Aku tahu dari dulu tentang perasaan Killian. Aku tahu dia ada menyimpan perasaan terhadap ku. Walaupun dia tidak pernah menegur atau bersua dengan ku. Cara dia pandang dan memerhati diri ku agak berbeza. Tetapi...GILA LA AKU DENGAN DIA. Macam mana kalau dia fikir nanti aku tertarik dengan dia kalau aku layan dia? Lelaki yang aku berminat hanya- jap.. "KO BODOH KE MARIAA??" tegur diri ku dengan nada yang perlahan tetapi tegas didengari. Aku menoleh ke arah Killian untuk melihat riak wajahnya. Seperti yang aku sangka.. dia tersenyum lebar seperti mendapat hadiah dan peluang lumayan. "Aduh Mariaaa" keluh aku sendirian.
"Baiklah, kamu boleh duduk bersama pasangan kamu dan berbincang sehingga akhir waktu. Saya beri kamu peluang dan masa hari ni" selepas habis sahaja cikgu memberi penerangan di hadapan. Killian terus menuju ke arah ku sambil menegur "Hi Yumi" senyuman lebarnya selepas menyebut nama ku memberikan bukti yang kukuh tentang perasaannya. "Hi Killian; Jom bincang" aku tak mahu melengahkan masa lagi, daripada aku bercakap kosong dengan dia lebih baik selesaikan kerja. Aku mencari Sofia, Eliana dan paling penting Dianne. Dianne mendapat peluang untuk berkumpulan dengan Denzel. BENCIINYAAA BILAKAH PELUANGKU??Aku menatap Dianne yang terlalu sibuk menerangkan sesuatu kepada Denzel. Aku mengalih pandangan ke arah Denzel sambil tersenyum melihatnya. "Ada rupa juga dia ni" tanpa aku sedar, aku mengeluarkan kata-kata itu. "Haa??" Tegur Killian yang terkejut dengan kata-kata ku. "Eh- tak la ape aku kata ni- ok ape tadi Killian?" Aku cuba mengubah topik sambil menyimpan malu. Nasib Killian tidak menanyakan lagi.
Akhirnya tibalah masa untuk pulang. Sesi persekolahan hari ini telah tamat. Aku mengemas beg dengan cepat kemudian berlari ke arah rakan-rakan ku. "Weh Dianne, kau sempat siap ke perbincangan tadi?" Dianne melihat aku dengan cara yang berlainan. "Sempat. Jom la turun" Pertama kalinya Dianne mengucapkan sesuatu tanpa senyuman malah seakan-akan mengelak dari bersua dengan ku. Aku tak mahu menilai atau berburuk sangka tapi tiada apa-apa kot. Mungkin... Sebelum kami turun aku bertemu dengan Killian di tangga untuk memberikan nota tambahan tentang perbincangan tadi. Semasa aku bersembang dengan Killian aku merasakan seseorang memerhatikan kami. Aku cuba melihat di hujung mata tetapi tidak menjumpai sesiapa. Habis aku bersembang dengan Killian, Denzel tiba-tiba turun menyusul dari belakang. Maknanya, Dia la yang memerhatikan kami..? Mungkin orang lain kot. Tapi, macam tiada sesiapa yang tertinggal. Denzel turun tanpa berkata kemudian berlalu begitu sahaja. "Baik aku turun sekarang, nanti lambat turun Ayah aku marah.Bye Killian" Aku turun dengan tergesa-gesa sehinggalah sampai kepada Ayah. Semasa dalam perjalanan pulang. Aku ternampak lagi Denzel. Tiada beza, sama sahaja tidak perasan tentang kehadiran ku.
YOU ARE READING
Trouvaille
RandomSebagaimana fitrah manusia yang tidak lari daripada mempunyai perasaan suka. Munculnya perasaan yang tidak pernah dirasai. Adakah ini perasaan yang orang selalu rasakan? Dia, seorang lelaki yang aku pandang dengan rasa.. yang asing. Apa keistimewaa...