Ayutthaya, I' m here

10 3 1
                                    


" Kadesurang, tolong aku. Tolong lakukan kebaikan ketika kau berada dalam badan aku."

"arghhhhhh" Kadesurang tersentak daripada tidurnya. Kadesurang bangun daripada katil  dan melihat kiri dan kanan bilik itu. kosong... dia mengambil selendang dan meletakkannya di bahu dan berjalan keluar bilik. Dia jalan berjingkit supaya tidak membangunkan Yaem dan Phin yang sedang tidur di luar biliknya. dia lalu pergi ke ruang tamu.

dari tempat duduk wanita Kadesurang merenung bulan penuh malam itu. sungguh cantik. "Mae Karakade, kau jangan risau aku akan tolong kau" - Kadesurang bercakap ke arah bulan seolah-olah dia bercakap dengan Karakade.suasana malam yang nyaman ditambahkan angin yang bertiup perlahan,membuatkan kadesurang sungguh menikmatinya 

Date yang dari tadi memerhatikan tunangnya itu segera mendekatinya.
"Gila. Engkau berbicara dengan bulan?! Apa yang kau bicarakan? Kau memuja siapa?" - Date.

pertanyaan yang tiba-tiba dan bertalu-talu membuatkan Kadesurang seperti gelabah.
" itu... aku puja Kara..maksud aku Nang Daeng.". huishhh rahsia hampir saja kantoi.

"kenapa kau memuja Daeng?"

" Tentu saja kerana dia sudah mati."

" Kata-kata kau memang aneh. Katakanlah untuk siapa kau memuja ?" Date tak puas hati kerana tadi sebelum nama  Daeng disebut masih ada nama lain yang disebut oleh gadis itu.

" Tentu saja untuk Daeng." -Kadesurang.

"Aneh."

" Sekejap. Kau sudah mengatakan itu dua kali. Pertama kau mengatakan aku orang asing. Kini kau kata aku aneh. Nantinya apa kau akan kata aku gila." Omel Kadesurang ini memang tak adil.

" Cara kau bicara sangat berbeza dari kami dan aneh. Siapa kau?" Date tidak percaya sejak dari hari kritsana kali dibaca, sikap tunangannya itu berbeza dan aneh. Dia juga terdengar khabar angin bahawa di dalam tubuh Karakade dirasuki roh jahat.

"Apa yang mahu aku jelaskan? Kau sudah tahu siapa Karakade.maksud aku ..... Kau sudah tahu siapa aku." Kadesurang menggigit bibir bawahnya. Sekali lagi dia hampir kantoi.

"Kadesurang, mengapa ini sangat sulit untuk kau lakukan."- Alih-alih dia berkata perlahan.

Saat ini Date sudah hilang sabar. Perempuan di hadapan sudah melampau.
" Apa yang kau katakan? Katakanlah sekali lagi"

" Tidak. Itu... Itu... Ak.... Aku...hanya bergumam"-kadesurang.

" Bohong!!! Siapa kau?" Date dengan muka bengisnya memegang keras kedua bahu Kadesurang. Ini membuatkan Kadesurang semakin takut dan sakit kerana cengkaman Date.

" Hiksss....hikss... Kau menyakiti aku." Cengkaman itu meninggal lebam di bahu putihnya.

" Jawab aku! Siapa kau? Bicara kau aneh. Katakanlah siapa kau sebenarnya?" Date terus mendesaknya. Dan saat itu juga dalam tak sedar Date mengoncang  badan Kadesurang dengan sangat kuat dan kasar.

" Aku Mae Ying Karakade." Dalam kesakitan itu Kadesurang menghimpunkan suaranya serta keberanian agar Date menghentikan semua ini.

" Mustahil!!" Seraya itu Date menolaknya ke belakang. Nasib Kadesurang dapat seimbangkan badannya. Kalau tak mau jatuh tergolek macam nangka busuk depan Date.

LOVE DESTINY - BUPPHAE SUNNIWAT [Slow Update]Where stories live. Discover now