𝗣𝗿𝗼𝗹𝗼𝗴♡︎

146 15 4
                                    

Pinggan yang sudah siap dibasuh di telangkupkan ke atas rak bilas. Kemudian dia mengeringkan tangan yang basah dengan kain lap tangan.

Apron dibuka lalu disangkutkan ke tempat penyangkut. Dia melangkah ke luar dari ruang dapur sejurus membawa diri ke tingkat atas bagi melihat makhluk - makhluk belaan nya.

Belaan? HAHAHAHA agak kasar bukan? Bukan belaan, lebih kepada jagaan atau insan - insan terpilih yang dia sayangi untuk dijaga sehingga ke akhir nafasnya.

Tanpa mengetuk pintu bilik, dia menerjah sahaja sebelum matanya terbeliak besar melihat tiga ekor anak - anak jagaan yang sudah comot bermandikan bedak di muka dan dibadan.

"Ya Allah, awak! Apa awak buat ni?!" Memetir suara permaisuri yang berada di dalam rumah itu, tak lain tak bukan pastinya Lis Areeda.

Firash hanya tersengih - sengih seperti kambing manakala Aaron dan Laticia sudah ketawa sakan. Suka melihat wajah marah mama mereka.

Laticia menuangkan lagi bedak baby ke atas katil sebelum dia menepuk - nepuk bedak tersebut lalu laju merangkak ke arah Firash kemudian dia menempekkan bedak tersebut ke muka papa nya.

"Pa! Pa! Pa!," Bising mulut kecil Laticia bersuara. Entah apa yang dia bebelkan tidak mereka ketahui.

Lis sudah menyinga tatkala ini. Lain yang disuruh, lain pula yang Firash buat! Dia baru tinggalkan Aaron dan Laticia sekejap. Tak sampai setengah jam pun!

Dah tak berupa orang anak nya, ini kalau ditinggalkan seharian.. Fuhh.. Mahu bertukar jadi anak orang utan jawabnya!

"Awak ni kan, lain yang saya suruh. Lain yang awak buat eh!" Bebel Lis sebelum dia mendekati kedua anak dan suami bertuahnya.

"Bukan salah saya lah sayang.. Ica ni haa, nakal sangat! Saya dah kata dah duduk diam - diam. Dia degil, nak juga main bedak tu" Firash menunding jari pula pada si anak.

Lis mengecilkan matanya. Ada yang dia cubit kang!

"Salahkan Ica pulak! Awak yang salah, lambat sangat pakaikan dia pampers. Tu yang dia main tu.. Kan Ica kan?," Kata Lis sambil tangan ligat memakaikan anak perempuannya pampers.

Ica ketawa nyaring seakan memahami apa yang dikatakan oleh Lis. Firash pula memuncungkan mulutnya tanda protes. Dia kemudian menjeling Laticia sebelum dijelirkan lidah pada anak nya.

Dengan anak pun nak cari gaduh lah Firash ni.

"Awak tercegat apa lagi tu? Pakaikan Aaron pampers! Nanti dia kencing atas katil ni, awak nak basuh?" Memetir sekali lagi suara Lis Areeda. Sungguh letih dia melayan kerena suaminya berbanding anak kecil mereka.

Tergopoh - gopoh Firash mencapai pampers lalu dia menangkap Aaron yang sedang berguling - guling sakan di atas katil. Lis pula leka dengan anak perempuan nya. Dia berbual - bual dengan Laticia sambil memakaikan anak nya itu dress merah jambu.

"Aaron.. Janganlah gerak - gerak, macam mana papa nak pakaikan pampers kalau Aaron gerak sana gerak sini ni?" Kata Firash yang sudah pening dengan perangai anak lelakinya.

"Bu! Bu! Paa!" Balas Aaron sebelum dia menyemburkan air liur nya pada Firash.

"Eii, cuk lah.. Tak nak kawan Aaron, cukk.. Eii," Ejek Firash sengaja mahu mengusik si anak.

Lagi sakan Aaron menyemburkan air liurnya sehingga melekat di muka Firash. Lis yang melihat terus menggelengkan kepala nya perlahan. Anak dengan bapa sama jer perangai.

"Awak ni kan.. Geramnya saya! Yang awak pergi main dengan Aaron lagi tu dah kenapa?! Awak tahu tak kita dah lambat? Saya nak beli barang dapur untuk puasa ni!!"

"Tengok, sekarang saya juga yang kena siapkan anak - anak.. Awak tak bantu langsung! Malas saya nak layan awak ni" Marah Lis tapi tangan still lagi menyiapkan Aaron.

Laticia mengisap jari kecil nya sebelum dia didukung oleh Firash. Firash mencium Laticia lalu si anak kecil itu mengajukan jari tembam nya pada si papa.

Di tarik - tarik bibir Firash agar dia dapat memasukkan jari kecil yang sudah penuh dengan air liur nya kedalam mulut papa nya.

"Ish, tak nak lah Ica.. Nanti mama marah!"

Laticia memuncungkan mulutnya sebelum dia kembali mengisap jari kecil seraya mata memandang ke arah abang yang sedang di siapkan oleh Lis.

"Dah siap, awak ambil Aaron dengan Ica ni. Bawak diorang turun, saya nak siap kejap" Kata Lis sambil mengikat rambut nya ke stail messy bun.

"Ai, Ai! Captain!"

Laju Firash mencapai Aaron lalu didukung dengan sebelah lagi tangan kirinya. Dia kemudian melangkah ke arah pintu bilik sebelum langkah nya mati akibat mendengar amaran dari si Isteri.

"Tapi ingat! Jangan sampai diorang comot! Kalau tak.. Saya ikat awak dekat tiang elektrik tu. Biar kena renjat!" Lis laju memberi amaran pada Firash.

Tajam matanya memandang ke arah suami bertuah. Firash sengih kambing sebelum dia mengangguk burung belatuk.

"Yer, yer.. Saya ingat. Janganlah garang sangat sayang.." Pujuk Firash lembut.

Kemudian dia segera memboloskan dirinya. Sempat lagi dia mengenyitkan mata pada Lis. Terus Lis ketawa kecil. Macam - macam sungguh lah suami bertuah nya itu.

"Dengar tak apa yang mama cakap tadi? Aaron dengan Ica jangan nakal - nakal tau.. Nanti papa yang kena marah dengan mama, bukan Aaron dengan Ica," Bebel Firash pada anal - anaknya.

Kaki menuruni anak tangga satu persatu dengan penuh berhati - hati. Ni kalau tersangguk lepastu jatuh gedebuk, memang tamatlah riwayat seketul Firash Danish.

Dia meletakkan anak nya di atas carpet lembut yang berada di ruang tamu sambil menunggu Lis siap.

Lis mencapai tuala mandi lalu dia segera menuju ke arah tandas yang berada di dalam bilik tersebut. Alangkah terkejut nya dia tatkala mata dijamukan dengan tandas yang sudah tunggang terbalik.

Habis lantai licin bermandikan buih - buih sabun, botol sabun tumpah, tab mandi penuh dengan air dan buih serta paip yang mencurah - curah air nya.

Mata dipejamkan rapat seraya tangan menggenggam penumbuk kemas. Nafas ditarik dan dihembus beberapa kali sebelum dia mula bersuara nyaring.

"FIRASH DANISH!!"

Terus Firash membulatkan mata dan mulutnya.

Alamak!..

913 word

Ayoyo Firash, macam" lah perangai kau ni!
Btw, selamat menyambut bulan puasa semua! Nanti duit raya jangan claim dekat Ara tau, HAHAHAHA..

Encik CEO dan Cik Sewel Raya [STOP]Where stories live. Discover now