Mae Ying Karakade, wanita yang cemburu.

27 1 2
                                    

Dalam sebuah bilik, cik muda yang cantik ( Mae Ying Karakade) sedang duduk bersimpuh di atas kerusi luas dengan meletakkan tangan kanannya di atas bantal kecil sambil dia menghias dirinya dengan bantuan dua orang pelayan dia. Phin sang pelayan menyapukan sedikit krim ke kulit gadis itu. Sementara yang seorang lagi duduk mengipaskan gadis itu.

"Yaem, kau sudah melakukannya tiga kali." Segera Phin merampas kipas daripada tangan Yaem

"Aku tahu itu." Yaem mahu membalas lagi tapi Cik mudanya bersuara.

"Sudah! Kalian jangan bertengkar. Berikan aku bahan soleknya."

Segera Yaem mengangkat dulang berikan bahan solek. Cik muda itu mengambil ketulan putih lalu menghancurkannya dan menyapu debunya ke muka dia. Selepas itu dia mengambil kertas merah yang memberi warna kepada bibirnya.
" Kau sungguh cantik, cik muda" Phin dan Yaem yang melutut di lantai memuji paras rupa cik mudanya.

Selepas puas dengan solekan dia menoleh ke belakang melihat cermin. Dengan tiba-tiba Phin bersuara,

" Cik muda disebabkan anda di anugerahkan rupa yang cantik seharusnya anda tidak melakukan kejahatan."

Muka Cik muda itu bertukar marah. Manakal Yaem pula memegang kaki cik mudanya dan mengiyakan kata-kata Phin itu.

Tidak menunggu lama, wajah Yaem ditampar oleh Cik muda itu.

"Apakah Yaem tersalah cakap, cik muda?" Phin bertanya apabila melihat rakannya ditampar.

Cik muda itu memusingkan badannya dan menampar wajah Phin. " Tidak, kau lah yang tersalah cakap. Berani kalian menghentikan aku.".

Kemudian kedua pelayan itu keluar daripada bilik cik muda itu, disusuli oleh sang gadis bangsawan itu. Ketika cik muda itu menuruni tangga dia memaut ke tangan Phin. Menunjukkan tata tertib gadis bangsawan.

" Apa kalian tahu, Mae Ying Chanward akan ke mari menghantarkan makanan kepada Khun Ying Champa. Pastikan kalian tidak ketahuan." Ucapan Cik muda itu menimbulkan resah di hati para pelayannya. Sebuah rencana telah dipikir oleh gadis itu.

Sementara itu di hadapan rumah Menteri kewangan Kosathibodi, Kosa Lek. seorang gadis Ayutthaya (Mae Ying Chanward) yang anggun berjalan mendekati dermaga rumahnya.

" Jangan Kata kan pada Ibu bahawa aku akan menggunakan perahu kecil"

ketika kepala pelayan mahu menghalangnya Mae Ying Chanward langsung bertegas untuk menggunakan perahu kecil sahaja. Lalu bertolak Mae Ying Chanward serta pelayan peribadinya, Daeng dengan perahunya ke rumah Chaophraya Horathibodi
...............................................................................................,...........

Pada petang itu Mae Ying Karakade mengenakan pakaian biasa dan menyelubungi kepalanya dengan sehelai selendang kapas. Begitu juga dengan kedua pelayannya.

Sesampai sahaja di tepi sungai Mae Ying Karakade menyuruh Phin melihat apakah perahu Mae Ying Chanward sudah datang.

"Yaem pergilah buat apa yang aku suruh" kata Karakade apabila melihat perahu Mae Ying Chanward melalui sungai hadapan mereka.

"Cik muda...." Phin memandang Mae Ying Karakade sambil menggelengkan kepalanya, dia terus menghendap perahu Mae Ying Chanward. Mae Ying Karakade menahan amarah lalu menarik kasar rambut Phin.

" Apa yang kau tunggu lagi? Mahu dipukul? Pergi. Perahu Mae Ying Chanward sudah hampir." Lalu tubuh Phin ditolak sehingga pelayan berusia 30-an itu jatuh ke tanah. Phin masih tidak berganjak dia juga memandang Cik muda itu agar perintah itu ditarik balik.

Melihat Phin tidak berganjak, Mae Ying Karakade menendang tubuh Phin agar segera pergi. Dengan keterpaksaan Phin mengensot pergi.

Phin pun menyelam sehingga tiba di bawah perahu Mae Ying Chanward, Phin menggegarkan perahu itu menyebabkan semua orang dalam perahu itu jatuh ke dalam sungai. Melihat kejadian itu Mae Ying Karakade sangat berpuas hati dan langsung pergi.

LOVE DESTINY - BUPPHAE SUNNIWAT [Slow Update]Where stories live. Discover now