𝐄𝐂𝐂𝐒𝐑- 4♡︎

138 9 0
                                    

-ʙᴜʟᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴍᴇᴍʙᴀᴡᴀ sᴇʀɪʙᴜ ᴋᴇʙᴇʀᴋᴀᴛᴀɴ-
.
.
.
.

Pinggan terakhir di basuhnya lalu dia mengelap tangan seraya kaki laju melangkah ke arah anak tangga rumah. Satu persatu dipanjat nya penuh berhati - hati.

Nanti jatuh luka, tak pasal - pasal kena bebel dengan Suami yang tercinta. Pintu bilik dibukanya dari luar. Lis menjengulkan kepala sedikit sambil mata memerhati sekeliling bilik.

Mana laki aku ni?

Kemudian dia terdengar bunyi pacuran air. Tahu dah dia siapa yang berada di dalam bilik air. Lis menapak masuk ke dalam bilik tidur utama dia dan Firash lalu anak kembar yang berada di dalam katil di tujuinya.

Lis mendukung kedua anak kembar nya yang sedang meniarap lalu digomol pipi tembam kedua kembar itu.

Tembam nyaa! GERAM!

"Anak mama ni comel sangat kenapa? Ikut mama eh? Eh-! Mestilah ikut mama.. Takkan lah ikut papa dia pula kan?" Sempat Lis mengutuk suaminya pada si anak.

Ada - ada jerlah perangai sewel kau ni Lis. Dah normal pun still sewel lagi ker apa? Ker effect dari kecacatan mental dulu?

"Maa.. Buuu!" Laticia membebel kecil. Entah apa yang dikatakan nya.

"Apa dia? Mama cantik? Aww, anak mama ni sweet lah! Ni yang sayang ni.." Terus digomol seluruh wajah Laticia sehingga meleleh air liur nya kerana ketawa.

Perasan sokmo lah mu ni Lis.

"Aaron? Tak nak puji mama cantik juga ker?"

"Paa..paa.. Cuuuk!" Aaron menyebut nama papanya.

Lis ketawa kecil.

"Yer sayang.. Memang papa tu busuk pun! Tak reti mandi, macam kambing dah kadang tu mama tengok. Aaron dah besar nanti jangan jadi macam papa tau! Nanti mama taknak kawan Aaron,"

Lis mengutuk suami nya lagi. Memang tempah neraka lah budak sekor ni.

"Amboiii! Sesedap rasa sayang jer eh kutuk - kutuk saya! Ada lah yang kena cium ni kang" Ugut Firash yang baru sahaja keluar dari tandas. Lis senyum tidak bersalah di hadapan suaminya.

Alahh dia tak buat salah pun, dia cuma suarakan kebenaran. Tak salah kan? //innocent

"Mana ada saya kutuk awak. Kan Aaron kan? Bila masa tah mama kutuk papa. Papa ni dah tua, sebab tu sistem pendengaran berkurang!" See, mengutuk lagi.

Depan - depan pulak tu!

Kecil sahaja Firash memandang Lis tatkala ini. Ada yang kena ni kang!

Lis bangun dari duduk di birai katil lalu si anak kembar yang berada di dalam dukungan dia letakkan kedalam katil baby yang khas buat mereka berdua.

Langkah di buka mendekati Firash.

"Awakkk.." Lis memanggil Firash dengan nada yang meleret. Ya Allah dugaan apa lah pulak ni?

Firash memandang Lis pelik.

"Yer, kenapa sayang?"

"Nak peluk!" Kata Lis manja lalu mata di kedip - kedipkan. Puppy eyes!

Firash menggeleng kecil.

"Tak boleh sayang, saya dah ambik wuduk ni" Firash menolak.

Lis senyum nakal.

"Dah ambik wuduk? Awak dah ada wuduk lah ni?!" Secara tiba - tiba suara nya meninggi seakan tidak percaya.

"Y-yer.. Kenapa?" Tanya Firash tidak mengerti. Membulat terus mata tatkala Lis mula mendekat kan diri dengan Firash menghapuskan jarak di antara mereka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 04, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Encik CEO dan Cik Sewel Raya [STOP]Where stories live. Discover now