Paginya, setelah ayam berkokok. Semua pelayan pun mulai berkerja. Phin dan Yaem keduanya berada dalam bilik cik mudanya sedang duduk melipat kain dan dimasukkan ke dalam kotak. Manakala Mae Ying Karakade masih nyenyak tidur di katilnya.
Yaem bangun berhasrat untuk pergi melihat keanehan dalam rumah tu.
"Yaem, mahu ke mana?" Tanya Phin yang masih lagi takut. " Apa kau tidak hairan, rumah ini terlalu sunyi. Aku mahu melihat apa terjadi sesuatu. Kau disini saja menemani Cik muda." Getus Yaem.Di ruangan dapur, terdapat beberapa pelayan yang duduk dalam bulatan sambil membuat kerja. Yaem bersembunyi di balik di dinding kayu mendengar perbicaraan mereka.
"Mengenai insiden semalam, Nang Daeng ditemui mati" ucap salah seorang pelayan itu.
Yaem terkejut, dia harus segera khabarkan kepada Mae Ying Karakade mengenai insiden ini. Dia pun segera bangun mahu balik ke bilik. Por Date yang kebetulan lalu di situ menahan Yaem. Yaem segera bersimpuh dan menundukkan badannya ke tanah simbolik kepada penghormatan kepada tuan.
" Dimana Nang Phin? "
" Di bilik ,tuan" balas Yaem tergetar-getar"adakah kamu dan Nang Phin bekerjasama melakukan percubaan membunuh Mae Ying Chanward?" Soal Por Date bertalu.
" Tidak,tuan."
" Apa yang bising di sini?" Suara itu berasal dari Mae Champa. Sekalian Tuan Horathibodi juga disitu.
" Nang Yaem, panggil tuanmu kemari." Perintah Mae Champa.
" Cik muda masih tidur" pantas saja dia menjawab. Yaem mendongakkan kepalanya melihat Tuan Horathibodi yang sudah pun gelap beserta wajah Por Date yang tidak berpuas hati dengan jawapannya.
" Aku akan segera memanggil Mae Ying Karakade". Dengan segera dia bangun untuk memanggil Mae Ying Karakade, tuannya itu.
Melihat Nang Yaem bangun Por Date menahannya lagi. " Nang Yaem tetap di situ. Nang Prik, silakan memanggil Mae Ying Karakade."
" Baiklah tuan muda." Nang Prik bangun berjalan ke bilik Mae Ying Karakade. Sesampai di sana, Prik mengetuk pintu biliknya.
Dari dalam Phin merangkak pergi ke katil cik mudanya mahu mengejutkannya.
Kerana tidurnya di ganggu Mae Ying Karakade mulai bersuara. " Phin, Yaem mengapa kau membiarkan orang mengetuk pintu bilik aku".
Mendengar ucapan itu Prik bersuara lagi. "Khun Ying Champa mahu berbicara denganmu."
Phin terus merangkak laju bersembunyi di ruang kecil sebalik katil cik mudanya apabila mendengar nama Khun Ying Champa. Dia takut, takut rahsianya terbongkar. Takut apabila disoal mengenai insiden perahu tenggelam itu. Seketika kemudian Prik mulai kesal apabila pintu bilik itu tidak juga dibuka.
Dia melangkah masuk ke bilik Mae Ying Karakade. Ketika di hadapan katil Mae Ying Karakade, Prik melutut dan menyelak kelambu katil. Dia memegang kaki Mae Ying Karakade dan cuba untuk meletakkan kaki itu ke bawah.
Merasakan kakinya disentuh, Karakade terus bangun.
" Kau rupanya Nang Prik.""Khun Ying Champa, mahu berjumpa dengan anda." Prik memegang kaki Karakade dan memaksanya bangun.
YOU ARE READING
LOVE DESTINY - BUPPHAE SUNNIWAT [Slow Update]
Historical FictionPenulis asal : Salaya Sukanivatt Pengarah : Mai Phawat Panangkasiri Penyiar Asli: Channel 3 Ini adalah terjemahan drama Thailand yang dikenali sebagai " Bupphesanniwat" yang juga bererti "Love destiny". Sinopsis: Mae Ying Karakade merupakan putri d...