Za'ym masuk kedalam kereta Zharfan . Kemudian Zharfan membawanya ke hospital berdekatan .

"Menyusahkan betul." Kata Darrel tanpa riak .

Di hospital

"Doktor cakap kau tak adqa sakit apa apa pun tapi asal kau pengsan ha."Kata Zharfan geram kolar adiknya ditarik kasar .

"Aduh aduh sakit la along . Aku bagitahu Arya kau buat aku macam ni . " dengar sahaja nama Arya disebut terus kolar adiknya dilepaskan .

"Kenapa kau pengsan ?" Soal Darrel malas .

"Adik kau senyum dekat aku." Kata Za'ym selamba sambil tersenyum sumbing .

pap

"Bodoh" Ucap Darrel dan Farrel serentak .

-----------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Arya Amanda 1 ✓ Where stories live. Discover now