2

30 6 0
                                    

Tapi, siapa Irzan? Aku terus mengangkat kepala ku mencari Irzan. Aku menatap wajahnya yang sangat asing bagi ku. Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran ku adalah 'Macam biasa je mamat ni, biarlah aku nak sambung tido' Aku menoleh ke arah Sofia setelah terdengar dia berkata "Hebat tho budak ni masuk 2 Ace. Ilmu apa dia pakai sia- lantak la aku tau aku lagi hebat dari dia" Kata Sofia dengan penuh yakin. "Fuh yakinnya kau, aku dengar dia dapat markah BI tinggi lagi dari kau tau" Usik aku kepada Sofia. "Diam la kau. Dh la malas aku layan kau" Aku mampu tersenyum dengan kata-kata Sofia. Akan tetapi aku hairan, siapa sebenarnya kau ni Denzel Irzan? Kau kelihatan seperti manusia yang sama dengan ku. Tetapi aku tertanya-tanya, kenapa kau nampak berbeza? Ah- makin difikirkan makin sakit kepala aku. Rancak aku bermonolog sendirian sehingga aku tidak sedar sampai giliran aku untuk memperkenalkan diri.

"MARIA YUMIRA!!" aku terkejut apabila nama ku dipanggil dengan nada yang keras daripada guru kelas ku. "Ya cikgu. Maaf cikgu saya tak perasan" Habislah aku, mesti cikgu sudah menunggu giliran aku sejak tadi. "Kamu ni Maria, apa yang dimenungkan tu. Haih, sila perkenalkan diri kamu kepada rakan-rakan" Aku bangun dengan rasa malu. "Hai semua, saya Maria Yumira rakan sekelas anda harap kita dapat bekerjasama dengan baik yaa" Aku mampu tersenyum dengan rasa janggal akibat malu tentang situasi sebentar tadi. Aktiviti diteruskan dengan sahutan pelajar lain memperkenalkan diri. Aku kembali duduk dan merehatkan kepala ku kembali di meja. Aku melihat Dianne yang memandang aku dengan risau tercatat di wajahnya. Aku menoleh tepat dan memberikan senyuman sebagai ganti agar pudar perasaan risaunya. Aku kembali memikirkan tentang hal tadi yang aku pikirkan. Mungkin benar ada perkara istimewa tentangnya. Aku mampu tersenyum sendirian dan kembali fokus kepada rakan sekelas yang lain.

Tepat jam menandakan pukul 2.20 p.m. Tibalah masa rehat untuk kami. Kami menuju ke kantin bersama-sama sambil berborak kosong untuk memecahkan rasa sunyi. "Weh, I heard kan Irzan tu tak suka orang panggil dia Denzel." Eliana berkata dengan penuh yakin. "Yooko kamu? Tantah kau reka je" Sambung Dianne. "Betullah apa Eli kata sebab aku terdengar Emir panggil dia Denzel. Then dia cakap elok-elok dia tak suka" Sofia pula mencelah memberikan informasi yang diam-diam dia dapati. "Lantak la, jom makan. Yang pasti Maria belanja" Kata Eli dengan teruja. "Yelah jom" Penat aku mahu melayan mereka ini.

Setelah memilih makanan, aku bersedia untuk membayar. "Makcik!! Kitorang nak beli semua ni ya. Berapa eh?" Tanya aku dengan yakin. "Semua sekali RM 15.90. Banyak kamu beli yaa" Aku tersenyum kepada makcik kantin ku lalu cuba mencapai duit di dalam poket. Semasa aku cuba mengambil, aku tersedar bahawa duit ku tertinggal di dalam beg sekolah yang berada di dalam kelas. "Weh duit aku kat kelas sia. Korang bawak duit tak?" Tanya aku kepada mereka dengan merasa gelisah. "Adu mana la kitorang bawak. Kan haritu kau janji nak belanja. Aish cemana ni?" Sambung mereka. "Makcik.. berapa tadi?" Tiba-tiba ada suara yang bagaikan asing tetapi biasa aku dengari. Aku menoleh dan mencari empunya suara. Tanpa aku sangkakan, suara itu kepunyaan Denzel Irzan! 

TrouvailleWhere stories live. Discover now