𝐄𝐂𝐂𝐒𝐑- 1♡︎

121 10 2
                                    

-ʙᴜʟᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴍᴇᴍʙᴀᴡᴀ sᴇʀɪʙᴜ ᴋᴇʙᴇʀᴋᴀᴛᴀɴ-
.
.
.
.

Lauk yang telah siap dimasak di letakkan ke atas meja makan yang berada di tengah dapur menjadi perataraan di antar dapur dan ruang tamu rumah.

Baru sahaja dia mahu melangkah ke arah anak tangga, tiba - tiba telefon nya berdering meminta agar diangkat dengan segera.

"Hello mama.." Kata Lis sambil tangan membetulkan sedikit pinggan yang senget.

"Hello angah.. Angah dah bangun ker? Dah sahur dah?" Tanya Puan Aliyah disebelah panggilan.

"Dah mama.. Dah bangun dah, cuma tinggal nak sahur jer. Angah nak kejut menantu mama ni ha.. Liat betul nak bangun" Adu Lis sambil mulut dimuncungkan sedikit.

Puan Aliyah ketawa kecil. Ada - ada jerlah teletah menantu dia ni.. Baik sorang - sorang.

"Haa.. Kalau macam tu takpelah, mama saja jer lah call ni. Mana tahu angah tak bangun lagi, kang terlepas sahur" Kata Puan Aliyah.

Lis senyum kecil.

"Terima kasih mama.. Tapi jangan risau, angah dah bangun. Dah siap masak tinggal nak makan jer ni ha.. Apa kata mama call Along pulak. Mana tahu along tak bangun - bangun lagi," Kata Lis dengan satu niat tersembunyi.

"Yerlah.. Mama kejut along sekejap, angah jangan lambat makan. Nanti tak sempat sahur, sakit perut pulak" Pesan Puan Aliyah.

Lis menganggukkan kepala nya kecil walaupun dia tahu mama nya takkan nampak sebelum dia menamatkan panggilan tersebut.

Mata memandang ke arah anak tangga sebelum di lirikkan sedikit matanya ke jam yang tergantung di dinding rumah.

Kemudian langkah dibawa ke arah tangga rumah lalu dipanjat satu persatu menuju ke bilik tidur utama dia dan suami kesayangan nya.

Pintu bilik dikuak dari luar sejurus dia melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Air - cond ditutup lalu kipas dipasang. Selimut yang membaluti tubuh tegap suaminya di tarik sehingga terpapar lah wajah bersih suami nya.

"Awak, bangun. Awak bangun, kita kena sahur sekarang. Nanti tak sempat nak sahur, awak dah lah kerja" Kejut Lis sambil tangan nya tidak henti dari menggerak - gerakkan tubuh si suami tercinta.

Firash mengeliat kecil dengan mata yang masih tertutup lalu tangan kecil Lis dicapainya kemudian di peluk.

"5 minit lagi sayang.. 5 minit,"

Lis mengecilkan matanya memandang ke arah Firash yang masih diulit mimpi indah yang tak berapa nak indah pun bagi seketul Lis Areeda.

"Awak bangun!"

Lis memiat telinga Firash sehingga menjerit suaminya itu, sejurus mata terbuka luas ya ampun! Dia menjerit - jerit meminta agar Lis melepaskan telinga nya.

"Aduh sayang, sakit! Sakit sayang, sakitt... Aduhh," Terjerit - jerit Firash sambil mata yang sebelah dipejamkan sedikit bagi menahan rasa.

"Sakit? Tahupun sakit! Saya kejut awak dari pukul 5 tadi lagi. Sampai lah sekarang dah pukul 5:30! Awak nak bangun pukul berapa baru nak sahur?" Bebel seketul Lis dipagi hari yang mulia ini.. Ku susun sepuluh jari, Ceh tiber..

Firash memuncungkan mulut nya sambil tangan naik menggosok telinga yang ditarik Lis tadi secara perlahan - lahan. Fuh, ini kalau hari - hari kena piat telinga mahu capang telinga Firash!

Tak pasal - pasal time raya nanti orang tertukar dia dengan toyol kelabu. Eh, ada ker toyol kelabu? Toyol warna hijau lah podah!

"Sayang ni, garang betul.. Boleh capang tau telinga saya ni kalau sayang hari - hari dok piat macam tadi tu!" Manja Firash berkata seakan dia merajuk. Lis menjeling Firash sedikit.

Encik CEO dan Cik Sewel Raya [STOP]Where stories live. Discover now