Bab 7

4 5 2
                                    

               Pintu beranda aku buka seluasnya sebelum aku mengambil langkah untuk ke arah kawasan luarnya. Pandangan aku lemparkan ke arah taman bunga daisy di bawah. Satu perkara yang aku suka tentang istana ini adalah istana ini sangat penuh dengan beribu ribu jenis bunga. Sinaran terang matahari aku biarkan terus mencemari aku. Kicauan burung sangat mendamaikan aku. Haiwan itu seakan akan bernyanyi dengan riang. Untuk seketika aku teringat kejadian yang berlaku pada minggu lepas.

"Puteri Mahkota dah sedar ?" Wajah Crystal menyapa pandangan mataku. Aku berusaha untuk menjelaskan lagi lensa mataku. Pandangan masih kabur mungkin akibat cahaya mengejut yang terus menyerang kornea mataku.

"Saya di mana ?" Dalam mamai mamai aku menyoal. Rasa kantuk masih menguasai diri. Aku menguap dengan tangan ditekup pada mulut dan mengeliat perlahan. Auch ! Rasa sakit menyerang tubuhku. Macam urat uratku tiba tiba menjadi tegang.

"Puteri Mahkota berada di istana Cecilia." Itu sahaja balasan yang aku terima daripada Crystal. Aku dapat kesan ada terselit kebimbangan dalam nada suara Crystal.

"Kami jumpa Puteri Mahkota di taman bunga matahari milik istana. Mengapa Puteri Mahkota berada di situ ?" Crystal menyambung bicara dengan soalan berakhir di hujung kata katanya. Soalan yang menyebabkan aku memutar balik memori kejadian malam berdarah itu.

"Mana lelaki itu ?" Aku renung Crystal dengan penuh tanda tanya. Mana perginya bapa si Awan ? Dalam memori aku, aku hanya ingat yang kami masih berada di pohon besar itu. Kenyataan Crystal pula bercanggah dengan memori aku. Katanya aku ditemukan di taman bunga matahari.

"Lelaki ? Kami temui Puteri Mahkota sedang tidur dalam keadaan berlumuran darah. Kami sangka Puteri Mahkota cedera parah. Mujur sahaja Puteri Mahkota hanya cedera ringan. Adakah lelaki itu yang membuatkan Puteri Mahkota tercedera ?" Crystal pula yang merenung aku dengan pandangan penuh tanda tanya. Jadi, lelaki itu sudah hilang ?

"Mungkin saya bermimpi sahaja. Percanggahan realiti dengan mimpi agaknya. Maafkan saya." Aku cuba mengaburi Crystal. Aku tidak mahu mereka mengetahui tentang kewujudan bapa si Awan. Tak mahu mengambil risiko sekiranya pihak istana mengambil tindakan mencederakan atau menghukum lelaki itu. Haih Ayla, risau nampak ?

"Hm, Puteri Mahkota. Dia ini tidak mahu meninggalkan Puteri Mahkota. Banyak kali kami letak dia di luar istana tetapi pasti dia kembali semula ke sisi Puteri Mahkota." Mujur sahaja Crystal tidak bertanya lanjut tentang si dia. Pandangan aku kalihkan ke arah yang ditunjukkan oleh Crystal. Di hujung kakiku aku dapat lihat sesuatu yang berbulu gebu dan putih sedang tidur.

"Awan ?" Aku melontarkan nama itu tanpa dijangka. Tak mungkin itu Awan. Tak mungkin lelaki itu lepaskan Awan. Panggilan aku ternyata mengganggu lenanya. Awan sedang menatap aku sambil mengelipkan matanya beberapa kali. Awan juga terus bergerak dengan kaki pendeknya menuju ke arah aku sebelum dia rebahkan badannya ke atas peha aku dan menyambung tidurnya sekali lagi.

"Puteri Mahkota jangan bimbang, saya akan halau dia keluar." Crystal berura ura untuk mengambil Awan yang sedang lena itu. Tangan dia sudah panjangkan untuk merampas Awan. Aku mula menggelabah dan tanpa sedar aku bertindak menampar tangan Crystal.

"No. No need." Ouh tidak. Tidak mungkin aku akan bernarkan sesiapa merampas Awan untuk sekali lagi. Biarlah Awan kekal di sisiku.

"Dia tak kacau saya. Biarkan sahaja dia." Aku menyambung bicaraku. Benar benar tidak mahu melepaskan Awan. Alang alang si bapa Awan itu sudah serahkan Awan, biarlah aku menjaga Awan sepenuh hatiku.

"Are you sure Crown Princess ?" Muka tanda tanya Crystal tayangkan kepadaku. Dia macam dalam dilemma sama ada ingin membenarkan atau menurunkan larangan. Anggukan aku berikan sebagai tanda penamat.

Dia, CamelliaWhere stories live. Discover now