"Gila- Sekolah bakal di buka kembali?!!!!" Aku mampu menjerit dalam keadaan emosi yang berkecamuk. Adakah aku seronok dapat menjumpai Dianne, Sofia dan Eliana atau kerisauan yang terkumpul disebabkan kerja rumah yang bertimbun? Ini betul-betul gila! Ketika ini, ramai menanyakan tentang kerja rumah yang bahkan bukan seminggu yang lalu tetapi berbulan-bulan yang lalu! Bagaimana ni? Aku kemudian menelefon Eliana untuk meluahkan isi hati yang terkumpul ini. "Mar-" Belum sempat Eliana menghabiskan kata-katanya aku sudah memotong. "ELI! Macam mana ni.. homework aku tak siap lagi weh. Sempat ke nak siapkan ni. Belambak homework cikgu bagi. Cemana kalau cikgu marah tak siap" Rungut aku kepadanya dalam keadaan yang gelisah. "Maria Maria Maria. Kau tarik nafas, jangan lepas. Aku pun banyak tak siap nih. Jangan kata minggu lepas, yang berbulan lamanye pon tak siap jugak" Habis lah kami. Keluh aku buat kali yang ke - 1000000.
Hari sekolah di buka kembali, kami menjalani hidup norma baharu kerana khawatir akan jangkitan 'COVID-19'. Aku tidak boleh memeluk , bersosial secara rapat serta menghargai wajah masing-masing. Semua ini sangat asing bagi kami. Aku sangat membenci 'COVID-19'. Semua perkara berubah disebabkan virus berbahaya ini. Kehidupan kami tidak berlangsung seperti biasa. Aku menaiki tangga langkah demi langkah, menghirup nafas yang sama dengan nafas yang di hembus terkurung di dalam kepingan kain. Menyukarkan kami bernafas malahan sangat sukar perlu memakai pelitup muka demi menjaga diri. Aku sampai di dewan dengan harapan bakal menemui rakan-rakan ku tetapi sebaliknya mendapatkan informasi terkini yang menyatakan 'Tidak boleh berhimpun secara beramai-ramai lagi.' Perkara ini sangat meremukkan hati ku.
Aku bergegas menaiki tangga bangunan kelas. Sekali lagi, menghirup udara yang telah dihembus serta sukar bernafas. Perkara ini juga memuaskan hati apabila terlihat rakan-rakan ku sudah tiba lebih awal. "Weh korangg!!!! Rindu gila wehh" Jerit aku mendekati mereka akan tetapi mereka menyuruh ku untuk kekal bersabar dan mengekalkan jarak demi keselamatan. Aku dapat melihat keperitan yang di alami sama seperti apa yang aku rasakan. "Mariaaaa... aku rindu kauuu" Kata Sofia dengan nada yang kecewa. Walaupun penjarakan di jaga kami tetap meluah perasaan terkurung di rumah selama berbulan lamanya. Akhirnya aku menjumpai mereka. Sehinggalah satu masa, Denzel Irzan telah sampai di dalam kelas. Dari jauh aku mampu melihat dia dari hujung mata ingin melihat apakah kelainan yang dia peroleh semasa cuti. 'Sama je dia ni. Ape-ape pon dia still datang' Ucap ku di dalam hati dengan rasa lega. Aku seakan-akan mempunyai minat untuk mengetahui lebih tentang dia. Biarlah, yang penting dia selamat sampai dan sihat bukan?
Kelas bermula seperti biasa. Perbezaannya adalah cara kami belajar yang tidak bekelompok lagi. "Cikgu! Kami ada peraturan ketat ke untuk kerja khusus yang memerlukan berkumpulan?" Aku juga meragui perkara yang ditanyakan oleh Sofia. Aku masih teringat sebelum adanya 'PKP', cikgu pernah berkata tentang kerja khusus. "Disebabkan kamu berada dalam fasa pandemik ini, saya akan memberikan kerja kumpulan yang mempunyai terhad 2 orang ahli kumpulan sahaja." Dari jauh aku sudah terlihat wajah Eliana dan Sofia seakan membincangkan sesuatu yang kurang menyenangkan bagi ku. "Murid-murid.. Saya akan memilih pasangan kamu. Setiap kumpulan perlu ada seorang lelaki dan perempuan." Setelah mendengar ayat ini, kami amat merisaukan hal ini kerana seperti biasa apa yang perempuan katakan 'Tidak biasa bergaul dengan lelaki serta mempunyai perasaan yang tidak baik.' Cikgu mengumumkan ahli kumpulan dengan pilihan cikgu sendiri. Aku takut memikirkan siapalah ahli yang sama dengan ku. "Denzel Irzan! Kamu bersama Dianne Zyellis manakala Maria Yumira bersama Ayden Killian" Aku... Bersama Killian. AHAHAHAHAHA ini perkara yang baruu.
YOU ARE READING
Trouvaille
RandomSebagaimana fitrah manusia yang tidak lari daripada mempunyai perasaan suka. Munculnya perasaan yang tidak pernah dirasai. Adakah ini perasaan yang orang selalu rasakan? Dia, seorang lelaki yang aku pandang dengan rasa.. yang asing. Apa keistimewaa...