Chapter 5🍃

137 11 7
                                    

   Za'ym , Darrel dan Farrel mengajak aku keluar berjumpa di starbucks . Aku melangkah masuk kedalam cafe itu lalu mencari kelibat mereka.

   Aku berjalan menuju ke meja itu dan melabuhkan punggung ke atas kerusi .

   "Hi Arya ." Sapa Za'ym , Darrel dan Farrel serentak. Zharfan pula hanya memdiamkan diri.

    "Hi ." Sapaku kembali .

   "Ni air kau aku dah order." Kata Za'ym sambil menolak cup itu kearah aku . Aku mengangguk kecil.

   "Thanks."

   "Zharfan are you okey kenapa diam je?" Soalku kepada Zharfan. Pelik dari tadi diam sahaja.

   "Arya kau cerita dekat kitorang je tak payah cerita dekat Zharfan . Dia tak ada mood tu." Kata Farrel lancar. Aku mengangguk kepala lalu mula bercerita .

   "Zharfan kau tak sihat ke asyik pandang luar je . Senyap je harini." Kataku sambil memandang Zharfan yang masih terdiam memandang keluar. Dapat ku lihat padangan Za'ym , Darrel dan Farrel padaku bertukar sayu. Kenapa ni?

   "Kenapa korang pandang aku macam ni?" Soalku serius. Mereka hanya menggelengkan kepala sahaja bersama senyuman kelat dibibir.

   "Zharfan tak sihat kan sebab tu korang pandang aku macam tu . Kenapa dengan Zharfan ?" Soalku lagi .

   "Dia okay je . Dia cuma tak ada mood . Itu aje." Kata Za'ym lembut . Anak matanya masih memandang sayu ke arah ku .

   "Za'ym kau memang boleh tipu aku tapi mata kau tak boleh tipu aku . Aku kenal kau . Mesti ada something ." Za'ym menggelengkan kepala berkali kali . Menidakkan perkara itu . Mukanya diraup .

   "Dah dah . Arya kau ada nak makan apa apa tak? Aku belanja ." Ujar Darrel tanpa riak. Beku .

   "Aku nak muffin coklat." Darrel mengangguk kecil lalu bangun menuju ke kaunter.

   "Arya kau nk tahu tak Za'ym ada scandal dengan adik aku." Kata Farrel perlahan tapi aku masih boleh mendengarnya. Za'ym ku pandang sekilas senyuman mengusik terlakar dibibir munggilku .

   "Za'ym." Panggilku . Za'ym menoleh kearah ku keningnya diangkat .

   "Kau tak jadi kahwin dengan dia?" Soalku bersahaja.

    "Dia?" Soalnya kembali.

   "Mak nyah tu lah." Kataku bersama senyuman nakal dibibir. Membulat mata Za'ym .

   "Ish dah lah kau sama je dengan Darrel dan Farrel asyik ungkit je ." Katanya lalu mencebik . Ingat comel ke. Aku dan Farrel tertawa terbahak bahak. Darrel yang baru sampai kebingungan melihat aku dan Farrel tergelak gelak tak berhenti . Za'ym pula masih bersama muka cemberutnya .

   "Huh penatnya . " Aku membaringkan diri ke atas tilam yang empuk itu . Mata memandang kearah dinding putih itu .

   "Kenapa dengan Zharfan tadi eh?" Monologku dalam hati .

   "Husnuzon mungkin betul la dia tak ada mood." Ucapku sebelum melelapkan mata .

   "Please Arya lupakan janji tu." Rayu Zharfan . Air mataku mengalir deras.

   "Please Arya aku merayu . Tolong lupakan janji kita dulu. " Ucap Zharfan bersama senyuman kelat dibibir .

   "Tapi kenapa?" Soalku dalam teresak esak menangis .

   "Arya aku tahu kau sendiri pun tahu kenapa." Ucap Zharfan lembut . Matanya sayu memandangku yang sedang menangis .

   "Maafkan aku Arya." Ucapnya sebelum pergi .

Bum

   Aku terjatuh katil . Astaghfirullahalazim . Mimpi apa tadi tu . Astaghfirullahalazim .

   Aku melangkah ke bilik air . Muka di basuh. Kaki melangkah keluar .

   Aku turun kebawah menolong ummi yang keseorangan didapur . Aku menghadiahkan senyuman manis kepada ummi yang tercinta .

___________________________________

___________________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

 

Arya Amanda 1 ✓ Where stories live. Discover now