1

44 6 2
                                    

Terdetik firasat untuk bangkit, aku membuka mata melihat persekitaran yang terik menandakan hari sudah sampai di pertengahan. Seperti remaja biasa, aku bangun bersiap untuk pergi ke sekolah. Aku menatap diriku di cermin dengan penuh bangga dan bersedia untuk menjalani hari yang baharu.

"SEMANGAT MARIA" Kata diri ku dengan penuh bersemangat. Aku adalah Maria Yumira. Aku bersekolah di SMK TASIK DUA. Hari ini adalah hari pertama aku membawa gelaran tingkatan 2. Aku sangat teruja untuk berjumpa rakan-rakan ku setelah sebulan lamanya kami bercuti.

"Maria!! Jom makan sebelum terlambat. Kamu pergi sekolah hari ni . Cepat Maria!!"

Terdengar panggilan ibu mengajak ku menyantap, tiba-tiba telefon ku berbunyi menandakan seseorang menghantar pesanan. Aku mencapai telefon bimbit ku yang tiba-tba menyala.

"Ouh, Dianne mesej. AH- tak sabarnya nak jumpa diorang." Kata aku dengan teruja. "Hari ni first day sekolah. Confirm ada budak baru ni. Ah- buat apa aku fikirkan pasal deme."

Aku sampai di sekolah pada pukul 11:30.

"Mesti deme dah sampai" Kata aku dengan penuh teruja. Aku berlari menuju ke dewan perhimpunan untuk mencari rakan-rakan ku. Tanpa disangka, aku di sambut oleh mereka dengan tangan yang terbuka seakan mereka juga terlalu merindukan ku.

"MARIA!! RINDUNYA KAU" Kata mereka. "Aku pun rindu korang weh, lamanya kita cu-" Sofia pula menyampuk "AAAAA RINDU GILE KAU BODO- ADUH" Sebelum menghabiskan kata-katanya Dianne menepuk Sofia dengan kuat "Kau kalau sehari tak buat hal tak sah. Bagi la orang lain habis cakap." "AKU RINDU MARIA JE APE MASALAH KAU-" mereka berdua teruskan bergaduh bagaikan perkara ini terlalu penting. Aku melihat Eliana cuba menenangkan mereka berdua. Aku tersenyum dengan lebar. Mereka adalah sahabat karibku. Sofia, Dianne dan Eliana. Tidak sangka kami akan menjadi sahabat karib yang ada untuk antara satu sama lain. Setelah lama kami menunggu di dewan, tibalah masa pengedaran kelas untuk tingkatan 2.

Ada beberapa murid baharu memasuki kelas kami. Kelas kami adalah 2 Ace. Kelas pertama bagi tingkatan 2. Kelas kami tidak akan menerima murid baharu melainkan murid tersebut layak bersama kami. Seperti biasa kami memperkenalkan diri seorang demi seorang untuk beramah mesra bersama rakan sekelas yang baharu. Suasana ketika itu sangat membosankan kerana kami perlu menunggu seorang demi seorang menceritakan tentang kisah diri mereka.

"Bosannya Sofia.." Rungut aku kepada Sofia ketika menunggu sehingga aku meletakkan kepala di atas meja. "Tah, tiap-tiap tahun kene buat bende ni. Apa specialnya deme ni. Kenapa kita kena bagi tahu pasal diri kita" Kata Sofia melepaskan isi hatinya yang tidak bersetuju degan aktiviti ini. "Kau dengar la apa deme kata ya Sofia" Aku kemudian berada di dalam posisi yang selesa sambil mendengar celoteh mereka berkata-kata.

Pengenalan diri terus berlangsung sehinggalah beberapa meja sebelum meja ku. "Okay seterusnya. Kejap- Kamu Irzan kan? Denzel Irzan? Daripada kelas 1 Jade. Saya dengar kamu budak yang paling pandai dalam kelas tu. Tahniah kerana menaiki ke kelas ini." Guru kelas ku seakan akan menaruh harapan yang tinggi kepada dia. Kalau betul lah dia paling pandai dalam kelas itu. Kenapa aku tidak mendengar sebarang cerita daripada sesiapa? Tapi, siapa Irzan?

TrouvailleWhere stories live. Discover now