Bab 20

7 1 0
                                    

              Bunyi hempasan pintu kamar bergema di Istana Awra. Gemanya mungkin boleh menggegarkan segenap ruangan istana itu. Penghuninya juga pasti sudah segar bugar semuanya. Nafas ditarik dan dihembus laju. Cuba mengawal getaran di dalam tubuh sendiri. Sabar sedaya upaya dipupuk meski payahnya usah dikata. Dada turut berombak kuat bak ombak tinggi laut menghempas ke pantai.

"Kau mahu apa datang ke sini ? Bukankah puteri sudah dipindahkan ke Istana Eshal. Sekarang, bilik ini sudah kembali kepada tuannya. Jadi, usulkan asbab puteri ke sini." Angkuh bicaranya tanpa sedikit menoleh ke arah aku. Tidak sadarkah dia fizikalnya yang sudah kelihatan seperti orang pulang perang ? Masih sahaja ego dijulang tinggi.

Tanpa sebarang bicara, langkah aku atur mendekati dia. Tangan aku bergerak menyentuh permukaan wajahnya. Wajah beku yang selalunya tampan, kini sudah tidak lagi seperti dulu. Luka yang baru hendak pulih jelas terlakar di segenap wajahnya. Farhad kekal kaku. Mungkin terkejut dengan tindakkan aku. Tangan aku mula beralih arah. Menyentuh bahagian tubuhnya yang berbalut kain kasa. Ada kesan cecair kuning bercampur merah membanjiri ruang kain kasa putih itu.

"Mesti sakitkan ?" Pertanyaan itu lantas meluncur laju dari bibirku. Tangan aku kekal statik pada bahagian dada kirinya. Jantungnya masih berdegup laju. Syukulah.

Jeda...

Farhad sunyi tanpa bicara. Tidak seperti selalu. Dia seharusnya membentak aku ! Ke manakah Farhad yang satu itu ?

Ragu ragu kepala aku angkat dan mata aku bergerak mencari wajahnya. Lantas iris biru cair mendamaikan itu terus berlaga dengan iris mata aku. Kesepian. Ada getaran di dalamnya. Mata itu jelas menunjukkan rasa sakit yang dia rasa. Cukup tatapan itu. Jarak antara kami yang nyatanya dekat membuatkan jantungku berdendang tidak berirama.

Sekali lagi.

Sekali lagi. Entah dari mana wujudnya keberanian di dalam diri ini. Tubuh tegap itu aku rangkul erat. Cukup kuat bagai tidak mahu dilepaskan. Aku sembamkan muka sendiri ke atas bahu milik Farhad. Tanpa dipinta, esak tangisku mula kedengaran. Aku sendiri tidak pasti akan puncanya. Satu sahaja yang aku tahu. Aku takut kehilangan dia.

"Aku sudah pulang. Kau tak akan sendiri lagi." Suara serak basah itu sekali lagi mendominasi ruang tanpa sebarang amaran. Tangan Farhad naik membelai rambutku lembut.

Sungguh detik ini hanya nyaman yang terasa. Terlalu selamat dakapan ini sehingga aku tidak mahu merungkaikan ikatan tubuh aku dan dia. Farhad memujukku lembut. Buat pertama kalinya, aku mampu rasa yang dia sangat menyanyangi aku. Belum sempat aku hanyut dalam pelayaran mimpi indahku. Satu kenyataan menyerang deras secara paksa menjengah ke dalam mindaku.

Aku bukan dia. Aku bukan Camellia. Aku hanyalah seorang Ayla yang tiada nilainya dalam kehidupan seorang Farhad. Jika detik kebenaran terungkai, mungkin akulah yang paling terluka. Jika segalanya tersingkap luas, aku mungkin bakal jatuh terduduk sendirian.

Untuk itu, dalam keterpaksaan, aku leraikan dakapan antara aku dan Farhad. Mata aku yang masih menakung cecair jernih air mata menatap sayu ke arah wajahnya. Sedar diri. Aku perlu tahu yang aku bukannya asal dari sini. Aku bukan untuk dunia ini. Semua di sini hanyalah sebuah mimpi dan harapan yang tak mungkin aku kecapi.

"Maaf." Ujarku ringkas, tidak lagi menatap ke arahnya.

Jarak juga sudah terhasil antara aku dan dia. Dia masih duduk berlunjur di atas katil dengan kepala elok tersandar pada kepala katil. Manakala, aku pula sudah berdiri tegak sedikit jauh dari sisi katil. Tubuh aku paling ingin melangkah pergi. Mahu menenangkan hati sendiri disaat satu kenyataan yang aku mahu hapus menjengah aku kembali.

"Jangan pergi."

Suara dia. Cukup dekat. Dekat di sebelah cuping telingaku. Tangan yang pada asalnya sudah berada pada tombol pintu terus melorot jatuh. Aku tak kuat. Farhad satukan tubuh kami sekali lagi. Back hug. Kepala dia labuhkan ke sisi bahuku. Pipi aku dan dia saling berlaga. Hangat. Ada cecair yang mengalir antara celahan pipi aku dan dia. Milik Farhad dan bukannya milik aku.

Dia, CamelliaWhere stories live. Discover now