Aku tidak tahu tentang orang lain. Perasaan yang aku rasakan adalah sama tetapi cara Dianne melihat aku amat sangsi. Dianne, tolonglah- jangan apa-apa berlaku antara kita. Dia tersuka Denzel ke ? Irzan sukakan dia ? APA NI!!!! Aku tak mahu buruk sangka kepada mereka tetapi aku hairan apa yang telah berlaku? Sudah lah Maria Yumira, baik kau fokus dalam kelas ni. Cikgu Mawar memerhatikan aku dari hujung kaca mata yang petak menghalangi mata yang bulat mengecil menatap aku dengan tidak berkedip.
-TERIMA KASIH CIKGU!!- Laungan kami sekelas memberikan aku sedikit masa untuk bernafas selesa tanpa risau akan nafas ku terhenti dengan suara cikgu mawar. "Maria! Jumpa saya di bilik guru masa rehat ya. Sharp 10.00" AH- KENAPA PULAK NI YA ALLAH!!!! " baik cikgu" Senyum aku sambil menatap cikgu. Selepas cikgu mawar keluar dari kelas, aku mengambil peluang untuk meluahkan isi hati . "KENAPA CG NAK JUMPAAA??? AKU ADA BUAT SALAH KE WEHHH" Seperti biasa mereka hanya tertawa manakala aku... amatlah frust. Hujung mata aku gigih mahukan reaksi Denzel atas keluhan ku yang kuat sebentar tadi. Dia termenung seakan akan kecewa. DIA ATAU AKU YANG PATUT RISAU SEKARANG NI ?
Jam menunjukkan tepat pukul 10.00. Masa rehat untuk mereka tetapi masa yang amat meresahkan. Aku bergegas menuju ke bilik guru untuk berjumpa dengan cikgu mawar. "Maria, saya nak berjumpa dengan kamu ni sebab kamu selalu tidak fokus di dalam kelas. Ada apa-apa yang berlaku ke? Saya selalu dapat aduan kamu ni tak fokus, ada masalah peribadi ke?" Sejuk hati aku mendengar soalan cikgu. Punyalah banyak persoalan aku yang tertanya mengapa cikgu memanggil; Akhirnya terjawab. Semua salah Denzel. Ish runsinglah aku. "Ouh maaf cikgu, sejak start sekolah saya baru nak biasakan diri balek. Lama kita duduk dirumah la katakan" Senyuman serta jawapan yang aku berikan seakan-akan tidak memuaskan hati cikgu mawar. "Betul ke kamu ok ni??" Ujarnya lagi. "Betul cg, saya okay jee tiada apa-apa pun" Aku kembali senyum untuk menenangkan perasaan cikgu. "Kalau betul tak mengapalah, kamu pergi rehat ya" Aku mengangguk lalu berlari ke arah kantin.
"Mana deme ni???" Aku mencari Eliana,Dianne dan Sofia tetapi mereka tiada di mana-mana. Aku kembali ke arah dewan untuk mencari mereka. Belum sempat aku menoleh ke luar kantin. Aku ternampak Denzel sedang makan; Tetapi dia tidak berseorangan seperti biasa. Dia bersama... Dianne. "Mungkin mereka berbincang untuk kerja khusus" Selangkah niat ku untuk bersama mereka, pergerakan ku terhenti lalu aku terdiam membawa emosi untuk menerima takdir dan perkara yang aku lihat. Tidak.. ini semua dusta. Aku tak percaya semua ni. Kenapa mereka tertawa seakan-akan mereka bersama? Mungkin mereka bersembang untuk bersama. Mungkin bukan ? Aku kuatkan emosi dan hati yang telah remuk dengan bersangka baik. Kembali melangkah menuju ke Dianne, Killian muncul menyapa mereka; Tanpa disangka, sapaan itu menjelaskan segalanya dan menukarkan niatku untuk beredar. "Wuish korang sweet couple betul. Tadi belanja makwe skang teman makwe makan?" Gurauan Killian amat menyakitkan aku tetapi Dianne, tersenyum lebar menerima kata-kata yang kosong itu- betulkah itu kata-kata kosong? Mungkin tidak.... Aku beredar dengan segera menuju ke tandas sambil tertawa. Sedikit demi sedikit tawaan aku berubah kepada tawa yang perit. Aku ditikam bukan? Biarlah, mungkin Denzel yang melepaskan perasaannya. Terdengar loceng berbunyi, aku segera menukar tawa yang perit kepada senyuman yang sentiasa dipakai. Semasa aku bergegas ke kelas, aku terlihat Denzel dan Dianne berjalan bersama. "perfect couple they said" Terukir senyuman perit di wajahku.
YOU ARE READING
Trouvaille
RandomSebagaimana fitrah manusia yang tidak lari daripada mempunyai perasaan suka. Munculnya perasaan yang tidak pernah dirasai. Adakah ini perasaan yang orang selalu rasakan? Dia, seorang lelaki yang aku pandang dengan rasa.. yang asing. Apa keistimewaa...