-ʙᴜʟᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴍᴇᴍʙᴀᴡᴀ sᴇʀɪʙᴜ ᴋᴇʙᴇʀᴋᴀᴛᴀɴ-
.
.
.
."Awak balik berbuka tau! Saya masakkan makanan favorite awak ni," Kata Lis sambil tangan ligat memotong sayur - sayuran lalu diletakkan ke dalam penapis sayur.
Telefon diletakkan berhadapn dengan nya dengan speaker suara dipasang. Manakala anak kembar nya pula sedang ralit duduk di atas kerusi bayi yang khas buat mereka.
"Yer sayang.. Saya balik berbuka ni, awak jangan lah risau. Masak tu elok - elok jangan sampai luka pulak" Pesan Firash dengan telefon dilekapkan pada telinga lalu ditekankan ke bahu.
Kedua belah tangan laju mencapai fail - fail kerja lalu di selak setiap satu muka helaian. Lis membuat muka bosan. Setakat luka kecil jer, itu pun Firash nak kecoh.
Relax - relax sudah.. Benda kecik - kecik macam ni dia dah lali lah. Kalau tak luka itu bukan memasak namanya. Luka - luka ni baru feel masak tu.
"Luka besar mana jer pun. Awak tu yang over sangat, saya oky jer," Jawab Lis. Aip! Puasa jawab - jawab apa yang suami kata eh.
Durhaka kamu!
"Oky tak oky saya tetap risau! Awak tu isteri saya sayang.. Mestilah saya risau tahap nak gila. Even luka besar taik cicak jer pun"
Mula dah Firash nak bertazkhirah di petang hari. Lis sudah menutup telinga nya sedikit. Bising - bising! Tak nak dia dengar Firash bebel fuh. Kalah dia yang membebel tu.
"yerlah - yerlah.. Saya jaga diri, awak pun sama dekat office tu. Jaga diri dengan jaga hati sekali! Jangan berani - berani nak geli - geli dengan staff - staff awak ehhh. Saya tahu, siaplah awak!" Ugut Lis terang - terangan.
Firash menelan air liurnya kesat. Isteri dia ni, kalau marah kalau hulk! Silap - silap harimau pun menikus kalau Lis marah.
"Janji tak geli - geli..saya sayang awak sorang jer. My only one baby girl!"
Manisnya ayat yang diberikan oleh Firash, tetapi kadang kala ayat menyakitkan hati yang selalu diberinya. Nasiblah Lis sayang, kalau tak.. Dah lama arwah member.
"Sayang, saya nak kena masuk meeting ni. Nanti kita call lagi oky, bye sayang love you! Assalamualaikum.."
"Walaikumussalam my husband.."
Sejurus itu talian pun diputuskan. Lis senyum manis.
I love you too..
Dia mahu ungkapkan tapi dia malu. Dah kahwin nak dekat setahun pun dia still malu lagi, macam baru pengantin baru pula. Tak sangka betul, masa berlalu dengan cepat.
"Anak - anak mama ni, makan ker buat kecah ni?" Lis menegur anaknya lalu dia bergerak ke arah Laticia dan Aaron.
***
"Arghhhh!! Laparnyaaa" rungut Lisa sambil dia melentokkan kepalanya ke atas meja kerja.Jam di tangan di lirik sedikit. Kenapa masa berlalu lambat sangat? Adakah ini dugaan berpuasa? Lisa hampir meroyan kerana lapar.
"Baru pukul 4:30? Agak - agak kalau pergi bazar sekarang orang kata apa eh?," Lisa berfikir sebentar.
Macam mana kalau orang kata yang dia ni tak puasa? Ish tak boleh - tak boleh.. Rosak reputasi dia nanti!
Macam mana pula kalau orang kata yang anak kepada seorang Usahawan terkenal tak reti tahan nafsu lapar? Weyh! Malu kelurga dia nanti, silap - silap 7 keturunan tak habis.
Lisa mula pening tambah bosan. Kerja yang berada di atas meja dia pandang tidak berminat. Dia malas mahu meneruskannya, lagipun dia mengantuk sekarang ni.
YOU ARE READING
Encik CEO dan Cik Sewel Raya [STOP]
RomanceSeperti yang anda tahu kedua pasangan merpati sejoli ini telah melalui banyak cabaran sebelum mereka bergelar suami isteri. Akan satu kepercayaan mereka masih setia mencintai satu sama lain serta berjanji untuk setia sehidup semati. Mereka ialah Fir...